Monday, June 29, 2009

Kematian itu tiba-tiba...


Pagi tadi jam 4.14pg, aku bertolak ke Putrajaya untuk mesyuarat penggubalan soalan siri 1/2009. Ketika di Penjom sekitar jam 4.30pg semua kenderaan berhenti dan tidak diketahui puncanya (agaknya berlakunya kemalangan). 10 minit kemudian datang ambulan dari Kuala Lipis dan pastilah ada kemalangan.

Agak lama juga menunggu hampir 1/2 jam baru kenderaan bergerak semula dan ketika melintasi kawasan kemalangan tersebut sebuah kereta remuk dibahagian depan kerana melanggar belakang sebuah lori. Kelihatan sekujur tubuh dibaluti kain batik ditepi jalan dengan berlumuran darah. Pastinya roh telah berpisah dari jasad.

Sepanjang perjalanan seterusnya aku memikirkan, mungkin malam tadi arwah bertolak dari kampung untuk balik ke tempat kerja dan tidak langsung sesiapapun mengetahui apa yang akan terjadi pada jam mungkin sekitar 4.20pg akan perginya seorang yang dikasihi. Itulah hakikat sebuah kematian yang berlakunya tidak siapa pun mengetahui dan menyedarinya.

Mungkin semalam arwah masih bergembira bersama keluarga dan sanak saudara dan kawan2, mungkin arwah merancang banyak perkara untuk hidupnya, mungkin merancang untuk membeli kereta baru, rumah baru dan sebagainya, mungkin berhasrat untuk ke sana dan ke sini TETAPI segala perancangan itu terhenti dengan suatu noktah.kematian.

Iktibar utk diriku dan sesiapa jua jadikanlah semua amal perbuatan yang dilakukan sebagai pahala kerana hanya itu yang akan dibawa kita untuk bertemu dengan-Nya. jadi beramallah kerana ALlah dan mengharapkan redha-Nya selagi kita masih diberi modal hidup oleh Allah bukan hanya modal insan.

Friday, June 26, 2009

Semester II 2009

Dah lama tak post apa2, dan telah seminggu bermulanya semester II 2009. Sepanjang minggu ini aku sibuk menguruskan hal2 peperiksaan kerana peperiksaan Mei 2009 dan Jun 2009 baru sahaja selesai. Maka bermulalah urusan moderasi, pemeriksaan skrip dan pemarkahan yang perlu disiapkan dengan amat segera atas permintaan dari BPG. Hari isnin depan ada meeting di Putrajaya berkaitan pengubalan soalan.
Hari ini juga adalah hari pertama aku masuk kelas setelah hampir sebulan berehat dari mengajar. Semester ni aku diamanahkan mengajar kelas tutee sendiri PPSIMP Sem III. ajar akidah Pengajian Islam II. Selamat belajar anak2ku moga kalian berjaya di dunia dan di akhirat.

Friday, June 12, 2009

Nazar Sembelih Kambing














Ini kambing yang akan disembelih pada petang ini kerana aku dah bernazar dengan perpindahan isteri ke Kuala Lipis.
Aku buat kenduri doa selamat sikit2 ajak orang-orang kampung. Aku buat di Sg Retang dulu untuk rakan-rakan di IPGM TAA lain kali mungkin kalau ada rezeki sembelih sekor lagi sempena naik rumah baru rancangnya kalau tidak ada aral melintang dalam bulan 9 ni. InsyaAllah..moga dimakbulkan Allah.


Kambing ni tengah bersantai sblm disembelih.

Wednesday, June 10, 2009

3 orang puteriku semasa kecil


Nur Arijah Rasyadah semasa berumur 3 tahun

Nur Aqilah Rasyiqah berumur 3 tahun...

Nur Adilah Rasyadah semasa berumur 3 tahun


Akhirnya.......Kami Bersatu

Setelah hampir 3 tahun kami tidak dapat tinggal bersama sepenuhnya..iaitu hanya di hujung minggu dan cuti sahaja akhirnya pada hari Isnin 7hb Jun 2009 kami mendapat berita yang sangat mengembirakan....

Isteriku seorang guru j-QAF batch 2005 telah dapat berpindah ke Kuala Lipis di tempatkan di SK Benta, walaupun jauh sedikit dari Kuala Lipis (20KM) tetapi itu sudah cukup baik dan kami sangat-sangat bersyukur atas berkat kesabaran kami berulang alik dari Ipoh ke Kuala Lipis selama hampir setahun.

Tidak dapat nak gambarkan betapa bersyukurnya aku dan keluarga atas nikmat ini, AKU BERSYUKUR DENGAN RASA CINTA YANG AMAT MENDALAM KEPADAMU YA ALLAH atas segala nikmat dan rahmat yang telah ENGKAU limpahkan kepada kami sekeluarga dan hanya kepadaMU kami berserah diri dan hanya kepadaMu kami akan kembali......

Monday, June 1, 2009

Be'wah Season



1 Julai 2009

5.00am - Saya sekeluarga serta ayah, mak dan adik2 bertolak dari Kuala Lipis untuk majlis belarok di Besut Terengganu. Ayah bawa kancil dia n aku bw Livina, letih juga sebab dah biasa bawa laju. Aku suruh ayah bawa Myvi tapi dia lebih selesa dgn Kancilnya.
The Sepupu's;dari kiri Arijah,Fatin dan Ika.

8.00am - Tiba di RnR Gua Musang untuk sarapan pagi yang telah disiapkan oleh zaujah pagi2 lagi.

12.30pm - Tiba di Kg Bukit Kenak, kampung kelahiranku dan kami berkumpul di rumah bapa saudara sebelum belarok ke Felda Tenang.

2.30pm - Ingat dalam 4-5 buah kereta saja rupa-rupanya hampir 30 buah kereta yang sama-sama belarok ke rumah pengantin perempuan. Ini baru betul-betul belarok namanya.

4.30pm - Majlis selesai dan aku sekeluarga lepak di rumah Kak Ma, anak dia masuk ICU di Kuantan suspek jangkitan virus. mungkin on the way balik hari rabu ni kami singgah di Kuantan utk tengok anak dia.

IKLAN