Friday, July 24, 2009

Adakah kita berfikiran terbuka?

Masyarakat kita telah lama dididik supaya taat kepada orang tua dan orang-orang yang berjawatan. Semasa kecil kita diajar supaya tidak menyampuk orang tua bercakap malah nak tumpang dengar pun tak boleh.

Ketika belajar pula kita tak boleh soal banyak-banyak dan tak boleh persoalkan apa yang guru kita cakap. Kalau dipersoalkan kita akan dianggap kurang ajar. Akhirnya kita terus pendamkan apa yang terbuku di hati kita.

Kemudian apabila kita mula berkerja kita diajar lagi saya yang menurut perintah. Setiap surat yang datang akan di akhiri dengan ayat ini. Bila mesyuarat pula, apa yang di cadangkan oleh ketua akan terus disokong sepenuhnya. Kalau ada yang membangkang akan dicop kuat melawan dan lepas itu susahlah untuk kerja lagi.

Ketua tidak pernah dapat maklumat yang betul. Sebaliknya setiap usul yang dibawa akan disokong dan dipuji serta diampu dengan harapan untuk mendapat sesuatu dari ketua. Akhirnya ketua syok sendiri dan rasa apa sahaja ideanya pasti bagus.

Bos pula akhirnya tidak mahu lagi menerima pendapat yang berlawanan dengan ideanya. Jadi apa sahaja pendapat yang lain sikit dari pendapatnya tidak diterima dan jadilah semua pak turut. Sejak itu tidak ada lagi idea-idea yang bernas yang mampu memberikan hasil kerja yang terbaik. Berkerja sudah tidak lagi kerana Allah tapi kerana nak menjaga hati ketua. Niat dan keikhlasan berkerja sudah tidak lagi penting sedangkan itulah sebenarnya yang menjadi bekalan di akhirat kelak.

Persoalannya, jika kita tidak sependapat dengan seseorang samada ketua atau rakan sebaya, adakah ini bermakna kita tidak boleh lagi kerja bersama? Kenapa nak dikaitkan soal kerja dengan soal peribadi. Tidak sependapat tidaklah bermakna merosakkan hubungan dalam kerja tetapi inilah yang terbaik dalam menghasilkan mutu kerja yang terbaik. Tetapi berapa ramai antara kita yang menyedarinya….wallahua’lam..

Tuesday, July 21, 2009

Mana Hati Kita?

Imam Ghazali menyatakan hati manusia itu terbahagi kepada 3 jenis; hati yang bersih suci, hati yang kotor busuk dan hati yang ada kedua-duanya.


Hati yang bersih suci

iaitu hati yang diisi dengan takwa dan bersih dari akhlak yang keji dan hasilnya orang yang mempunyai hati seperti ini akan sentiasa mendapat lintasan atau saranan untuk berbuat yang baik dan betul daripada alam ghaib dan terbuka daya akalnya untuk memutuskan sentiasa memilih jalan kebaikan. Hati seperti ini akan sentiasa bercahaya dan malaikat sentiasa mengintai-intai untuk menurunkan kebaikan demi kebaikan. Hati ini juga tidak mungkin mudah dipengaruhi oleh pujuk dan rayuan syaitan untuk berbuat kejahatan dan kemungkaran. Hati inilah yang dinamakan hati yang mutmainnah. Hati yang sejahtera dan akan kembali beremu Tuhannya dengan penuh kesejahteraan.

Hati yang kotor busuk

iaitu hati yang dipenuhi dengan hawa nafsu dan bergelumang dengan sifat yang keji seperti dengki,iri hati, tamak,dendam,syirik dan sebagainya. Hati seperti ini sentiasa dilintasi oleh saranan daripada syaitan yang mengajak berbuat maksiat dan kemungkaran. Lebih teruk lagi ia tidak dapat lagi membezakan antara kebaikan dan kejahatan. Semuanya adalah apa yang diputuskan oleh nafsunya. Hanya nafsu memutuskan apa yang baik dan apa yang jahat. al-Qur'an dan al-Hadith bukan lagi panduan untuknya.

Hati yang ada keduanya.

Hati seperti ini sentiasa berhadapan dengan lintasan kebaikan dan kejahatan. Hati ini sentiasa menjadi rebutan antara malaikat dan syaitan. Hati seperti ini juga tidak dapat mencapai ketenangan yang sebenar, sebaliknya sentiasa berhadapan dengan ketidaktentuan yang semakin membingungkan dirinya. Kadang-kadang ia mengajak kepada kebaikan dan kadang-kadang ia mengajak kepada kejahatan. Kebaikan dan kejahatan bersilih ganti dalam dirinya. Hati ini susah untuk bertemu dengan jalan hakikat yang membawa kepada Tuhannya.

Kesimpulan

Adakah kita mempunyai pilihan untuk memiliki hati yang kita ingini sedangkan pilihan yang terbaik hanyalah yang satu.....dan pilihan kita itulah yang menentukan dimana kita dihadapan Allah swt di akhirat kelak. dan hatilah yang menentukan amalan kita diterima atau ditolak oleh Allah. Sedang amalan itulah yang menentukan Syurga atau Neraka.

Wednesday, July 15, 2009

Mencintai dan Dicintai?

Adakah kita telah mencintai Allah dan dicintai oleh-Nya..kerana jika kita tidak dicintai oleh Yang menciptakan kita, maka sudah tentu kita dalam kerugian yang amat sangat, Allah Ta'ala berfirman:

"Katakanlah- wahai Muhammad, jikalau engkau semua mencintai Allah, maka ikutilah saya, tentu engkau semua dicintai oleh Allah, serta Allah mengampuni dosamu semua dan Allah itu adalah Maha Pengampun lagi Penyayang," (ali-lmran: 31)




Soalnya adakah kita benar-benar mencintai Rasulullah dan akhirnya kita dicintai oleh Allah swt. Bagaimana kita hendak mengetahui kita ini dicintai oleh Allah dan adakah kita telah benar-benar telah mencintai-Nya.

Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w., sabdanya:

"Jikalau Allah Ta'ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril untuk memberitahukan bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu - hai Jibril - si Fulan itu. Jibril lalu mencintainya, kemudian ia mengundang kepada seluruh penghuni langit memberitahukan bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu semua - hai penghuni-penghuni langit - si Fulan itu. Para penghuni langitpun lalu mencintainya. Setelah itu diletakkanlah penerimaan baginya - yang dimaksudkan ialah kecintaan padanya - di kalangan penghuni bumi." (Muttafaq 'alaih)

Apakah taraf pertamanya agar supaya kita dikasihi oleh Allah?

Jawabnya,

1. Mendekatkan (bertaqarrublah) kepada Allah dengan penuh melakukan
segala yang difardhukan (diwajibkan).
2. Kemudian sempurnakanlah taqarrub kepada Allah Ta'ala itu dengan jalan
melakukan hal-hal yang sunnah-sunnah.
3. Hasilnya maka baik pendengarannya, penglihatannya, tindakan tangan dan kakinya semuanya selalu mendapatkan petunjuk dari Allah, selalu diberi bimbingan dan hidayat serta pertolongan oleh Allah. Bahkan Allah menjanjikan kalau orang itu meminta apa saja, pasti dikabulkanNya, mohon perlindungan dari apa saja, pasti dilindungiNya. InsyaAllah....

Sunday, July 12, 2009

Jadilah Diri Sendiri



Orang selalu berkata; "Uhh, hebat sungguh dia tu kan, kalaulah aku dapat jadi macam dia....mesti best..orang semua kenal,hebat..ahh"

Soalnya kenapa kita nak jadi orang lain, sedangkan kita dijadikan Allah adalah sama macam orang lain. Orang lain ada kelebihan kita pun ada kelebihan.. orang lain ada kekurangan kita pun ada kekurangan.. habis apa hebat sangat orang lain..hingga kita rasa kita tak hebat macam orang lain.

Tak kesian ke kat diri sendiri sebab orang lain tak perlekehkan kita pun..tapi kita yang asyik duk rasa diri serba kekurangan.. nak bercakap nak beri pendapat rasa takut sebab rasa orang lain hebat.. betul ke orang lain hebat..sebenarnya orang lain tu tak lah hebat sangat tapi kita je yang rasa dan lama-lama orang lain tu pun perasan yang dia hebat. Dan kita pula asyik perasan yang kita tak hebat lama-lama perasan tu jadi perasaan dan jadilah sungguh apa yang diperasaankan.

Jadi siapa yang rugi...fikirlah. Sebenarnya hanya kita yang memberi ERTI pada sesuatu perkara yang berlaku dalam hidup kita. Jika kita ertikan sesuatu perkara itu baik, maka ia jadi baik dan begitulah sebaliknya. Jadi kalau kita asyik duk beri ERTI yang negatif maka sesungguhnya kita telah menzalimi diri kita sendiri. Dan sesungguhnya kezaliman yang paling besar ialah menzalimi diri sendiri.renungilah...wassalam

Friday, July 3, 2009

Kursus LPS Speaking English Correctly

Kursus LPS Speaking English Correctly

Mega View Hotel, Kuantan

1- 3hb Julai 2009


Mula-mula malas juga nak pergi mengenangkan banyak kerja nak disiapkan dan due date makin dekat, tapi bos minta pergi juga, tapi oklah tak sia-sia juga pergi kursus ni, antara yang aku dapat:


  • Banyak sebutan selama ini salah seperti almond develop floor, beach
  • Jika salah sebutan pastilah salah maksudnya. Mana-mana bahasa pun sama. Tetapi bahasa English lebih teruk kerana semua bangsa menuturkannya.
  • English Sound System have a 5 long vowels and 7 short vowels.
  • Susah juga nak sebut pronunciation yang betul ni habis berbelit lidah.
  • Slot-slot yang diatur menarik dan tidak membosankan. Ada nyanyi-nyanyi dan kat sini ada satu lagu yg kami nyanyi sama-sama


JONI PLEASE DON'T CRY


Jimmy please say you wait for me

I'll grow up some day you see

Saving all my kisses just for you

Sign with love forever too


Joni was the girl who lived next door

I've known her 1 guess ten years or more

Joni wrote me a note one day

And this is what she had to say


Jimmy please say you wait for me

I'll grow up some day you see

Saving all my kisses just for you

Sign with love forever too


Slowly I read her note once more

Then I went over to the house next door

Her tears drop fell like grain that day

When I told Joni what I had to say


Joni, Joni don't cry

you forget me by and bye

You're just fifteen and I'm 22

And Joni I just cant wait for you


Soon I left our little home-town

got me a job and try to settledown

but these words keep calling my memory

The words that Joni says to me


Jimmy please say you wait for me

I'll grow up some day you see

Saving all my kisses just for you

Sign with love forever too


I packed my clothes and I got a plane

I had to see Joni and I had to explain

How many heart was filled with her memory

And that my Joni if she'd marry me


I ran all the way to the house next door

But thing weren't like they were before

My tear drops fell like grain that day

When I heard what Joni had to say


Jimmy, Jimmy please don't cry

You forget me by and bye

It's been five years since you've gone

Jimmy I marry your best friend, John.


IKLAN