Sunday, November 22, 2009

Pisang yang dilupakan...



Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.


Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah, semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS:
Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika!

Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!


email dr seorang sahabat...

Saturday, November 21, 2009

Sementara Hidup sebelum Mati..


Tiba-tiba terasa kosong yang amat sangat dalam diri..kosong..kosong..o.o.o.o.o.o.o.o .o.o.o.o.o.o tanpa merasa apa-apa. Kenapa jadi begini. Kekosongan ini membuatkan aku terlintas dalam diri sesuatu yang amat patut aku fikir dan pertimbangkan selama ini dalam hidup..sepatutnya aku faham dan sangat mengerti tujuan sebenar dari kehidupan yang dipinjamkan kepada aku ini...


Semua itu telah jelas dan telah diberikan pengetahuannya kepadaku..tapi kenapa sampai ke hari ini, masih gagal aku laksanakan kehendaknya. Apa yang menghalang daripada melaksanakan tuntutan itu yang sebenarnya sangat penting dilaksanakan berbanding dengan apa yang aku cita-citakan dan aku cari selama ini. Memang benar aku terlanjur jauh dari kehendaknya. Aku sibuk mencari dan mengusahakan sesuatu yang aku tak akan bawa kemana-mana pun jika tidak kena caranya. Apa yang aku cari?..ya betul aku mencari kesempurnaan hidup yang sementara..aku sibuk mencantikkan jambatan tetapi aku tidak sibuk mengusahakan apa yang hendak ku bawa untuk bekalan di seberang jambatan.

Aku lihat manusia yang mencari dunia dengan berbagai-bagai cara demi mencapai sekeping cita-cita yang akhirnya membawa derita dan sengsara. Adakah aku juga begitu..aku fikir aku juga telah hampir sama dengan mereka. Manakan tidak dalam hidup seharian ku, fikiran asyik memikirkan apa yang belum cukup untuk dihimpunkan..apa yang aku belum dapat..apa orang sudah dapat..apa yang belum aku beli..apa yang orang telah beli..bukannya aku tak senang hati dengan apa yang mereka dapat..tapi aku rasa diri aku masih belum cukup dan kalau boleh nak dapat macam mereka dapat.

Apa yang aku cari dan apa yang telah aku berikan selama dipinjamkan modal hidup ini. Apakah aku sekadar hidup untuk mencari sesuatu yang hanya bersifat sementara sahaja.bersifat jambatan. Apakah cukup hidup ini aku habiskan dengan hanya memiliki kereta besar, bergaji besar, berumah besar, becita-cita besar dan mampu mencapai hajat dan hasrat dunia semata-mata. Adakah hanya ini...betapa ruginya aku menjadi seorang manusia yang dijadikan dengan sebaik-baik kejadian..apakah makhluk yang sebaik-baik kejadian ini hanya berfikir dan berhajatkan perkara-perkara yang bersifat dunia semata-mata. Apa bezanya aku dengan makhluk lain..nampak macam sama..memenuhi keperluan kehidupan semata-mata...

Aku rasa aku tahu apa yang aku cari dan apa yang sebenarnya ingin aku lakukan..tapi seakan sudah jauh kehilangan. Bayangannya hanya samar-samar dan hampir tidak lagi kelihatan di zaman ini. Apa yang aku cari sebenarnya telah dilitupi oleh dunia. Dunia yang semakin sehari semakin jauh menipu manusia dengan pelbagai helahnya yang licik dan hampir saja semua manusia telah terpedaya.

Ada yang terpedaya dengan kemasyhuran, ada yang terpedaya dengan banyaknya harta, ada juga yang terpedaya dengan warak ilmunya, ada pula yang terpedaya dengan kebolehan dirinya, besar pangkatnya dan berbagai lagi tipu helah dunia untuk memerangkap manusia yang alpa.

Ahh..kenapa aku bercerita tentang manusia pula..sedangkan aku sendiri masih tidak tahu kemana halanya..itulah manusia..asyik bila bercerita tentang orang dan banyak hal orang yang masih belum dicerita dan belum diketahui. Suka sangat menghukum orang, bahkan rasa hebat bila dapat hukum orang. Dia tu ..begitu.. dia ni begini dan mulut terasa ringan bila bercerita atau menghukum orang lain..sedangkan kita juga dicerita dan dihukum orang.

Aku bermonolog untuk memikirkan sejauh manakah tersasarnya aku daripada jalan kehidupan yang lurus yang telah pun ditetapkan oleh Allah s.w.t. Rasa bersalah yang amat sangat kerana dengan ilmu yang diberikan ini..aku hanya mampu berkerja untuk cari gaji sahaja..adakah cukup sekadar itu? Aku rasa..aku tidak menyumbang apa-apa untuk Islam..tapi hanya untuk perut sahaja..ya untuk perut. Semua yang berlaku adalah persoalan perut semata-mata.

Aku tidak puas dengan semua ini..kepuasan yang aku dambakan bukanlah dari segi material semata-mata. Benda...material..harta..rumah..kereta..wang berjuta..tidak membawa kemana. Suatu masa ia akan diambil balik oleh pemiliknya..apa yang tinggal adalah amal dan pahala..yang sebenarnya sangat mudah dicari dan diusahakan dan semua orang mampu mencarinya..inilah bekalan hidup yang sebenarnya..jika kita mampu memikirkannya.

Wahai diri..sedarlah kamu..sedarlah kamu..sedarlah kamu. Dunia ini sangat sementara. Ia sedetik Cuma. Lihat telah berapa generasi bersilih ganti meneruskan kehidupan, nanti akan tiba giliranmu untuk meninggalkan dunia dan kembali kepada rab mu dan ketika itu barulah kau benar-benar mengerti apa yang sebenarnya kau perlukan..tapi kesedaran pada saat itu..tidak berguna langsung..tidak berguna langsung..jadi sebelum terlambat bertaubatlah..berubahlah..sementara Allah masih meminjamkan modalnya kepada kita...nyawa.

Friday, November 20, 2009

1st wife...is the great


There was once a rich merchant who had 4 wives. He loved the 4th wife the most and adorned her with rich robes and treated her to delicacies. He took great care of her and gave her nothing but the best.


He also loved the 3rd wife very much. He was very proud of her and always wanted to show her off to his friends. However, the merchant was always in great fear the she might run away with some other men. The merchant also loved his 2nd wife. She was a very considerate person, always patient, and in fact, was the merchant’s confidante. Whenever the merchant faced some problems, he would always turn to his 2nd wife and she would always help him out and tide him through difficult times.



Now the merchant’s 1st wife was a very royal partner and had made great contributions in maintaining his wealth and business as well as taking care of the household. However, the merchant did not lover her, and although she loved him deeply, he hardly took notice of her.


One day, the merchant fell ill. Before long, he knew that he was going to die soon. He thought of his luxurious life and told himself, “Now I have 4 wives with me. But when I die, I’ll be alone. How lonely I’ll be!”


Then he asked his 4th wife, “I loved you most, endowed you with the finest clothing and showered great care over you. Now that I’m dying, will follow me and keep me company?”

“No way!” replied the 4th wife and she walked away without another word.

The answer cut like a sharp knife right into the merchant’s heart. The sad merchant then asked the 3rd wife, “I have loved you so much for all my life. Now that I’m dying, will you follow me and keep me company?”

“No!” replied the 3rd wife. “Life is so good over here! I’m going to remarry when you die!”

The merchant’s heart sank and turned cold


He then asked the 2nd wife, “I always turned to you for help and you’ve always helped me out. Now I need your help again. When I die, will you follow me and keep me company?”

“I’m sorry, I can’t help you out this time!” replied the 2nd wife.

“At the very most, I can only send you to your grave.”

The answer came like a bolt of thunder and the merchant was devastated.

Then a voice called out: “I’ll leave with you. I’ll follow you no matter where you go.”

The merchant looked up, and there was his 1st wife. She was so skinny, almost like she suffered from malnutrition.

Greatly aggrieved, the merchant said, “I should have taken much better care of you while I could have!”

Tuesday, November 3, 2009

Meramal Kiamat?



Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500
tahun..... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita
ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066.....



Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumimenghala ke bumi... Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014.
Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...
Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi...
Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi..
Dan planet ini lebih besar daripada bumi...
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....

Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007....
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan
semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun
dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..
Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062...
Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066....

* Wallahu'alam... Semua ini telah dikaji...
Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan
bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun....
Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun...
Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara
berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu artikel
seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak
kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj
yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh
Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang
jangan risaula..aman dunia akhirat..sama-sama kita doakan
kesejahteraan untuk semua umat Islam..

P/s : plz sebarkan msg nie kat semua kgkawan kite yg beragama Islam....

Wallahua'lam...

Demikianlah beberapa dakwaan tentang kejadian Qiamat yang telah diramalkan oleh sesetengah manusia yang menjangkakan mereka tahu bila berlakunya qiamat. sedangkan urusan mengenai qiamat hanyalah dalam pengetahuan Allah semata-mata, hatta Nabi pun tidak tahu mengenai bila qiamat akan berlaku.

Pendirian kita sebagai seorang Islam adalah beriman dengan perkara-perkara ghaib setakat yang dikhabarkan oleh Allah dan Rasul-Nya sahaja. Tidak lebih daripada itu kerana akal manusia tidak mungkin dapat mengetahui perkara ghaib.

Persoalannya adakah salah jika kita hanya meramalkan sahaja? Nampak seolah-olah tidak salah kan? Ye lah sebab hanya meramalkan sahaja belum tentu benar dan salahnya..betul atau tidak hanya Allah yang mengetahui..

Tetapi adakah kita disuruh meramalkan tentang qiamat? Tidak sesekali kita tidak diminta meramalkan qiamat TETAPI kita dikhabarkan oleh Nabi yg Mulia, Muhammad saw akan tanda-tanda berlakunya qiamat samada yang kecil dan juga tanda yang besar. Setakat itu sahaja. Noktah. Pendirian kita adalah jelas dan tiada unsur-unsur meramalkan bila berlakunya qiamat.

Kenapa tidak boleh meramalkan qiamat?

Ini disebabkan oleh kita merasa bimbang kemungkinan ramalan itu akan menjadi kepercayaan dan keyakinan dalam diri kita dan akhirnya seolah-olah kita terlebih tahu dari Rasul2 dan Nabi dan berkemungkinan menyamai pengetahuan Allah. Nauzubillah...dan ini boleh membawa kesesatan dalam mempercayai perkara-perkara yang ghaib dan boleh mengelincirkan akidah kita.

Sebenarnya ada sebab dan hikmah, Allah menyembunyikan bila berlakunya kiamat dan berserahlah kepada Allah serta bersedialah menghadapinya kerana ia sangat hampir kepada kita. Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Jarak masa aku diutuskan dengan berlakunya Hari Kiamat adalah seperti dua jari ini "(iaitu jari telunjuk dan jari tengah).(Riwayat Muslim)

Tidakkah ini jelas menunjukkan kiamat sememangnya sangat hampir dengan kita. Tak perlulah kita mengambil bukti2 dari orang kafir (NASA ke, apa ke) sebab mereka sendiri tidak beriman kepada Allah. Dan lagi tidak perlu sama sekali kita menyebarkan berita-berita yang sedemikian dengan tujuan untuk menginsafkan orang dan sebagainya. Cukuplah dengan ribuan hadith-hadith palsu yang telah dibuat oleh orang2 jahil yang bertujuan untuk menggalakkan orang berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dah letih ulama' Islam membersihkan umat Islam dari perkara tersebut dan jangan tambah lagi dengan perkara2 yang tidak ada asal dalam Islam. Matlamat yang baik semestinya disertai dengan cara yang baik. Matlamat tidak menghalalkan cara. Wallahua'lam

Monday, November 2, 2009

Nilai sehelai rambut..


Ayat al-Qur'an di kaki bayi lelakiBaru-baru ini kita buat kesekian kalinya, dikejutkan dengan peristiwa aneh/pelik yang berlaku dalam masyarakat Islam iaitu ayat al-Qur'an yang tertulis di kaki seorang bayi lelaki.Sebenarnya kejadian seperti ini telah banyak kali berlaku Ada yang terjumpa kalimah Allah dalam sebiji tomato, pada seekor ikan, pada sepotong daging dan sebangainya lagi. Bagi kebanyakkan orang mereka menganggap ia adalah suatu keanehan dan sememangnya ia adalah sesuatu yang kelihatan aneh pada mata kasar tetapi ia sebenarnya pada saya tidak membawa apa2 makna..



dan macam-macam lagilah...nak cerita panjang sangat..dan ia terus berlaku dan terus berlaku..pelbagai bentuk keajaiban/keanehan yang rata-ratanya dikaitkan terus dengan kekuasaan Allah. "Tengok..betapa hebatnya ALlah swt"..dan ada lagi yg berkata,"inilah bukti kekuasaan Allah"..

Kalau tengok dalam blog pula..bermacam-macam komen daripada pemblog...ada yang ok dan ada juga yang hampir ko. Saya tidaklah berniat sama sekali untuk menafikan semua itu tidak menunjukkan kekuasaan ALlah swt..bahkan sememangnya ALlah MAHA berkuasa atas tiap sesuatu...dan "apabila Dia berkata..jadi..maka jadilah ia."
Siapa berani nak menafikannya...cuma sedikit ralat dengan kelonggaran kefahaman di kalangan umat Islam dan dibimbangi boleh mengancam akidah mereka sendiri. Sememangnya manusia suka sangat kepada benda-benda yang pelik lagi ajaib dan luar daripada kebiasaan sehari-hari..contohnya kalau hari-hari tengok kucing berjalan guna empat kaki..tiba2 suatu hari kucing tu berjalan guna dua kaki..mesti sangat pelik dan mulalah mengandaikan yg macam2 dan bukan2.

Cuba kita balik ke zaman Rasulullah mula2 menyampaikan wahyu..bukankah pada zaman itu Allah bantu Nabi Muhammad dengan mu'jizat hissi (fizikal) yang boleh nampak dengan mata kepala..cuba kita fikirkan kenapa agaknya Allah memberikan mu'jizat semacam itu kepada mereka. Jawapannya ialah kerana manusia pada zaman itu tahap keilmuanya masih rendah dan sangat sukar bagi mereka untuk menelah persoalan yang melibatkan tahap pemiiran yang tinggi. Jadi Allah menurunkan mu'jizat yang nampak untuk mereka mempercayai kerasulan Nabi Muhammad saw.

Tetapi jangan lupa..Allah juga menurunkan mu'jizat terbesar iaitu al-Qur'an (mu'jizat maknawi) yang lebih besar peranannya dalam membuktikan kekuasaan Allah kepada orang2 yang berfikir. Maknanya hanya orang yang berfikir sahaja dapat mengetahui kehebatan Allah berdasarkan al-Qur'an.

Persoalannya..kenapa pula saya kaitkan isu tulisan al-Qur'an, sejadah, kalimah Allah dalam tomato dll (malas nak sebut) dengan mu'jizat. Maksud saya adakah kita ni masih lagi sebahagian daripada masyarakat zaman nabi yang memerlukan benda ajaib yang nampak depan mata baru nak mempercayai kehebatan Allah..(lebih teruk dari masyarakat jahiliah sebab mereka hidup di zaman tidak berilmu..tapi kita hidup di zaman ilmu tengah memuncak..bukankah nabi pernah bersabda dalam khutbah wida'..

"
Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada Yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini akan lebih baik dari yang langsung mendengarkan")

Sebenarnya tiada yang ajaib pun pada semua tu dan bukan itu sahaja bukti kekuasaan Allah swt..sedangkan pada sehelai rambut di badan kita lebih hebat dan lebih sempurna dan lebih membuktikan kehebatan Allah..bagi kaum yang nak menggunakan Akal fikiran dan buka mata semata-mata. Cuba lihat...
Keratan rentas sehelai rambut

Tidak kita rasa sangat kagum...rambut yg sangat halus itu pun ada berlapis-lapis lagi bahagiannya.(apa sangatlah dengan tulisan2 tu sudah pasti sangat mudah bagi Allah (wlpun semuanya mudah bagi ALlah)..Maha hebat Allah..Maha Halus Allah...Allahu Akbar..Allahu Akbar..





IKLAN