Tuesday, September 27, 2011

Pentaksiran


PENTAKSIRAN

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.

DEFINISI PENTAKSIRAN

SATU PROSES MENDAPATKAN MAKLUMAT DAN SETERUSNYA MEMBUAT PENGHAKIMAN TENTANG PRODUK SESUATU PROSES PENDIDIKAN

Tujuan Pentaksiran

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran

Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran

Memperbaiki pengajaran-pembelajaran

Ciri Pentaksiran Yang Baik

Keobjektifan:- ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan

Kebolehtadbiran:- kelicinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah

Kemudahtafsiran:- maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskrimininasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran

Kekomprehensifan:- mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting

UJIAN

Ujian ialah penggunaan instrumen atau prosedur untuk mengukur kuantiti atau kualiti sesuatu angkubah (variable) yang terdapat pada subjek (pelajar)


Tujuan Ujian

1. Mengukur:- kecergasan, kemahiran, pengetahuan atau atribut psikologi

2. Mengukur pembelajaran (pra uji)

3. Mententukurkan (prauji)

4. Mengukur pencapaian (pos ujian)

5. Menyemak kandungan kursus (ujian latihan)

6. Mendiskriminasi pelajar (memberi gred)

7. Memotivasikan pelajar

8. Menyediakan maklum balas kepada pelajar

9. Menyediakan maklum balas kepada guru

10. Mengukur keberkesanan pengajaran

Ciri-ciri Ujian

Mempunyai kata tugas perbuatan seperti:

“Tuliskan”, “Tunjukan”, “Senarai”, “Terangkan”, “Jelaskan”, “Bincang”, “Kenal pasti”, “Jumlahkan” etc.

Ciri-ciri Ujian

Kenyataan kandungan:- berdasarkan kepada objektif kursus atau pengajaran-pembelajaran

Kerangka masa:- Satu minggu, satu jangka masa, atau akhir semester etc

Wednesday, September 21, 2011

Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah (Part II)


Mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah (Bahagian 2)

Aqidah membawa erti pegangan dan kepercayaan seseorang. Pegangan dan kepercayaan ini pula terbahagi kepada dua iaitu benar atau salah. Aqidah yang benar merupakan kunci kepada segala penerimaan ibadah. Tanpa aqidah yang benar Allah tidak akan menerima segala amalan salih. Hubungan aqidah dan amalan salih ini berdalilkan firman Allah yang bermaksud:

Dan barangsiapa melakukan amalan salih dari kalangan lelaki ataupun wanita dalam ia beriman (beraqidah dengan aqidah yang betul) maka merekalah yang akan dimasukkan ke dalam syurga dan tidak akan dizalimi walaupun sedikit.”(Al-Nisa’ ayat 124)

Daripada 'Auf bin Malik bahawa baginda saw bersabda:

Maksudnya: "Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan. Satu golongan daripada mereka itu dalam syurga dan yang tujuh puluhnya dalam neraka. Orang-orang Nasara pula berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu golongan mereka dalam neraka, dan satu golongan dalam syurga. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada dalam tangan kekuasaannya, benar-benar umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, satu golongan berada dalam syurga dan tujuh puluh dua dari mereka dalam neraka.Baginda ditanya: Siapakah mereka (yang masuk syurga) itu?". Jawab Baginda "Jama'ah".

'Irbad bin Sariyah, bahawa Nabi S.A.W. bersabda:

Maksudnya: "Hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah; hendaklah kamu dengar dan taat (kepada pemimpin kamu) walaupun ianya seorang hamba Habsyi. Dan kamu akan melihat selepasku perselisihan yang teruk dan berat (ikhtilafan shadidan). Maka hendaklah kamu berpegang kepada perjalanan sunnahku dan sunnah atau perjalanan hidup para Khulafa' al-Rashidin yang mendapat hidayat dari Tuhan. Hendaklah kamu berpegang kepada perjalanan itu dengan gigi geraham kamu. Jaga-jagalah diri kamu daripada (mengada-adakan atau mengikut) perkara-perkara baru (dalam urusan agama); maka sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah kesesatan".

Dasar-Dasar Akidah

Pertama

Mengithbatkan hakikat-hakikat dan ilmu-llmu. Pertamanya ilmu yang badihi iaitu secara tersendiri tanpa difikirkan. Keduanya ilmu yang bersifat hissi iaitu melalui pengalaman pancaindera dan ketiganya ilmu istidlali iaitu yang datang dengan manusia mengambil dalil dengan menggunakan akalnya.

Kedua

Tentang barunya alam ini. Mereka telah ijma'kan bahawa alam itu adalah segala sesuatu yang selain daripada Allah, mereka ijma'kan bahawa sesuatu yang selain daripada Allah dan selain daripada sifat-sifatnya yang azali adalah makhluk yang dijadikan serta diciptakan oleh Allah. Mereka juga bersepakat bahawa Tuhan yang menjadikan itu bukan makhluk, bukan yang diciptakan dan bukan daripada jenis alam ini dan bukan daripadajenis sesuatu daripada juzuk alam ini.

Ketiga

Berkenaan dengan Tuhan yang menciptakan alam serta Sifat-SifatNya. Pada Ahli's-Sunnah, segala sesuatu yang baru itu mesti ada yang menjadikannya dan mengadakannya dan mereka berpegang kepada pegangan bahawa Tuhan yang menjadikan alam ini Dialah yang menjadikan jisim-jisim dan 'arad-'arad.

Keempat

Berkenaan dengan sifat-sifat yang ada pada Zat Allah, Ahli's Sunnah berpegang kepada pegangan bahawa sesungguhnya Ilmu Allah, QudratNya, HayatNya, IradatNya, Sama'Nya dan BasarNya, serta KalamNya adalah sifat-sifatnya yang azali serta abadi.

Antara Iktikad ASWJ

a. Al-quran bukan makhluk - mereka yakin al-quran adalah kalam Allah yang bersifat qadim dan bukan makhluk iaitu bersifat baru. Al-Qur’an adlh manifestasi dr Kalamullah yg qadim sdgkan suara,huruf adalah baharu.

b. Melihat Allah - Menurut ahli sunnah wal jamaah orang mukmin dapat melihat Allah di syurga pada hari qiamat sebagaimana yang disebutkan dalam al-quran dan hadis sahih

c. Pelaku dosa besar - Orang yang melakukan dosa besar tetap dikira sebagai mukmin kerena imannya masih ada tetapi dikira fasik kerana telah melakukan dosa besar

d. Iman bertambah dan berkurang - Ahli sunnah berpendapat bahawa iman seseorang boleh bertambah dan berkurang

e. Perbuatan hamba – manusia bebas berbuat krn diberi ikhtiar, segala perbuatan adlh krn manusia bkn sbb takdir Allah, tetapi segalanya yg berlaku adlh takdir Allah.

f. Masalah berkaitan dengan ayat mutasyabihat (ﻣﺘﺸﺎﺑﻬﺎت ) mengenai sifat Allah Ta‘ala. ulama Salaf memilih jalan tidak mentakwilkan secara tafsiliyy ﺗﻔﺼﻴﻠﻲ menafikan makna zahirnya dan diserahkan makna sebenar kepada Yang Maha Mengetahui tanpa berpegang dengan zahirnya, tanpa menyandarkan sifat tasybih, tajsim dan bertempat bagi zat Allah.

g. Sifat Allah bukan Dzat dan bukan lain dr Dzat.

h. Allah berkehendak kpd kebaikan dan keburukan.

i. Allah tidak wajib : Buat yg baik dan terbaik, Mengutus rasul-rasul dan memberi pahala kpd si taat dan siksa kpd penderhaka

j. Allah beri beban atas kesanggupan manusia.

k. Nabi Muhammad dikuatkan dgn mukjizat.

l. Kebangkitan di akhirat, pengumpulan manusia (hasyr), pertanyaan Mungkar dan Nakir, siksa kubur, timbangan amal, shirath…semuanya adalah benar.

m. Semua sahabat adalah adil.

n. Sepuluh sahabat yg dijanjikan syurga

o. Ijma’ adalah suatu kebenaran yg harus diterima.

p. Mukmin fasiq akan ke syurga stlh selesai siksaan neraka.

Siapa ASWJ

1. Mereka yang mempunyai dan berkeyakinan tentang bab-bab mengesakan Allah, nubuwwah, hukum-hukum wa'd dan wa'id,pahala, balasan azab, syarat-syarat ijtihad dan imamah, serta mereka menjalani jalan agama yang demikian ini.

2. Mereka yang terdiri daripada imam-imam dalam ilmu fiqh yang beri'tikad tentang dasar-dasar agama (usulu'd-din) mazhab yang percaya kepada sifat-sifat Allah, ZatNya dan mereka yang bersih daripada pegangan Qadariyah dan Mu'tazilah.

3. Mereka percaya kepada harusnya memandang Wajah Allah di akhirat dengan pandangan mata tanpa tashbih dan ta'til, serta mereka mempercayai bangkit dari kubur serta soalan Munkar dan Nakir di dalamnya, juga percaya kepada Kolam Nabi, Sirat, Shafa'at dan keampunan dosa dan mereka tidak mensyirikkan Allah. Mereka percaya kepada kekalnya ni'mat syurga kepada ahlinya dan kekalnya azab neraka kepada ahlinya.

4. Mereka yang percaya kepada Imamah Abu Bakar, 'Umar, 'Uthman dan 'Ali serta mereka memuji golongan salaf as-Salih dengan pujian yang baik dan Mereka ini juga berpegang kepada wajibnya istinbat hukum hukum Syari'at daripada Qur'an dan Sunnah dan ijma' para Sahabat, serta mereka memegang kepada ajaran harus menyapu kasut panjang (dalam wudhu') dan berlakunya tiga talak, dan juga mereka mengharamkan mut'ah serta wajibnya taat kepada Sultan di dalam perkara yang bukan ma'siat terhadap Allah.

5. Mereka yang mempunyai ilmu yang cukup tentang jalan-jalan riwayat hadith-hadith Nabi S.A.W. serta sunnah-sunnah yang datang daripada Baginda S.A.W. serta mereka boleh membezakan antara riwayat-riwayat yang sahih, yang 'sakit', dan mereka tahu tentang sebab-sebab 'cedera'nya para periwayat, dan 'adil'nya mereka (dan oleh itu riwayat mereka boleh diterima) dan mereka tidak mencampuradukkan ilmu mereka itu dengan sesuatu daripada ahli hawa nafsu yang sesat.

6. Mereka yang mempunyai ilmu yang mencukupi berkenaan dengan segi-segi pembacaan Qur'an (qira'at) serta segi-segi tafsir ayat-ayat Qur'an dan ta'wil-ta'wilnya yang sesuai dengan mazhab Ahli's Sunnah wal-Jama'ah, dan bukan ta'wil-ta'wil mengikut ahli-ahli aliran-aliran yang sesat itu.

7. Mereka yang mempunyai ilmu yang cukup tentang jalan-jalan riwayat hadith-hadith Nabi S.A.W. serta sunnah-sunnah yang datang daripada Baginda S.A.W. serta mereka boleh membezakan antara riwayat-riwayat yang sahih, yang 'sakit', dan mereka tahu tentang sebab-sebab 'cedera'nya para periwayat, dan 'adil'nya mereka (dan oleh itu riwayat mereka boleh diterima) dan mereka tidak mencampuradukkan ilmu mereka itu dengan sesuatu daripada ahli hawa nafsu yang sesat.

Kesimpulan

Ancaman terhadap Ahli Sunnah datang dari pelbagai sudut, sama ada dari golongan yang meng-izhar-kan mereka bukan Islam seperti Yahudi dan Kristian mahupun golongan yang mendakwa sebagai Islam seperti puak Syi‘ah, Wahhabiyyah, Hizb al-Tahrir, Ikhwanjiyyah (Khawarij), Islam Liberal, Sisters In Islam dan banyak lagi. Ini merupakan ujian Allah terhadap mereka yang berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama‘ah di zaman kini supaya memperjuangkan sunnah (aqidah dan syari‘at).

hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bayhaqiyy yang bermaksud:

Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku (aqidah dan syari‘atku) ketika rosaknya umatku, maka baginya pahala syahid.”

Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah (Part I)


Mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah (Bahagian 1)

Malaysia kurang masalah dlm akidah kecuali ajaran sesat krn tlh terlalu biasa dgn ASWJ.

ASWJ tidak diwartakan sbg mazhab kpd agama Islam secara rasmi di Malaysia, Cuma dlm masalah syariah guna mazhab Syafie yg bermazhab ASWJ.

Antara kitab rujukan ASWJ di Malaysia al-Baghdadi, (al-farq Bain al-firaq), al-Ghazali, (Risah al-Tauhid, Ihya’ Ulum al-Din) Muhammad Shaltut (Islam, Aqidah wa Shari’ah) al-Shahrastani ( al-Milal wa al-Nihal), Said Haji Ibrahim –(Akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah)

فغنالن

Penggunaan istilah jama'ah Muslimin memang terdapat dalam hadith-hadith, terutamanya dua istilah iaitu 'jamaah' dan 'firqah' dengan pluralnya 'firaq'.

Antara hadith-hadith tersebut ialah;

Maksudnya: 'Orang-orang Yahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan atau puak(firqah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan'.

(Sunan Ibn Majah-riwayat dari Abu Hurairah radiya'Llahu 'anhu)

Daripada 'Auf bin Malik bahawa baginda saw bersabda

Maksudnya: 'Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan (ihda wa sab'ina firqatan). Satu golongan daripada mereka itu dalam syurga dan yang tujuh puluhnya dalam neraka. Orang-orang Nasara pulaberpecah menj'adi tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu golongan mereka dalam neraka, dan satu golongan dalam syurga. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada dalam tangan kekuasaannya, benar-benar umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, satu golongan berada dalam syurga dan tujuh puluh dua dari mereka dalam neraka' Baginda ditanya: Siapakah mereka (yang masuk syurga) itu?'. Jawab Baginda 'Jama'ah'.


Anas bin Malik radiya'Llahu'anhu bahawa baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya: 'Sesungguhnya Bani Isra'il berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan. Dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan (firqah), semuanya masuk neraka, melainkan satu golongan, iaitu al-Jama'ah'.

معصود اهل السنة والجماعه

Muncul pada akhir abad ke 3 H yang dipimpin oleh 2 orang ulama besar iaitu Syeikh Abu Hassan Ali Al Asy’ari dan Syeikh Abu Mansur Al Maturidi.

Perkataan Ahl-Sunnah wal Jamaah kadang-kadang disebut sebagai Ahl-Sunnah atau Sunni dan kadang-kadang disebut Asy’ari atau Asya’irah dikaitkan dengan ulama besarnya yang pertama iaitu Abu Hassan Ali Asy’ari.

Ahlus Sunnah wal Jama’ah “ Mereka yang menempuh seperti apa yang pernah ditempuh oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para Sahabatnya Radhiyallahu ‘anhum. Disebut Ahlus Sunnah, karena kuatnya (mereka) berpegang dan berittiba’ (mengikuti) Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para Sahabatnya Radhiyallahu ‘anhum

Erti Ahl al-Sunnah ialah penganut Sunnah Nabi. Erti wal Jamaah ialah penganut I’tiqad sebagai i’tiqad Jamaah Sahabat-sahabat Nabi. Kaum Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah ialah kaum yang menganut i’tiqad sebagai yang dianut oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda.

نام2 لأين باضي اهل السنة

al-Firqatun al-Najiyah

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya, ‘Siapakah An-Najiyah (golongan yang selamat)?’ dan menjawab dalam satu hadits ‘Maa anaa ‘alaihi al-yauma wa ashaabii (siapa saja yang mengikuti aku dan sahabatku sekarang)’

al-Thaifah al-Manshurah

Mempunyai makna kelompok yang mendapat pertolongan. Nama ini diambil dari hadits berikut,

Akan senantiasa ada sekelompok dari umatku yang mendapat pertolongan (dari Allah), tidak ada yang bisa membahayakan mereka siapa pun yang menelantarkan mereka hingga tegaknya kiamat.”

(Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, dan Ibnu Majah, disahkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Ibnu Majah)

Ahli Hadith

Para ulama sering juga menegaskan bahwa Al-Firqatun An-Najiyah dan al-Thoifah al-Manshurah adalah Ahli Hadith. Hal ini membawa pemahaman bahwa Ahli Sunnah adalah Ahli Hadits dan sebaliknya. Salah satu ulama yang menyatakan demikian adalah Imam Ahmad dengan perkataannya:

“Seandainya al-Thaifah al-Manshurah itu bukan ahli hadith, maka aku tidak tahu lagi siapa mereka itu.”

Salafiyun

Salaf secara bahasa mempunyai arti nenek moyang atau pendahulu. Secara istilah, salaf berarti sahabat, tabi’in, dan tabi’ut tabi’in serta pengikut mereka dari imam-imam terkemuka yang mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah dengan pemahaman mereka

Ahlus Sunnah wal Jama’ah disebut juga dengan salafiyun kerana ittiba’ mereka terhadap jalan salafus-salih, yaitu para sahabat, tabi’in, dan orang-orang yang mengikuti mereka dalam kebaikan dan petunjuk.

ASWJ bukanlah satu organisasi atau kumpulan yang sengaja didirikan atas kepentingan tertentu seperti Syiah dan Khawarij.

ASWJ merupakan satu nama yang mewakili majoriti umat Islam yang sangat beriltizam kepada ajaran Islam yang murni seperti yang dijelaskan oleh Nabi s.a.w. dan dihayati oleh para Sahabat, Tabiin dan Tabi Tabiin.

ASWJ muncul dengan jelas ketika berlaku penyelewengan dalam masyarakat Islam yang boleh mengancam keutuhan umat, terutamanya yang berhubung kait dengan masalah akidah.

توکوه-توکوه

Abu Hasan Asyaari dan Abu Mansur Maturidi bukanlah pengasas Ahli Sunah Waljamaah, seperti yang dihuraikan oleh sebahagian besar pengkaji mazhab dan aliran pemikiran akidah, juga seperti disangkakan oleh majoriti umat Islam di rantau ini.

Pada hakikatnya kedua-dua tokoh ini adalah penerus atau pejuang fahaman dan aliran yang diasaskan oleh Sahabat Nabi dan imam-imam selepas para Sahabat sebagai penyambung Manhaj Salaf

ابو حسن الأشعاري

Beliau adalah al-Imam Abul Hasan Ali bin Ismail bin Abu Bisyr Ishaq bin Salim bin Ismail bin Abdullah bin Musa bin Bilal bin Abu Burdah bin Abu Musa al-Asy’ari Abdullah bin Qais bin Hadhar. Dilahirkan pada tahun 260 H di Bashrah, Iraq. Dikenal dengan kecerdasannya yang luar biasa dan ketajaman pemahamannya. Demikian juga, beliau dikenal dengan qana’ah dan kezuhudannya.

سجاره كمونجولن

Abu Hassan al-Ash’ari pernah berpegang pada fahaman Muktazilah dan berguru kepada ayah tirinya Abu Ali al-Jubbai.

Selepas berusia 40 tahun, beliau berfikiran matang dan tekun mengkaji secara mendalam.

Pada suatu hari, beliau berdebat dengan ayah tirinya dalam mengenai kehidupan selepas mati. Selepas berdebat dengan ayah tiri beliau, berucap di Masjid Basrah lalu mengisytiharkan dirinya keluar daripada fahaman Muktazilah kerana tidak berpuashati dengan jawapan gurunya.

Abu Hasan al-Asy’ari membuat pembaharuan dalam aliran Ahli Sunnah dengan mengemukakan hujah-hujah logik akal serta teks-teks al-Quran dan hadis yang ada. Hujah-hujah yang dikumpulkan cukup kuat bagi mematahkan hujah Muktazilah yang pesat berkembang pada masa itu. Beliau berjaya mengumpulkan ramai murid dan pengikut. Kemudian, lahir golongan Ahli Sunnah wal Jamaah dikenali sebagai Asya’irah iaitu golongan pengikut fahaman Abu Hasan al Asy’ari.

فغساس امام مذهب

Aliran Asya’irah ini berkembang dengan pesatnya di Iraq. Kemudian, ia berkembang di Mesir pada zaman Salahuddin al- Ayubi, di Syiria dengan sokongan Nuruddin Zanki, di Maghribi dengan sokongan Abdullah bin Muhammad.

Kemudian di Turki dengan sokongan Uthmaniah dan di daerah-daerah yang lain. Ideologi ini juga didokong oleh sarjana-sarjana di kalangan mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

فرنسيف2 اهل السنة والجماعة

Ahli Sunah Waljamaah adalah golongan yang benar-benar beriltizam kepada Quran dan Sunnah. Mereka akur dengan perintah dan patuh pada semua larangannya. Mereka melaksanakannya pula dengan penuh teratur seperti yang dijelaskan oleh Nabi s.a.w. Mereka tidak menerima pandangan dan pendapat daripada mana-mana pihak sebelum menyelaraskannya dengan Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.

Mereka beriman dengan mudahnya kepada perkara ghaib, ketuhanan, kenabian dan hari akhirat. Menghayati cara hidup, budaya berfikir dan bermasyarakat seperti yang telah ditentukan oleh Islam. Semuanya ini didorong oleh keimanan yang tulen dan jiwa yang bersih para pendokong dan pemimpin ASWJ

فرنسيف2 اهل السنة والجماعة

1. Menggunakan pendekatan teks (al-Qur’an dan al-Hadith) dan rasional (akal). Tetapi tetap utamakan teks berbanding akal

2. Menyanjungi hadith Nabi dan sbg penjelas kpd al-Qur’an serta tidak menta’wilkan.

3. Menerima hadith ahad yg sahih sbg hukum

4. Menerima ijma’ sebagai sumber hukum dalam Islam.

Tuesday, September 13, 2011

Mazhab Qadariah

Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud radhiallahu’anhu berkata : beliau diberitahukan Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam dan Beliau adalah orang yang benar dan dibenarkan : “ Sesungguhnya salah satu diantara kamu dikumpulkan di perut ibunya empat puluh hari berupa mani, kemudian berupa segumpal darah selama itu, dan berupa sekerat daging selama itu juga. Kemudian diutus malaikat dan meniupkan ruh kepadanya dan diperintahkan empat hal : menulis rezekinya, ajalnya, amalannya, sengsara atau bahagia. Demi Allah yang tiada ilah ( tuhan ) selain Dia. Sesungguhnya salah satu diantara kamu beramal amalan ahli syurga sampai antara dia dengan syurga tinggal sejengkal. Kemudian didahului ketentuan sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka dan masuklah ia ke dalam neraka. Dan salah satu diantara kamu melakukan amalan ahli neraka sampai antara dia dan neraka tinggal sejengkal, kemudian didahului ketetapan, sehingga dia melakukan amalan ahli surga sehingga dia masuk ke dalam syurga 

 Qadariah

 Latar Belakang

Penamaan aliran Qadariyah didasarkan pada pandangan kelompok ini yang percaya akan tidak adanya intervensi Tuhan terhadap perbuatan manusia. Kata Qadara berasal dari bahasa Arab, artinya  kemampuan, kekuatan, memutuskan. Dalam bahasa Inggris, sering disebut dengan istilah free will atau free act (kebebasan berkehendak dan kebebasan berbuat).

 Arti Qadariyah secara terminologis adalah satu aliran yang percaya akan kebebasan manusia bertindak dan menentukan pilihan perbuatan tanpa peranan Tuhan. Setiap manusia adalah pencipta bagi perbuatannya, dengan demikian, kita dapat berbuat sesuatu atau meninggalkannya atas kehendaknya sendiri.

 Manusia memiliki qudrah atau kekuatan untuk melaksanakan kehendaknya, dapat memilih mana yang baik dan mana yang buruk. Mereka adalah golongan yang menyatakan perbuatan itu daripada hamba bukannya daripada Allah.

Fahaman ini muncul apabila mereka menyeleweng hadis Nabi Muhammad yang berpesan supaya jangan terlalu banyak membicarakan mengenai qada’ dan qadar sehingga dipengaruhi oleh syaitan.

 Kemunculan

Secara pasti, tidak dapat diketahui secara tepat aliran kemunculan Qadariyah dan ia menjadi perdebatan di kalangan ahli sejarah. Pendapat yang terkenal, mengatakan bahawa fahaman ini pertama kali muncul pada akhir zaman Sahabat sekitar tahun 70 H/689 M, oleh Ma’bad al-Juhani (w. 80 H/699 M) dan Ghailan ad-Dimasyqi (w. 105 H/722 M) Ma’bad al-Juhani adalah seorang tabi’i yang dipercayai dan pernah berguru dengan Hasan al-Basri. Ghailan ad-Dimasyqi berasal dari Damaskus.

Faham Qadariyah dikatakan berasal dari orang Iraq bernama Susan yang beragama Kristian, kemudian memeluk agama Islam, dan kembali lagi ke Kristian. Dari Susan inilah Ma’bad dan Ghailan mengambil faham tersebut. Susan adalah penganut fasafah Nasrani Mazhab Nestorian yang mendirikan sekolah filsafat di Gundisapur, dan berdekatan dengan Basrah. Mazhab Nestorian ini mengadoptasi fasafah Yunani aliran Epikureanisme (Abiquriyyun), dengan konsepnya : kerana perbuatan-perbuatan kita adalah bebas, dan kepada merekalah (perbuatan-perbuatan tersebut) disabitkan pujian dan celaan.

 Terdapat dua pendapat tentang penamaan aliran Qadariyah;

1. pendapat yang menyandarkan kepada orang-orang yang berpendapat bahwa manusia adalah pencipta dan memiliki kekuatan mutlak terhadap apa yang akan diperbuatnya, tanpa intervensi apapun dari Tuhan.

2. adalah orang-orang yang berkeyakinan bahawa qudrah manusia bukan pada penciptaan perbuatan tetapi pada pemilihan dan pelaksanaan perbuatan tersebut.

Ada dua sebab utama yang dapat dikategorikan menjadi sebab munculnya faham dan aliran Qadariyah yaitu :

1.       Masyarakat Arab yang cenderung fatalis, kehidupan yang serba sulit, faktor alam yang tidak mendukung untuk lepas dari faham tersebut.

2.       Secara politik, pemerintah yang berkuasa ketika itu, Bani Umayyah, menganut dan menekankan faham fatalis, serta menjadikannya legitimasi kekuasaan yang dipegang. Hadirnya Qadariyah dianggap sebagai berlawanan dgn kerajaan Muawiyyah

 Seiring perjalanan penyebaran faham ini, Ma’bad al-Juhani terlibat dalam gerakan politik menentang pemerintahan Umayyah. Beliau memihak kepada ‘Abdurrahman ibn al-Asy’as, Gubernur Sajistan wilayah kekuasann Bani Umayyah. Dan pada satu pertempuran, Ma’bad al-Juhani terbunuh pada tahun 80H.  Ghailan ad-Dimasyqi menjadi penerus aliran Qadariyah stlh terbunuhnya Ma’bad al-Juhani. Faham ini tersebar luas ke wilayah Damaskus, namun mendapat larangan dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Setelah Umar bin Abdul Aziz wafat, penyebaran faham ini dapat berlangsung lama, tapi Ghailan dihukum mati oleh Khalifah Hisyam bin Malik (724-743 M). Ada dialog singkat sebelum dia dibunuh :

 “Manusia berkuasa atas perbuatan-perbuatannya, manusia sendirilah yang melakukan perbuatan-perbuatan baik atas kehendak dan kekuasaannya sendiri. Dan manusia sendiri yang melakukan atau menjauhi perbuatan-perbuatan jahat atas kemauan dan dayanya sendiri”

 Fahaman

       Takdir difahami sebagai ketentuan Allah yang diciptakannya bagi alam semesta beserta seluruh isinya sejak azali. Seseorang diberi ganjaran baik dengan balasan surga kelak di akhirat. Dan seseorang akan diberi ganjaran seksa di neraka.

         Semua ini atas pilihan manusia sendiri, bukan pilihan akhir Tuhan. Tidaklah pantas manusia menerima siksaan atas tindakan salah yang dilakukan bukan atas keinginan dan kemampuannya sendiri.

Kemudian, dengan potensi yang diberikan Tuhan, manusia dapat mengembangkan sunnatullah yang ada.

Contoh; manusia yang ditakdirkan tidak dapat mengangkat beban seperti kekuatan gajah. Tapi potensi yang ada, manusia dapat berfikir mengangkat dengan menggunakan alat.

Kreativiti/kemampuan manusia inilah yang menjadi asas keyakinan aliran ini. sejauh mana kebebasan yang dimiliki manusia? Siapa yang membatasi daya imajinasi manusia? Dimana batas akhir kreatifitas manusia?

Qadariyah disandarkan kepada orang-orang yang meyakini adanya sunnatullah sebagai alternative-alternatif pilihan yang diciptakan Tuhan dan manusia mempunyai kebebasan untuk memilih dan menentukan perbuatan tersebut.

Dan kerana inilah manusia ditentukan baik dan buruk atas pilihan mereka sendiri dan bukan dengan campurtangan Allah swt.Semua ini atas pilihan manusia sendiri, bukan pilihan akhir Tuhan. Tidaklah pantas manusia menerima siksaan atas tindakan salah yang  dilakukan bukan atas keinginan dan kemampuannya sendiri.

Tokoh

Ma’abad al- Juhani

Al-Zahabi menyebut di dalam bukunya Mizan al-Iktidal, pada peringkat awal, Ma’abad adalah sarjana tabiin yang dipercayai. Namun, dia membawa ajaran yang terpesong kerana menjadi orang yang pertama menyeleweng mengenai qadar.

 Ghilan al-Dimasyqi

Dia mengikut fahaman ini dan meneruskan penyebarannya selepas Ma’abad iaitu pada zaman Umar bin Abdul Aziz.

Mendengar fahaman Ghilan, kalifah Umar memanggilnya supaya berdebat dengan Imam al-Auza’ i.

Akhirnya dia menyerah kalah dan berkata kepada khalifah, “Wahai Amirul Mukminin, saya datang dalam keadaan sesat lalu kamu menunjukkan kepada saya jalan yang benar.

Saya datang dalam keadaan jahil lalu kamu mengajar saya, demi Allah saya tidak mahu bercakap lagi perkara itu.” Namun, selepas khalifah Umar meninggal dunia, dia kembali semula menyebarkan ajarannya.

Khalifah Hisyam bin Abdul Malik memanggilnya supaya berdebat dengan Imam al-Auza’i. Kali yang kedua dia menyerah kalah.

Walau bagaimanapun, dia berdegil menyebarkan ajarannya. Dengan berani dia berkata, “Qadar baik dan jahat itu daripada hamba.”

Akhirnya, khalifah Hisyam memerintah supaya dia ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh.

Pecahan : Al-Khabitiah

Mereka adalah pengikut Ahmad bin Khabit. Pada mulanya dia adalah pengikut fahaman Muktazilah sebelum beralih kepada fahaman Qadariah. Fahamannya melampau sehingga membawa fahaman tansukh (berpindah roh) dan bertuhankan Nabi Isa. 

Pecahan : Al-Hamariah:

Golongan ini pada mulanya menjadi pengikut Jaafar as-Sadiq semasa al-Hasan yang menjadi salah seorang imam mazhab Imamiah masih hidup.

Tidak lama kemudian mereka meninggalkan al-Hasan dengan menyatakan, “Kami menguji Hasan dan kami dapati dia tidak mempunyai ilmu. Kami mengikut Hasan tanpa pengetahuan dan makrifah. Oleh itu maka kelayakannya menjadi imam terbatal.” Seterusnya mereka menganut fahaman Qadariah dengan menafikan qadak dengan qadar daripada Allah.

Mazhab Jabbariah

Mazhab Jabariah


Definisi Istilah

Secara terminologis,Jabariyah diartikan dengan aliran yang berkeyakinan bahwa tidak adanya perbuatan manusia secara hakikat dan menyandarkan perbuatan tersebut kepada Allah SWT.  Segala perbuatan hanya terjadi dengan qudrat dan Iradat-Nya. Manusia tidak mempunyai Qudrat dan Iradat, manusia hanya merupakan wadah bagi apa yang Allah kehendaki.

Definisi Istilah

Filsafat Yunani mulai diadoptasi oleh bangsa Parsi,menjadi pembahasan-pembahasan yang cukup mendapat tempat di kalangan ahli-ahli fikir.  Konsep‘ruang kosong’nya Zero yang ditafsir oleh Aristoteles iaitu : 

      Everything that is in motion must be moved by something (segala sesuatu yang bergerak, pasti digerakkan oleh sesuatu)

Artinya tidak ada sesuatu gerakan yang terjadi dengan sendirinya (spontanea).

Konsep ini dikaji oleh Iban ibn Sam’an, seorang Yahudi Syam, kemudian disampaikan dan difahami serta diyakini oleh Ja’ad ibn Dirham yang tak lainadalah guru dari Jahm ibn Safwan.  Namun diyakini bahwa pengadopsian konsepfilsafat Yunani ini hanya luaran saja bukan dalam bentuk isinya.

1.2     Sejarah Kemunculan Jabariah

Benih fahaman ini berasal daripada pegangan orang Yahudi. Kemudian, mereka mengajarkannya kepada orang-orang Islam.  Orang yang pertama menyebarkan ajaran ini kepada orang orang Islam adalah Jaad bin Darham.  Dia menerima ilmu yang sesat dan menyesatkan ini daripada orang-orang Yahudi. Jaad berjaya mendapat seorang murid yang menyebarkan fahamannya yang bernama Jaham bin Safuan.

1.3     Dasar-Dasar Mazhab  Jabariah

1.3.1  Qudrat dan Iradat Manusia. Manusia tidak mampu melakukan suatu perbuatan, tidak memiliki kemahuan bahkan tidak memiliki kekuatan untuk menentukan pilihan. Semua adalah ciptaan Allah. Manusia hanya sebagai wayang yang digerakkan oleh dalang.

Pendapat ini ditolak sama sekali kerana menimbulkan bahawa seolah-olah Allah S.W.T melakukan perkara yang sia-sia,seperti mengutuskan Rasul dan menurunkan syariat. Pada hal Allah S.W.T maha suci dari segala perkara yang sia-sia sebagaimana firmannya;

  وما خلقنا السماوات والأرض وما بينهما لاعبين ما خلقنا هما إلا بالحق ( الدخان : 38-39)

      Maksudnya:”Aku tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang di antara keduanya dengan main-main sahaja,Aku tidak menjadikan keduanya melainkan dengan sebenarnya”.

1.3.2  Ilmu Allah itu bersifat baru tanpa berhubung dengan zat-Nya dan berbilang ilmu Allah mengikut bilangan maklumat yang ada.

Allah S.W.T tidak harus mempunyai sifat yang ada pada makhluk supaya tidak menyerupai mereka. Mrk menafikan Allah mempunyai sifat hidup dan berilmu. Tetapi dalam masa yang sama mereka mengakui bahawa Allah S.W.T memiliki sifat kuasa dalam menentu dan mencipta

Perkara ini merupakan sesuatu hal yang amat ganjil,Ini kerana sifat kuasa,menentu dan mencipta ini tentu tidak dapat diakui tanpa ada sifat hidup. Ini adalah suatu pendapat yang amat bertentangan kerana ilmu Allah itu adalah sifat, yang mana dengannya Allah Maha Mengetahui segala-segalanya. Andainya Allah tidak mengetahui tentulah Dia jahil,sedangkan jahil itu sifat kekurangan yang mustahil bagi Allah.

1.3.3  Bahawa syurga dan neraka itu bersifat fana’ iaitu akan binasa setelah dimasuki ahli-ahlinya kerana ada kekal yg lain selain Allah dan gerak geri ahli syurga juga akan terhenti krn tiap2 yg bergerak akan terhenti.

Wujudnya sesuatu yang kekal abadi selain Allah seperti syurga dan neraka tertakluk kepada kehendak dan kekuasaan Allah yang Maha Kuasa dan Maha menentukan segala-segalanya

  "بلى من كسب سيّئة وأحطت به خطيئته فأولئك أصحاب النار هم فيها خالدون ( )

Maksudnya:

      Bukan demikian,yang benar,sesiapa yang melakukan dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya,maka mereka itulah penghuni neraka,mereka kekal di dalamnya ( )

1.3.4  Bahawa iman tidak boleh dibelah bahagi tidak pula berlebih kurang di antara seseorang dengan yang lain.

Dakwaan ini tentulah terang-terang menyalahi dengan sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam (S.A.W);

      ما فضّلكم أبو بكر بصوم ولا صلاة ولكن بشىء وقر فى نفسه             

      Maksudnya:”Abu Bakar tidak melebihi kamu dengan sebab puasanya dan sembahyangnya tetapi dengan sebab iman yang ada dalam dirinya”    

1.3.5  Iman adalah makrifah dan kafir  adalah jahil dlm mengenal Allah dan Islam. Siapa shj yg mengenal Allah dan Islam adlh beriman.

Sekadar pengetahuan tidak sampai lg kpd iman kerana iman itu adalah membenarkan dlm hati, melafazkan dengan lidah dan melakukan dengan anggota


1.3.6  Kalam Allah adalah baharu dan tidak qadim sama spt muktazilah

1.Pecahan-Pecahan Jabariahcahan Jabariah

AL- JAHMIAH

 Pengikut Jaham bin Safuan. Dia melahirkan kesesatannya di Tarmiz. Dia bukan sahaja menaburkan ajaran Jabariah yang meletakkan dosa kepada Allah tetapi juga menambah dengan beberapa kesesatan yang lain, antaranya adalah:

Menyatakan syurga dan neraka itu binasa kerana tiada sesuatu pun yang kekal abadi.

 AL- TABARIAH

 Pengikut al-Husin bin Muhammad al-Najam.

Antara ajarannya adalah:

 Bersama dengan golongan Muktazilah yang menafikan sifat ilmu, berkuasa, berkehendak, hidup, mendengar dan melihat. Menafikan melihat Allah pada hari kiamat.

 AL- DIRARIAH

Pengikut Dirar bin Amru, antara ajarannya ialah:

 Yang diterima selepas wafatnya Nabi Muhammad adalah ijmak sahaja. Segala yang diambil daripada Nabi Muhammad secara ahad (tunggal) tidak diterima. Ii.Adanya pancaindera tambahan daripada yang ada bagi melihat Allah pada hari kiamat.  Menafikan melihat Allah pada hari kiamat.

Pandangan Ulama’

Para sarjana Salaf dan Khalaf menolak fahaman ini dengan sekeras-kerasnya. Antara mereka adalah sahabat Nabi Muhammad iaitu Abdullah bin Abbas. Beliau menegaskan kepada pengikut Jabariah, “Adakah kamu menyeru orang supaya bertakwa kepada Allah, sedangkan kamu menyesatkan orang-orang yang bertakwa.

 Ulama bersepakat dlm menghukum mrk sbg fasik dan tidak sampai kpd kafir. Hasan alBasri berkata; “sesiapa yg tidak beriman kepada Allah, qada’ dan qadarnya sesungguhnya dia telah menjadi kafir. Sesiapa yang meletakkan dosanya kpd Allah juga telah menjadi kafir”

 

IKLAN