Mazhab
Muktazilah
Pengenalan
Ciri
utama yang membezakan pemikiran ini dari pemikiran teologi Islam lainnya adalah
pandangannya yang lebih banyak menggunakan dalil 'aqliah (akal) sehingga sering
disebut sebagai aliran rasionalis Islam.
Ketika
pertama kali muncul, pemikiran Muktazilah tidak mendapat simpati umat Islam,
terutama di kalangan masyarakat awam kerana mereka tidak begitu memahami ajaran
Muktazilah yang bersifat rasional dan sarat dengan falsafah.
Alasan
lain mengapa pemikiran ini kurang mendapat sokongan umat Islam pada saat itu adalah
kerana pemikiran ini dianggap tidak selari dengan sunnah Rasulullah SAW dan para sahabat.
Aliran
Muktazilah berkembang di kalangan golongan intelek semasa pemerintahan Khalifah al-Ma'mun dari
dinasti Abbasiyah
(198-218 H/813-833 M).
Kedudukan
Muktazilah semakin kukuh setelah Khalifah al Ma'mun menjadikannya sebagai mazhab rasmi negara. Dikatakan
Khalifah al Ma'mun sejak kecilnya sudah dididik dalam tradisi Yunani
Dan
pada zaman itulah golongan muktazilah memaksakan pemikirannya yang dikenal
dalam sejarah dengan peristiwa Mihnah
(fahaman bahawa al-Quran itu makhluk Allah, jadi tidak qadim.)
Jika
al-Quran dikatakan qadim, maka akan timbul kesimpulan bahawa ada yang qadim
selain Allah).
Byk kisah ttg kemunculan Mu’tazilah, antaranya….
i. Wasil Bin Ata’ yg berpisah dr pengajian Hasan al-Basri di Masjid Basrah.
ii. Menyalahi pdpt ttg org (Khawarij) ttg masalah
pelaku dosa besar.
iii. Pd
asalnya mrk tidak suka dgn nama ini, tp akhirnya menerima dan berhujjah mrk menjauhi
bid’ah.
Pd peringkat awal dikatakan muncul krn wujud gol bebas
dr gol Zubair, Talhah (Aisyah) dan Ali dan Muawiyyah.
Mrk kata “kebenaran tidak semesti berada pd salah satu
gol, mgkin dua2 salah dan tidak pasti tidak jelas siapa yg salah dan ia harus
dijauhi (I’tazalna)
Gol ini berada di tengah2 antara Khawarij dan Murjiah.
Tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.
Gol Mu’tazilah awalnya tidak menyukai gelaran tersebut
dan ia sebenarnya adlh lebih bersifat ejekan dr gol2 yg lain.
Ada jg yg mengelar mrk sbg ‘al-mu’attilah’
yg bermaksud ‘kosong’ tuhan tidak bersifat. Mrk lebih menyukai gelaran ahl al-’Adl wa
al-Tauhid.
Prinsip Akidah Muktazilah
Terdapat 5 prinsip utama, iaitu:
1. Ke-Esaan (al-Tauhid)
2. Keadilan (al-’Adlu)
3. Janji dan Ancaman (al-Wa’du wa
al-Wa’idu)
4. Tempat antara 2 tempat (al-Manzilatu baina al-Manzilataini)
5. Suruh kebaikan dan cegah keburukan (‘amr
ma’ruf dan nahi mungkar)
Ke-Esaan (al-tauhid)
Muktazilah
percaya kepada Tauhid iaitu Tuhan itu satu. Mereka berbeza dari majoriti Muslim
dalam menerangkan tentang konsep Tauhid supaya selari dengan wahyu dan akal.
Contohnya
majoriti mazhab dalam Islam menghadapi kesulitan dalam menerangkan sifat Tuhan
tanpa menyamakanNya dengan perwatakan manusia (anthropomorphic) atau
tidak menerangkan langsung maksud tersebut seperti yang tertulis dalam wahyu.
Muktazilah
mengatakan sifat Tuhan adalah tidak berbeza dari zatNya. Dengan kata lain,
Tuhan itu Maha Mengetahui, tetapi Tuhan itu Maha Mengetahui kerana zatNya
bukannya kerana Ia mempunyai pengetahuan yang terasing dari diriNya. Konsep
Tauhid ini diterangkan dalam hasil kerja cendekiawan Muktazilah, hakim agung
Abd al-Jabbar ibn Ahmad
i. Tidak akui sifat Tuhan sbg qadim yg lain dr zatNya.
ii. Al-Qur’an adalah makhluk. Kalamullah juga
makhluk yg dijadikan pd waktu diperlukan dan bukan pd zatNya.
iii. Tuhan tidak dapat dilihat dgn mata.
iv. Takwil ayat yg mengatakan adanya persamaan
Allah dgn manusia.
Keadilan (al-’Adlu)
Dalam
menghadapi masalah kewujudan kejahatan di dunia, Muktazilah percaya kepada free
will (kebebasan manusia). Kejahatan dilihat sebagai sesuatu yang berlaku
kerana kesalahan manusia dalam melakukan sesuatu.
Muktazilah
tidak menafikan kewujudan kezaliman ke atas manusia kerana ini terjadi
disebabkan manusia itu menyalah gunakan free will (kebebasan) yang
diberi Tuhan.
Dalam
menerangkan hal ini, Muktazilah bergantung kepada doktrin taklif - iaitu
hidup ini adalah ujian Tuhan kepada manusia yang diberikan akal fikiran untuk
memilih yang baik dan buruk.
Pada hari Kiamat nanti, mereka akan dihukum Tuhan atas segala nikmat yang mereka perolehi dan tanggungjawab yang diamanahkan semasa mereka di dunia.
Pada hari Kiamat nanti, mereka akan dihukum Tuhan atas segala nikmat yang mereka perolehi dan tanggungjawab yang diamanahkan semasa mereka di dunia.
Sekiranya
mereka ini menyalah gunakan akal fikiran yang diberi Tuhan, mereka akan dihukum
di neraka. Ini kerana Tuhan telah bersikap adil dalam menjelaskan jalan yang
lurus dan jalan yang sesat dalam kitab suciNya
i. Meletakkan tanggungjawaban ke atas
manusia atas segala perbuatannya
ii. Tuhan tidak menghendakki keburukan dan tidak menciptakan perbuatan manusia
iii. Manusia mengerjakan perintah dan meninggalkan
larangan atas kekuasaan yg dijadikan Tuhan pada diri mereka Tuhan tidak
menghendakki keburukan dan tidak menciptakan perbuatan manusia.
iv. Allah hanya menguasai kebaikan sahaja dan tidak
campurtangan dlm keburukan.
Janji dan Ancaman (al-Wa’du wa al-Wa’idu)
Mereka
berpendapat Tuhan tidak akan mungkir janji iaitu memberi pahala pada muslimin
yang baik dan memberi azab seksa pada muslimin yang jahat pada hari Kiamat
nanti.
Tempat antara 2 tempat (al-Manzilatu baina al-Manzilataini)
Posisi
pertengahan. Pendapat ini dicetuskan Wasil ibn Ata yang
membuatnya berpisah dari gurunya Hasan al-Basri, bahawa mukmin berdosa besar
dan tidak bertaubat, dia bukan mukmin (beriman) tetapi juga bukan kafir (tidak
beriman), statusnya boleh dipanggil fasik. Mereka ini boleh dikebumikan sebagai
Muslim, didoakan dan mengahwini Muslim.
Hanya
Tuhan yang akan menentukan di neraka mana mereka ditempatkan kerana neraka itu
mempunyai banyak tingkat untuk semua golongan.
Imam
Hasan al-Basri berpendapat muslim berdosa besar masih seorang mukmin sementara
golongan Khawarij
mengatakan mereka kafir
Suruh kebaikan dan cegah keburukan (‘amr ma’ruf dan nahi mungkar)
Menyeru
kebaikan terdapat dua jenis, satu yang wajib seperti tanggungjawab agama (al-faraid)
apabila seseorang meninggalkannya (dayya'aha) dan yang sunat (al-nafila)
apabila seseorang meninggalkannya (tarakaha).
Dan
bagi melarang kemungkaran, ia wajib kerana kemungkaran itu adalah salah (qabih).
Jika boleh, melarang kemungkaran itu mestilah jalan yang tidak menyusahkan atau
menjadikan kemungkaran itu tidak begitu teruk, dengan matlamat supaya
kemungkaran itu tidak berlaku langsung
Tafsiran
Muktazilah berbeza dengan tafsiran ulama’-ulama’ ahli as-sunnah wal-jamaa’h.
Di
mana muktazilah berpendapat bahawa menyuruh kepada perkara yang ma’ruf dan
mencegah perkara kemungkaran mestilah dengan hati terlebih dahulu, kemudian
dengan lidah, kemudian dengan tangan dan sekiranya tidak mencukupi dengan lidah
dan tangan maka dengan menggunakan pedang.
Penutup
Tokoh-tokoh
Muktazilah yang terkenal ialah:
1. Wasil
bin Ata, lahir di Madinah,
pelopor ajaran ini.
2. Abu
Huzail al-Allaf (751-849 M), penyusun lima ajaran
asas Muktaziliyah.
3. an-Nazzam,
murid Abu Huzail al-Allaf.
4. Abu
Ali Muhammad bin Abdul Wahab al-Jubba’i
(849-915 M).
Meskipun
Muktazilah tiada lagi, namun pemikiran rasionalnya sering dibahas cendekiawan
muslim dan bukan muslim
No comments:
Post a Comment