Showing posts with label Pengajian Aqidah. Show all posts
Showing posts with label Pengajian Aqidah. Show all posts

Monday, July 2, 2012

Masalah Sifat Allah

Perbahasan menganai sifat Allah menjadi polemik di kalangan mazhab aqidah dengan pendapat yang berbeza-beza. Dalam catatan ini akan dibentangkan serba sedikit berkenaan dengan pendapat-pendapat tersebut untuk dibuat perbezaan antara mereka.

Muktazilah

Mereka menafikan sepenuhnya Allah mempunyai sifat-sifat, malah mereka mahukan Allah dibersihkan sepenuhnya daripada sifat2 tersebut kerana jika Allah bersifat seperti makhluk maka tiada beza dengan makhluk. Pada mereka sifat Allah hanyalah nama-nama sahaja dan bukan sifat.

Hujah mereka jika Allah mempunyai sifat tanpa ditakwil maka jadilah banyak qadim (ta'adud al-qudama') kerana setiap sifat adalah qadim. Ia juga membawa kepada fahaman Allah tersusun drpd dzat dan sifat.

Allah mengetahui, berkuasa dan hidup melalui dzat bukan melalui sifai ilm, qudrah, hayah dan lain-lain. Oleh itu mereka sifatkan Allah sebagai 'serba tidak' seperti tidak berjisim dan segala sifat thubutiyyah itu adalah idofah

Asha'irah

Menthabitkan Allah dengan sifat-sifat dzat sahaja seperti qudrah, iradah dan sebagainya tetapi tidak pada sifat perbuatan seperti khalq, rizq dan sebagainya. Ini kerana sifat bersemayam (istiwa') turun (nuzul) perlu ditakwilkan kerana ia menyerupai makhluk.

Pandangan Ibn Taymiyyah

Ibn Taymiyyah berpendapat Allah mestilah disifatkan dengan semua sifat yang wujud di dalam al-Qur'an dan hadith tanpa memerlukan sebarang takwilan dan beliau mempersoalkan apa perlunya akal untuk mentakwilkan nas-nas yang diwahyukan oleh Allah. Beliau sangat mementingkan manhaj an-nassi daripada manhaj al-aqli dengan menyedari bahawa Allah sama sekali tidak boleh disamakan dengan sifat-sifat makhluk.

Ibn Taymiyyah menolak sebarang usaha untuk mentakwilkan sifat Allah kerana beliau menolak peranan akal sebagai penghukum dan penentu kepada ayat-ayat al-Qur'an dan akal hanyalah untuk mengakui dan memperkukuhkan nas sahaja tidak sampai untuk mengatasinya. Beliau menentang penafian Muktazilah terhadap sifat Allah kerana tidak mungkin ada persamaan antara sifat Allah dan makhluk dan sifat Allah ialah sifat-sifat yang sesuai dengan-Nya sahaja.

Beliau juga mengkritik sikap Asha'irah yang menafikan sifat-sifat seperti ghadab, mahabbah, dan juga takwilan seperti yadd, al-wajh dan lain2 kerana menyebabkab Allah berjisim kerana akal boleh menerima sifat-sifat sedemikian secara zahir dengan syarat makna itu sesuai bagi Allah s.w.t.

Ibn Taymiyyah dengan tegas berpendapat sifat-sifat yang disebut oleh nas-nas itu adalah qadim lagi azali.





Tuesday, October 11, 2011

Kesan Iman Dalam Kehidupan Individu


Menurut almarhum Abul A'la al Maududi, pengakuan beriman kepada Allah SWT sebenarnya boleh meninggalkan kesan ke atas kehidupan manusia. Malah, katanya, orang yang tidak beriman dengan Allah SWT akan mengalami kegagalan dan
kerugian yang besar.

Apakah kesan beriman dengan Allah SWT? Apakah kerugian yang dialami orang yang tidak beriman?

1. Berpandangan luas


Menurut al-Maududi, orang yang beriman dengan Allah tidak mungkin mempunyai pandangan yang sempit kerana dia percaya kepada Yang Menciptakan langit dan bumi, Pemilik alam semesta, Pemilik barat dan timur, Pemberi rezeki dan Pendidik makhluk. Dia tidak akan menemui sesuatu yang ganjil dalam alam ini kerana segala sesuatu yang ada di dalamnya adalah milik Allah. Tidak ada sesuatu pun dalam alam ini yang dapat menghalang dan membataskan rasa cintanya dan kecenderungannya untuk memberi pertolongan dan khidmat kepada sesama manusia.

Bagaimanapun pandangan seperti ini tidak mungkin ada pada orang yang menganut fahaman tuhan yang berbilang-bilang, yang beri'tiqad Allah mempunyai sifat serba kekurangan dan terbatas seperti manusia atau orang yang tidak percaya kepada Allah sama sekali.

2. Melahirkan rasa bangga dan harga diri.


Orang yang beriman kepada Allah berasa bangga sebagai manusia dan mempunyai harga diri. Dia mengetahui Allah adalah Pemilik sebenar segala kekuatan yang ada dalam alam ini, tidak ada yang memberi manfaat dan mudarat kecuali Allah, tidak ada yang menghidup dan mematikan kecuali Allah serta tidak ada yang memiliki hukum, kekuasaan dan kedaulatan kecuali Allah.
Oleh itu, keimanannya kepada Allah menyebabkan dia tidak berhajat kepada yang lain daripada Allah. Tercabut dari dalam hatinya rasa takut kepada yang lain daripada Allah. Dia tidak menundukkan kepalanya di hadapan makhluk, tidak merendahkan diri dan mengemis kepada manusia dan tidak gentar dengan kesombongan dan kebesaran manusia.

Sifat seperti ini tidak mungkin ada pada manusia yang tidak beriman dengan Allah. Antara perkara yang menyebabkan syirik, kufur dan murtad ialah seseorang mahu menundukkan kepalanya kepada yang lain daripada Allah dan menganggapnya berkuasa memberi manfaat dan mudarat. Ia takut dan bergantung harap kepadanya.

3. Rendah hati sesama manusia.


Orang yang beriman dengan Allah tidak mungkin menjadi angkuh, tidak mensyukuri nikmat dan tidak terpedaya dengan kekuatan dan kemahiran yang dimilikinya kerana dia tahu dan yakin semua itu adalah kurniaan Allah kepadanya. Malah dia sedar Allah berkuasa mengambilnya kembali apabila Dia menghendaki.

Manusia yang tidak percaya kepada Allah akan mengingkari nikmat, menyombong dan mengangkat kepala apabila memperolehi nikmat yang sementara kerana menganggap nikmat itu hasil usaha dan kecekapannya. Begitu juga orang yang musyrik menjadi sombong apabila mendapat nikmat kerana menyangka dia mendapat perhatian lebih daripada Tuhannya berbanding orang lain.

4. Jiwa yang bersih dan beramal saleh


Orang yang beriman dengan Allah yakin tidak ada jalan untuk mencapai keselamatan dan keuntungan kecuali dengan jiwa yang bersih dan beramal saleh. Kesedaran itu timbul kerana dia beriman kepada Allah yang Maha Kaya dan Maha Adil, bergantung harap segala sesuatu kepada-Nya.

Sebaliknya orang yang musyrik dan kafir menghabiskan masa hidup mereka untuk angan-angan yang palsu. Di antara mereka ada yang berkata: "Sesungguhnya anak Allab telah menjadi penebusan dosa-dosa kita kepada Bapanya."'Ada juga yang berkata: "Kami adalah putera Allah dan kekasihnya, maka Ia tidak akan menyiksa kami kerana dosa kami."Ada juga yang berkata: "Kami akan meminta syafaat pada sisi Allah kepada pembesar kami dan orang yang bertaqwa di kalangan kami.' Ada juga di kalangan mereka yang menyembahkan nazar dan korban kepada tuhan mereka dan menganggap dengan cara demikian mereka telah mendapat izin untuk berbuat sekehendak hati mereka.

Kepercayaan karut seperti itu sentiasa membenamkan orang-orang berkenaan dalam lumpur dosa dan maksiat serta lupa mensucikan iiwa dan memperbaiki amal mereka.

Orang yang murtad pula sama sekali tidak percaya adanya Pencipta mereka. Mereka tidak percaya akan diminta bertanggungiawab atas perbuatan mereka serta menerima balasan atas perbualan itu. Mereka menyangka mereka merdeka di dunia dan tidak terikat dengan sesuatu undang-undang. Tuhan mereka ialah hawa nafsu dan mereka meniadi hambanya.

5. Tidak berputus asa dan hilang harapan


Orang mukmin tidak mudah dihinggapi rasa putus asa dan hilang harapan dalam apa keadaan sekalipun kerana dia beriman kepada Yang Memiliki langit dan bumi serta Yang Memiliki nikmat dan kurniaan yang banyak. lman memberikan ketenteraman yang luar biasa pada hatinya. lman mengisi hatinya dengan ketenangan dan harapan meskipun dia dihina di dunia dan diusir dari semua pintu kehidupan sehingga kelihatan jalan hidupnya sempit dan seluruh saluran kebendaan terputus daripadanya. Dia yakin Allah tidak pernah terlena dan tidak membiarkan hidupnya terlantar. Oleh itu dia sentiasa mencurahkan tenaganya dengan bertawakkal kepada Allah dan meminta pertolongan daripada-Nya dalam semua urusan.

Ketenteraman hati dan ketenangan iiwa seperti ini tidak mungkin dimiliki kecuali dengan aqidah tauhid. Orang kafir, musyrik dan mulhid (athies) mempunyai hati yang lemah. Mereka bersandar kepada kekuatan yang terbatas. Maka alangkah cepatnya mereka dihinggapi rasa putus asa ketika menghadapi kesukaran. Kadangkala membawa mereka membunuh diri.

6. Memiliki hati dan pendirian yang teguh


lman kepada Allah mendidik manusia dengan kekuatan-yang besar, bulat, tekad, berani, sabar, tabah dan tawakkal ketika menghadapi perkara besar di dunia demi mengharapkan keredaan Allah. Dia yakin kekuatan Allah yang memiliki langit dan bumi menyokongnya dan membimbingnya dalam setiap aspek kehidupan. Oleh itu hatinya menjadi lebih teguh, tabah dan keras daripada keteguhan, ketabahan dan kekerasan gunung. Hampir tidak ada suatu musibah dalam dunia yang dapat melawan tekad yang telah dibuatnya. Bagaimanakah syirik, kufur dan mulhid dapat menentang kekuatan dan ketabahan seperti ini?

7.Berani


lman kepada Allah menjadikan manusia berani dan mengisi hatinya dengan ketabahan. Ada dua perkara yang menjadikan seseorang manusia itu pengecut dan lemah semangat. Pertama, cinta pada diri, harta dan keluarganya. Kedua, percaya bahawa ada yang lain daripada Allah yang dapat mematikan manusia dan dia tidak dapat menolak kematian itu dengan sebarang tipu daya.

Bagaimanapun iman kepada Allah dapat mencabut kedua-dua perkara itu daripada hati manusia dan membersihkannya daripada daki-dakinya dengan sebersih-bersihnya. lman dapat mencabut yang pertama dengan menjadikan dia yakin bahawa Allah adalah satu-satunya Pemilik diri, harta dan keluarganya. lman menjadikan dia sedia berkorban untuk jalan dan keredhaan Allah. Dia sedia berkorban dengan segala sesuatu yang ada padanya sama ada yang mahal mahupun murah.

lman juga dapat mencabut perkara kedua dengan menanamkan ke dalam iiwa manusia bahawa tidak ada seorang manusia atau seekor binatang pun yang dapat merampas hidupnya, tidak juga bom atau meriam, pedang, batu atau kayu, sebaliknya hanya Allah yang berkuasa berbuat demikian. Allah telah menetapkan waktu bagi kematiannya. Tidak ada satu kekuatan pun dalam dunia ini yang dapat mempercepatkannya.

Oleh itu, tidak ada orang di dalam dunia yang lebih berani daripada orang yong beriman kepada Allah. Satu bala tentera sekalipun tidak dapat menakutkan atau menggentarkannya kerana ketika dia maju untuk beriihad dia dapat menghancurkan suatu kekuatan yang melebihi sepuluh kali ganda.

Oleh itu, bagaimanakah orang kafir, musyrik dan mulhid menganggap jiwa mereka adalah barang paling berharga bagi diri mereka dan yakin bahawa mati itu datang bersama kedatangan musuh dan pergi dengan pemergian musuh?

8. Menjauhi perbuatan hina, berpada dengan yang ada


Iman kepada Allah mengangkat darjat manusia dan menimbulkan dalam dirinya sifat menjauhkan diri daripada perbuatan yang rendah martabatnya. Dia juga berasa cukup dengan apa yang ada dan tidak memerlukan pemberian orang, menyucikan hatinya daripada sifat tamak, rakus, dengki, rendah diri dan segala sifat buruk serta kecenderungan yang hina. Tidak terlintas dalam hatinya memilih jalan yang keji untuk mencapai kejayaan kerana dia yakin rezeki berada di tangan Allah. Dia yakin Allah melimpahkan rezeki kepada orang yang dikehendaki-Nya dan menentukan kepada orang yang dikehendaki-Nya. Tidak ada kemuliaan, kekuatan, kemasyhuran, kekuasaan, pengaruh dan kemenangan melainkan di tangan Allah. Manusia wajib berusaha dengan cara yang mulia menurut kemampuannya. Kejayaan atau kegagalan bergantung kepada Allah. Tidak ada yang dapat menahan apa yang diberi-Nya dan tidak ada yang dapat memberi apa yang ditahan-Nya.

Orang kafir, musyrik dan mulhid menyangka bahawa kejayaan mereka atau kegagalan bergantung kepada bantuan kekuatan duniawi atau halangannya. Mereka adalah hamba kepada keserakahan dan kerakusan. Untuk mencapai kejayaan mereka tidak segan menerima rasuah, mengampu, bersekongkol dan melakukan pelbagai lagi cara yang keji. Mereka menggigit jari kerana dengki melihat kejayaan orang lain. Mereka menggunakan tipu daya untuk menjatuhkan orang lain atau orang yang menentang mereka.

9. Terikat dan patuh pada peraturan Allah


Perkara paling penting dalam hubungan ini ialah iman kepada Allah menjadikan manusia terikat dan patuh kepada undang-undang Allah. Orang yang beriman yakin Allah mengetahui segala sesuatu. Malah Allah lebih dekat kepada diri mereka daripada urat leher mereka sendiri.

Orang beriman yakin apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan di dalam gelap ataupun bersendirian, Allah tetap mengetahui. Apabila terlintas dalam hatinya sesuatu yang tidak baik, Allah tetap mengetahui. Walaupun dia dapat menyembunyikan perbuatannya daripada orang lain, dia tidak dapat menyembunyikannya daripada Allah. Walaupun dia dapat melepaskan dirinya daripada sebarang kekuatan, dia tidak dapat melepaskan dirinya daripada Allah.

Oleh itu semakin kukuh iman ini melekat dalam jiwa seseorang, semakin tekun ia mengikuti hukum Allah dan menjauhi larangan-Nya. la bergegas menuju kebajikan dan mengerjakan apa yang diperintah oleh Allah sekalipun di dalam gelap mahupun bersendirian. Di hadapan matanya sentiasa terbayang pengadilan tinggi yang hampir dan tidak ada orang yang dapat melepaskan diri daripada pemeriksaan-Nya.

Iman kepada Allah menjadi syarat pertama dan paling utama untuk menjadikan seseorang manusia itu Muslim kerana seorang Muslim ialah hamba yang taat dan patuh hanya kepada Allah SWT.

dipetik dari http://www.haluan.org.my

Kesan Iman Dalam Kehidupan Keluarga


KELUARGA

Sesungguhnya manusia telah dijadikan oleh Allah dan telah ditakdirkan dengan berbagai-bagai kesudahan. Di kalangan manusia : 1. Ada yang lahir dari keluarga beriman dan mati pula dalam keadaan beriman. 2. Ada yang lahir dari keluarga kafir dan mati juga dalam keadaan kufur. 3. Ada yang lahir dalam keluarga kafir tetapi mati dalam keadaan beriman kepada Allah. 4. Ada yang lahir dalam keadaan keluarga beriman tetapi mati dalam keadaan kufur kepada Allah. (na·uzubillahi min zaalik)

1.Mudah mengatur urusan keluarga:

Ia dapat merencanakan soal-soal pendidikan, saraan, pergaulan dan pembangunan keluarganya dengan tarbiah Islamiah. Ia dapat menjalankan tugasnya sebagai ra·i atau ketua keluarga dan dalam masa yang sama sebagai abid atau hamba Allah yang sentiasa menjaga hubungannnya dengan Allah swt.

2.Menjauhkan keluarga dari sifat buruk:

Amalan buruk yang boleh memudaratkan badan seperti merokok, meminum minuman keras, menyalahgunakan dadah dan sebagainya, hendaklah dijauhi. Sekiranya ketentuan ini tidak dipatuhi, kesihatan jasmani akan terjejas dan boleh memberi kesan buruk kepada mental, fizikal dan spiritual.

3. Melahirkan sifat bertanggungjawab :

Apabila kita sudah memiliki iman yang kukuh dan menanamkan perasaan cinta kepada Islam, maka dengan sendirinya ia akan menghasilkan sifat bertanggungjawab dalam diri untuk melakukan kebaikan di samping menanamkan sikap berwaspada agar tidak terjerumus dalam kencah dosa dan maksiat.

4. Memupuk kasih sayang berpanjangan:

Kita hendaklah menjaga dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan anggota keluarga dengan memastikan suasana sentiasa ceria, mesra dan saling hormat-menghormati. Berdoalah untuk kebaikan keluarga agar sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

€ Firman

Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Furqan ayat 74 tafsirnya : "Dan juga mereka yang diredhai Allah itu ialah orang-orang yang berdoa dengan berkata : Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteriisteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan menjadikan kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertakwa".

5. Melahirkan keluarga berfikiran luas :

Menurut al.Maududi, orang yang beriman dengan Allah tidak mungkin mempunyai pandangan yang sempit kerana dia percaya kepada Yang Menciptakan langit dan bumi, Pemilik alam semesta, Pemilik barat dan timur, Pemberi rezeki dan Pendidik makhluk. Dia tidak akan menemui sesuatu yang ganjil dalam alam ini kerana segala sesuatu yang ada di dalamnya adalah milik Allah. Tidak ada sesuatu pun dalam alam ini yang dapat menghalang dan membataskan rasa cintanya dan kecenderungannya untuk memberi pertolongan dan khidmat kepada sesama manusia.

6. Melahirkan keluarga berakhlak mulia :

Akhlak mulia bagi peribadi unggul adalah hasil keimanan yang kental. Ini disebabkan tali ikatan yang menjalinkan hubungan antara ahli keluarga dapat terbentuk melalui nilai-nilai dan disiplin yang diamalkan oleh anggota keluargatersebut. € Sekiranya nilai yang diamalkan itu positif maka akan lahirlah sebuah keluarga yang aman, damai, harmoni dan diselubungi roh Islam. Rasulullah saw adalah contoh utama pembentukan akhlak. Dalam sebuah hadith, baginda saw bersabda, 'Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia'. ( Riwayat Ahmad )

7. Mendapat kejayaan :

Ibubapa yang berjaya adalah ibubapa yang taat perintah Allah, tinggalkan segala laranganNya dan beramal mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Dan mereka juga berusaha sungguh-sungguh untuk mendidik anak-anak mereka supaya melakukan perkara yang sama (taat perintah Allah swt & amal cara hidup Rasulullah saw). € Hal ini adalah kasil daripada keimanan yang kukuh dan ketaqwaan yang mantap didalam diri setiap ibu bapa.

Wednesday, September 21, 2011

Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah (Part II)


Mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah (Bahagian 2)

Aqidah membawa erti pegangan dan kepercayaan seseorang. Pegangan dan kepercayaan ini pula terbahagi kepada dua iaitu benar atau salah. Aqidah yang benar merupakan kunci kepada segala penerimaan ibadah. Tanpa aqidah yang benar Allah tidak akan menerima segala amalan salih. Hubungan aqidah dan amalan salih ini berdalilkan firman Allah yang bermaksud:

Dan barangsiapa melakukan amalan salih dari kalangan lelaki ataupun wanita dalam ia beriman (beraqidah dengan aqidah yang betul) maka merekalah yang akan dimasukkan ke dalam syurga dan tidak akan dizalimi walaupun sedikit.”(Al-Nisa’ ayat 124)

Daripada 'Auf bin Malik bahawa baginda saw bersabda:

Maksudnya: "Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan. Satu golongan daripada mereka itu dalam syurga dan yang tujuh puluhnya dalam neraka. Orang-orang Nasara pula berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu golongan mereka dalam neraka, dan satu golongan dalam syurga. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada dalam tangan kekuasaannya, benar-benar umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, satu golongan berada dalam syurga dan tujuh puluh dua dari mereka dalam neraka.Baginda ditanya: Siapakah mereka (yang masuk syurga) itu?". Jawab Baginda "Jama'ah".

'Irbad bin Sariyah, bahawa Nabi S.A.W. bersabda:

Maksudnya: "Hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah; hendaklah kamu dengar dan taat (kepada pemimpin kamu) walaupun ianya seorang hamba Habsyi. Dan kamu akan melihat selepasku perselisihan yang teruk dan berat (ikhtilafan shadidan). Maka hendaklah kamu berpegang kepada perjalanan sunnahku dan sunnah atau perjalanan hidup para Khulafa' al-Rashidin yang mendapat hidayat dari Tuhan. Hendaklah kamu berpegang kepada perjalanan itu dengan gigi geraham kamu. Jaga-jagalah diri kamu daripada (mengada-adakan atau mengikut) perkara-perkara baru (dalam urusan agama); maka sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah kesesatan".

Dasar-Dasar Akidah

Pertama

Mengithbatkan hakikat-hakikat dan ilmu-llmu. Pertamanya ilmu yang badihi iaitu secara tersendiri tanpa difikirkan. Keduanya ilmu yang bersifat hissi iaitu melalui pengalaman pancaindera dan ketiganya ilmu istidlali iaitu yang datang dengan manusia mengambil dalil dengan menggunakan akalnya.

Kedua

Tentang barunya alam ini. Mereka telah ijma'kan bahawa alam itu adalah segala sesuatu yang selain daripada Allah, mereka ijma'kan bahawa sesuatu yang selain daripada Allah dan selain daripada sifat-sifatnya yang azali adalah makhluk yang dijadikan serta diciptakan oleh Allah. Mereka juga bersepakat bahawa Tuhan yang menjadikan itu bukan makhluk, bukan yang diciptakan dan bukan daripada jenis alam ini dan bukan daripadajenis sesuatu daripada juzuk alam ini.

Ketiga

Berkenaan dengan Tuhan yang menciptakan alam serta Sifat-SifatNya. Pada Ahli's-Sunnah, segala sesuatu yang baru itu mesti ada yang menjadikannya dan mengadakannya dan mereka berpegang kepada pegangan bahawa Tuhan yang menjadikan alam ini Dialah yang menjadikan jisim-jisim dan 'arad-'arad.

Keempat

Berkenaan dengan sifat-sifat yang ada pada Zat Allah, Ahli's Sunnah berpegang kepada pegangan bahawa sesungguhnya Ilmu Allah, QudratNya, HayatNya, IradatNya, Sama'Nya dan BasarNya, serta KalamNya adalah sifat-sifatnya yang azali serta abadi.

Antara Iktikad ASWJ

a. Al-quran bukan makhluk - mereka yakin al-quran adalah kalam Allah yang bersifat qadim dan bukan makhluk iaitu bersifat baru. Al-Qur’an adlh manifestasi dr Kalamullah yg qadim sdgkan suara,huruf adalah baharu.

b. Melihat Allah - Menurut ahli sunnah wal jamaah orang mukmin dapat melihat Allah di syurga pada hari qiamat sebagaimana yang disebutkan dalam al-quran dan hadis sahih

c. Pelaku dosa besar - Orang yang melakukan dosa besar tetap dikira sebagai mukmin kerena imannya masih ada tetapi dikira fasik kerana telah melakukan dosa besar

d. Iman bertambah dan berkurang - Ahli sunnah berpendapat bahawa iman seseorang boleh bertambah dan berkurang

e. Perbuatan hamba – manusia bebas berbuat krn diberi ikhtiar, segala perbuatan adlh krn manusia bkn sbb takdir Allah, tetapi segalanya yg berlaku adlh takdir Allah.

f. Masalah berkaitan dengan ayat mutasyabihat (ﻣﺘﺸﺎﺑﻬﺎت ) mengenai sifat Allah Ta‘ala. ulama Salaf memilih jalan tidak mentakwilkan secara tafsiliyy ﺗﻔﺼﻴﻠﻲ menafikan makna zahirnya dan diserahkan makna sebenar kepada Yang Maha Mengetahui tanpa berpegang dengan zahirnya, tanpa menyandarkan sifat tasybih, tajsim dan bertempat bagi zat Allah.

g. Sifat Allah bukan Dzat dan bukan lain dr Dzat.

h. Allah berkehendak kpd kebaikan dan keburukan.

i. Allah tidak wajib : Buat yg baik dan terbaik, Mengutus rasul-rasul dan memberi pahala kpd si taat dan siksa kpd penderhaka

j. Allah beri beban atas kesanggupan manusia.

k. Nabi Muhammad dikuatkan dgn mukjizat.

l. Kebangkitan di akhirat, pengumpulan manusia (hasyr), pertanyaan Mungkar dan Nakir, siksa kubur, timbangan amal, shirath…semuanya adalah benar.

m. Semua sahabat adalah adil.

n. Sepuluh sahabat yg dijanjikan syurga

o. Ijma’ adalah suatu kebenaran yg harus diterima.

p. Mukmin fasiq akan ke syurga stlh selesai siksaan neraka.

Siapa ASWJ

1. Mereka yang mempunyai dan berkeyakinan tentang bab-bab mengesakan Allah, nubuwwah, hukum-hukum wa'd dan wa'id,pahala, balasan azab, syarat-syarat ijtihad dan imamah, serta mereka menjalani jalan agama yang demikian ini.

2. Mereka yang terdiri daripada imam-imam dalam ilmu fiqh yang beri'tikad tentang dasar-dasar agama (usulu'd-din) mazhab yang percaya kepada sifat-sifat Allah, ZatNya dan mereka yang bersih daripada pegangan Qadariyah dan Mu'tazilah.

3. Mereka percaya kepada harusnya memandang Wajah Allah di akhirat dengan pandangan mata tanpa tashbih dan ta'til, serta mereka mempercayai bangkit dari kubur serta soalan Munkar dan Nakir di dalamnya, juga percaya kepada Kolam Nabi, Sirat, Shafa'at dan keampunan dosa dan mereka tidak mensyirikkan Allah. Mereka percaya kepada kekalnya ni'mat syurga kepada ahlinya dan kekalnya azab neraka kepada ahlinya.

4. Mereka yang percaya kepada Imamah Abu Bakar, 'Umar, 'Uthman dan 'Ali serta mereka memuji golongan salaf as-Salih dengan pujian yang baik dan Mereka ini juga berpegang kepada wajibnya istinbat hukum hukum Syari'at daripada Qur'an dan Sunnah dan ijma' para Sahabat, serta mereka memegang kepada ajaran harus menyapu kasut panjang (dalam wudhu') dan berlakunya tiga talak, dan juga mereka mengharamkan mut'ah serta wajibnya taat kepada Sultan di dalam perkara yang bukan ma'siat terhadap Allah.

5. Mereka yang mempunyai ilmu yang cukup tentang jalan-jalan riwayat hadith-hadith Nabi S.A.W. serta sunnah-sunnah yang datang daripada Baginda S.A.W. serta mereka boleh membezakan antara riwayat-riwayat yang sahih, yang 'sakit', dan mereka tahu tentang sebab-sebab 'cedera'nya para periwayat, dan 'adil'nya mereka (dan oleh itu riwayat mereka boleh diterima) dan mereka tidak mencampuradukkan ilmu mereka itu dengan sesuatu daripada ahli hawa nafsu yang sesat.

6. Mereka yang mempunyai ilmu yang mencukupi berkenaan dengan segi-segi pembacaan Qur'an (qira'at) serta segi-segi tafsir ayat-ayat Qur'an dan ta'wil-ta'wilnya yang sesuai dengan mazhab Ahli's Sunnah wal-Jama'ah, dan bukan ta'wil-ta'wil mengikut ahli-ahli aliran-aliran yang sesat itu.

7. Mereka yang mempunyai ilmu yang cukup tentang jalan-jalan riwayat hadith-hadith Nabi S.A.W. serta sunnah-sunnah yang datang daripada Baginda S.A.W. serta mereka boleh membezakan antara riwayat-riwayat yang sahih, yang 'sakit', dan mereka tahu tentang sebab-sebab 'cedera'nya para periwayat, dan 'adil'nya mereka (dan oleh itu riwayat mereka boleh diterima) dan mereka tidak mencampuradukkan ilmu mereka itu dengan sesuatu daripada ahli hawa nafsu yang sesat.

Kesimpulan

Ancaman terhadap Ahli Sunnah datang dari pelbagai sudut, sama ada dari golongan yang meng-izhar-kan mereka bukan Islam seperti Yahudi dan Kristian mahupun golongan yang mendakwa sebagai Islam seperti puak Syi‘ah, Wahhabiyyah, Hizb al-Tahrir, Ikhwanjiyyah (Khawarij), Islam Liberal, Sisters In Islam dan banyak lagi. Ini merupakan ujian Allah terhadap mereka yang berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama‘ah di zaman kini supaya memperjuangkan sunnah (aqidah dan syari‘at).

hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bayhaqiyy yang bermaksud:

Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku (aqidah dan syari‘atku) ketika rosaknya umatku, maka baginya pahala syahid.”

Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah (Part I)


Mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah (Bahagian 1)

Malaysia kurang masalah dlm akidah kecuali ajaran sesat krn tlh terlalu biasa dgn ASWJ.

ASWJ tidak diwartakan sbg mazhab kpd agama Islam secara rasmi di Malaysia, Cuma dlm masalah syariah guna mazhab Syafie yg bermazhab ASWJ.

Antara kitab rujukan ASWJ di Malaysia al-Baghdadi, (al-farq Bain al-firaq), al-Ghazali, (Risah al-Tauhid, Ihya’ Ulum al-Din) Muhammad Shaltut (Islam, Aqidah wa Shari’ah) al-Shahrastani ( al-Milal wa al-Nihal), Said Haji Ibrahim –(Akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah)

فغنالن

Penggunaan istilah jama'ah Muslimin memang terdapat dalam hadith-hadith, terutamanya dua istilah iaitu 'jamaah' dan 'firqah' dengan pluralnya 'firaq'.

Antara hadith-hadith tersebut ialah;

Maksudnya: 'Orang-orang Yahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan atau puak(firqah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan'.

(Sunan Ibn Majah-riwayat dari Abu Hurairah radiya'Llahu 'anhu)

Daripada 'Auf bin Malik bahawa baginda saw bersabda

Maksudnya: 'Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan (ihda wa sab'ina firqatan). Satu golongan daripada mereka itu dalam syurga dan yang tujuh puluhnya dalam neraka. Orang-orang Nasara pulaberpecah menj'adi tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu golongan mereka dalam neraka, dan satu golongan dalam syurga. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada dalam tangan kekuasaannya, benar-benar umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, satu golongan berada dalam syurga dan tujuh puluh dua dari mereka dalam neraka' Baginda ditanya: Siapakah mereka (yang masuk syurga) itu?'. Jawab Baginda 'Jama'ah'.


Anas bin Malik radiya'Llahu'anhu bahawa baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya: 'Sesungguhnya Bani Isra'il berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan. Dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan (firqah), semuanya masuk neraka, melainkan satu golongan, iaitu al-Jama'ah'.

معصود اهل السنة والجماعه

Muncul pada akhir abad ke 3 H yang dipimpin oleh 2 orang ulama besar iaitu Syeikh Abu Hassan Ali Al Asy’ari dan Syeikh Abu Mansur Al Maturidi.

Perkataan Ahl-Sunnah wal Jamaah kadang-kadang disebut sebagai Ahl-Sunnah atau Sunni dan kadang-kadang disebut Asy’ari atau Asya’irah dikaitkan dengan ulama besarnya yang pertama iaitu Abu Hassan Ali Asy’ari.

Ahlus Sunnah wal Jama’ah “ Mereka yang menempuh seperti apa yang pernah ditempuh oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para Sahabatnya Radhiyallahu ‘anhum. Disebut Ahlus Sunnah, karena kuatnya (mereka) berpegang dan berittiba’ (mengikuti) Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para Sahabatnya Radhiyallahu ‘anhum

Erti Ahl al-Sunnah ialah penganut Sunnah Nabi. Erti wal Jamaah ialah penganut I’tiqad sebagai i’tiqad Jamaah Sahabat-sahabat Nabi. Kaum Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah ialah kaum yang menganut i’tiqad sebagai yang dianut oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda.

نام2 لأين باضي اهل السنة

al-Firqatun al-Najiyah

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya, ‘Siapakah An-Najiyah (golongan yang selamat)?’ dan menjawab dalam satu hadits ‘Maa anaa ‘alaihi al-yauma wa ashaabii (siapa saja yang mengikuti aku dan sahabatku sekarang)’

al-Thaifah al-Manshurah

Mempunyai makna kelompok yang mendapat pertolongan. Nama ini diambil dari hadits berikut,

Akan senantiasa ada sekelompok dari umatku yang mendapat pertolongan (dari Allah), tidak ada yang bisa membahayakan mereka siapa pun yang menelantarkan mereka hingga tegaknya kiamat.”

(Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, dan Ibnu Majah, disahkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Ibnu Majah)

Ahli Hadith

Para ulama sering juga menegaskan bahwa Al-Firqatun An-Najiyah dan al-Thoifah al-Manshurah adalah Ahli Hadith. Hal ini membawa pemahaman bahwa Ahli Sunnah adalah Ahli Hadits dan sebaliknya. Salah satu ulama yang menyatakan demikian adalah Imam Ahmad dengan perkataannya:

“Seandainya al-Thaifah al-Manshurah itu bukan ahli hadith, maka aku tidak tahu lagi siapa mereka itu.”

Salafiyun

Salaf secara bahasa mempunyai arti nenek moyang atau pendahulu. Secara istilah, salaf berarti sahabat, tabi’in, dan tabi’ut tabi’in serta pengikut mereka dari imam-imam terkemuka yang mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah dengan pemahaman mereka

Ahlus Sunnah wal Jama’ah disebut juga dengan salafiyun kerana ittiba’ mereka terhadap jalan salafus-salih, yaitu para sahabat, tabi’in, dan orang-orang yang mengikuti mereka dalam kebaikan dan petunjuk.

ASWJ bukanlah satu organisasi atau kumpulan yang sengaja didirikan atas kepentingan tertentu seperti Syiah dan Khawarij.

ASWJ merupakan satu nama yang mewakili majoriti umat Islam yang sangat beriltizam kepada ajaran Islam yang murni seperti yang dijelaskan oleh Nabi s.a.w. dan dihayati oleh para Sahabat, Tabiin dan Tabi Tabiin.

ASWJ muncul dengan jelas ketika berlaku penyelewengan dalam masyarakat Islam yang boleh mengancam keutuhan umat, terutamanya yang berhubung kait dengan masalah akidah.

توکوه-توکوه

Abu Hasan Asyaari dan Abu Mansur Maturidi bukanlah pengasas Ahli Sunah Waljamaah, seperti yang dihuraikan oleh sebahagian besar pengkaji mazhab dan aliran pemikiran akidah, juga seperti disangkakan oleh majoriti umat Islam di rantau ini.

Pada hakikatnya kedua-dua tokoh ini adalah penerus atau pejuang fahaman dan aliran yang diasaskan oleh Sahabat Nabi dan imam-imam selepas para Sahabat sebagai penyambung Manhaj Salaf

ابو حسن الأشعاري

Beliau adalah al-Imam Abul Hasan Ali bin Ismail bin Abu Bisyr Ishaq bin Salim bin Ismail bin Abdullah bin Musa bin Bilal bin Abu Burdah bin Abu Musa al-Asy’ari Abdullah bin Qais bin Hadhar. Dilahirkan pada tahun 260 H di Bashrah, Iraq. Dikenal dengan kecerdasannya yang luar biasa dan ketajaman pemahamannya. Demikian juga, beliau dikenal dengan qana’ah dan kezuhudannya.

سجاره كمونجولن

Abu Hassan al-Ash’ari pernah berpegang pada fahaman Muktazilah dan berguru kepada ayah tirinya Abu Ali al-Jubbai.

Selepas berusia 40 tahun, beliau berfikiran matang dan tekun mengkaji secara mendalam.

Pada suatu hari, beliau berdebat dengan ayah tirinya dalam mengenai kehidupan selepas mati. Selepas berdebat dengan ayah tiri beliau, berucap di Masjid Basrah lalu mengisytiharkan dirinya keluar daripada fahaman Muktazilah kerana tidak berpuashati dengan jawapan gurunya.

Abu Hasan al-Asy’ari membuat pembaharuan dalam aliran Ahli Sunnah dengan mengemukakan hujah-hujah logik akal serta teks-teks al-Quran dan hadis yang ada. Hujah-hujah yang dikumpulkan cukup kuat bagi mematahkan hujah Muktazilah yang pesat berkembang pada masa itu. Beliau berjaya mengumpulkan ramai murid dan pengikut. Kemudian, lahir golongan Ahli Sunnah wal Jamaah dikenali sebagai Asya’irah iaitu golongan pengikut fahaman Abu Hasan al Asy’ari.

فغساس امام مذهب

Aliran Asya’irah ini berkembang dengan pesatnya di Iraq. Kemudian, ia berkembang di Mesir pada zaman Salahuddin al- Ayubi, di Syiria dengan sokongan Nuruddin Zanki, di Maghribi dengan sokongan Abdullah bin Muhammad.

Kemudian di Turki dengan sokongan Uthmaniah dan di daerah-daerah yang lain. Ideologi ini juga didokong oleh sarjana-sarjana di kalangan mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

فرنسيف2 اهل السنة والجماعة

Ahli Sunah Waljamaah adalah golongan yang benar-benar beriltizam kepada Quran dan Sunnah. Mereka akur dengan perintah dan patuh pada semua larangannya. Mereka melaksanakannya pula dengan penuh teratur seperti yang dijelaskan oleh Nabi s.a.w. Mereka tidak menerima pandangan dan pendapat daripada mana-mana pihak sebelum menyelaraskannya dengan Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.

Mereka beriman dengan mudahnya kepada perkara ghaib, ketuhanan, kenabian dan hari akhirat. Menghayati cara hidup, budaya berfikir dan bermasyarakat seperti yang telah ditentukan oleh Islam. Semuanya ini didorong oleh keimanan yang tulen dan jiwa yang bersih para pendokong dan pemimpin ASWJ

فرنسيف2 اهل السنة والجماعة

1. Menggunakan pendekatan teks (al-Qur’an dan al-Hadith) dan rasional (akal). Tetapi tetap utamakan teks berbanding akal

2. Menyanjungi hadith Nabi dan sbg penjelas kpd al-Qur’an serta tidak menta’wilkan.

3. Menerima hadith ahad yg sahih sbg hukum

4. Menerima ijma’ sebagai sumber hukum dalam Islam.

Tuesday, September 13, 2011

Mazhab Qadariah

Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud radhiallahu’anhu berkata : beliau diberitahukan Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam dan Beliau adalah orang yang benar dan dibenarkan : “ Sesungguhnya salah satu diantara kamu dikumpulkan di perut ibunya empat puluh hari berupa mani, kemudian berupa segumpal darah selama itu, dan berupa sekerat daging selama itu juga. Kemudian diutus malaikat dan meniupkan ruh kepadanya dan diperintahkan empat hal : menulis rezekinya, ajalnya, amalannya, sengsara atau bahagia. Demi Allah yang tiada ilah ( tuhan ) selain Dia. Sesungguhnya salah satu diantara kamu beramal amalan ahli syurga sampai antara dia dengan syurga tinggal sejengkal. Kemudian didahului ketentuan sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka dan masuklah ia ke dalam neraka. Dan salah satu diantara kamu melakukan amalan ahli neraka sampai antara dia dan neraka tinggal sejengkal, kemudian didahului ketetapan, sehingga dia melakukan amalan ahli surga sehingga dia masuk ke dalam syurga 

 Qadariah

 Latar Belakang

Penamaan aliran Qadariyah didasarkan pada pandangan kelompok ini yang percaya akan tidak adanya intervensi Tuhan terhadap perbuatan manusia. Kata Qadara berasal dari bahasa Arab, artinya  kemampuan, kekuatan, memutuskan. Dalam bahasa Inggris, sering disebut dengan istilah free will atau free act (kebebasan berkehendak dan kebebasan berbuat).

 Arti Qadariyah secara terminologis adalah satu aliran yang percaya akan kebebasan manusia bertindak dan menentukan pilihan perbuatan tanpa peranan Tuhan. Setiap manusia adalah pencipta bagi perbuatannya, dengan demikian, kita dapat berbuat sesuatu atau meninggalkannya atas kehendaknya sendiri.

 Manusia memiliki qudrah atau kekuatan untuk melaksanakan kehendaknya, dapat memilih mana yang baik dan mana yang buruk. Mereka adalah golongan yang menyatakan perbuatan itu daripada hamba bukannya daripada Allah.

Fahaman ini muncul apabila mereka menyeleweng hadis Nabi Muhammad yang berpesan supaya jangan terlalu banyak membicarakan mengenai qada’ dan qadar sehingga dipengaruhi oleh syaitan.

 Kemunculan

Secara pasti, tidak dapat diketahui secara tepat aliran kemunculan Qadariyah dan ia menjadi perdebatan di kalangan ahli sejarah. Pendapat yang terkenal, mengatakan bahawa fahaman ini pertama kali muncul pada akhir zaman Sahabat sekitar tahun 70 H/689 M, oleh Ma’bad al-Juhani (w. 80 H/699 M) dan Ghailan ad-Dimasyqi (w. 105 H/722 M) Ma’bad al-Juhani adalah seorang tabi’i yang dipercayai dan pernah berguru dengan Hasan al-Basri. Ghailan ad-Dimasyqi berasal dari Damaskus.

Faham Qadariyah dikatakan berasal dari orang Iraq bernama Susan yang beragama Kristian, kemudian memeluk agama Islam, dan kembali lagi ke Kristian. Dari Susan inilah Ma’bad dan Ghailan mengambil faham tersebut. Susan adalah penganut fasafah Nasrani Mazhab Nestorian yang mendirikan sekolah filsafat di Gundisapur, dan berdekatan dengan Basrah. Mazhab Nestorian ini mengadoptasi fasafah Yunani aliran Epikureanisme (Abiquriyyun), dengan konsepnya : kerana perbuatan-perbuatan kita adalah bebas, dan kepada merekalah (perbuatan-perbuatan tersebut) disabitkan pujian dan celaan.

 Terdapat dua pendapat tentang penamaan aliran Qadariyah;

1. pendapat yang menyandarkan kepada orang-orang yang berpendapat bahwa manusia adalah pencipta dan memiliki kekuatan mutlak terhadap apa yang akan diperbuatnya, tanpa intervensi apapun dari Tuhan.

2. adalah orang-orang yang berkeyakinan bahawa qudrah manusia bukan pada penciptaan perbuatan tetapi pada pemilihan dan pelaksanaan perbuatan tersebut.

Ada dua sebab utama yang dapat dikategorikan menjadi sebab munculnya faham dan aliran Qadariyah yaitu :

1.       Masyarakat Arab yang cenderung fatalis, kehidupan yang serba sulit, faktor alam yang tidak mendukung untuk lepas dari faham tersebut.

2.       Secara politik, pemerintah yang berkuasa ketika itu, Bani Umayyah, menganut dan menekankan faham fatalis, serta menjadikannya legitimasi kekuasaan yang dipegang. Hadirnya Qadariyah dianggap sebagai berlawanan dgn kerajaan Muawiyyah

 Seiring perjalanan penyebaran faham ini, Ma’bad al-Juhani terlibat dalam gerakan politik menentang pemerintahan Umayyah. Beliau memihak kepada ‘Abdurrahman ibn al-Asy’as, Gubernur Sajistan wilayah kekuasann Bani Umayyah. Dan pada satu pertempuran, Ma’bad al-Juhani terbunuh pada tahun 80H.  Ghailan ad-Dimasyqi menjadi penerus aliran Qadariyah stlh terbunuhnya Ma’bad al-Juhani. Faham ini tersebar luas ke wilayah Damaskus, namun mendapat larangan dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Setelah Umar bin Abdul Aziz wafat, penyebaran faham ini dapat berlangsung lama, tapi Ghailan dihukum mati oleh Khalifah Hisyam bin Malik (724-743 M). Ada dialog singkat sebelum dia dibunuh :

 “Manusia berkuasa atas perbuatan-perbuatannya, manusia sendirilah yang melakukan perbuatan-perbuatan baik atas kehendak dan kekuasaannya sendiri. Dan manusia sendiri yang melakukan atau menjauhi perbuatan-perbuatan jahat atas kemauan dan dayanya sendiri”

 Fahaman

       Takdir difahami sebagai ketentuan Allah yang diciptakannya bagi alam semesta beserta seluruh isinya sejak azali. Seseorang diberi ganjaran baik dengan balasan surga kelak di akhirat. Dan seseorang akan diberi ganjaran seksa di neraka.

         Semua ini atas pilihan manusia sendiri, bukan pilihan akhir Tuhan. Tidaklah pantas manusia menerima siksaan atas tindakan salah yang dilakukan bukan atas keinginan dan kemampuannya sendiri.

Kemudian, dengan potensi yang diberikan Tuhan, manusia dapat mengembangkan sunnatullah yang ada.

Contoh; manusia yang ditakdirkan tidak dapat mengangkat beban seperti kekuatan gajah. Tapi potensi yang ada, manusia dapat berfikir mengangkat dengan menggunakan alat.

Kreativiti/kemampuan manusia inilah yang menjadi asas keyakinan aliran ini. sejauh mana kebebasan yang dimiliki manusia? Siapa yang membatasi daya imajinasi manusia? Dimana batas akhir kreatifitas manusia?

Qadariyah disandarkan kepada orang-orang yang meyakini adanya sunnatullah sebagai alternative-alternatif pilihan yang diciptakan Tuhan dan manusia mempunyai kebebasan untuk memilih dan menentukan perbuatan tersebut.

Dan kerana inilah manusia ditentukan baik dan buruk atas pilihan mereka sendiri dan bukan dengan campurtangan Allah swt.Semua ini atas pilihan manusia sendiri, bukan pilihan akhir Tuhan. Tidaklah pantas manusia menerima siksaan atas tindakan salah yang  dilakukan bukan atas keinginan dan kemampuannya sendiri.

Tokoh

Ma’abad al- Juhani

Al-Zahabi menyebut di dalam bukunya Mizan al-Iktidal, pada peringkat awal, Ma’abad adalah sarjana tabiin yang dipercayai. Namun, dia membawa ajaran yang terpesong kerana menjadi orang yang pertama menyeleweng mengenai qadar.

 Ghilan al-Dimasyqi

Dia mengikut fahaman ini dan meneruskan penyebarannya selepas Ma’abad iaitu pada zaman Umar bin Abdul Aziz.

Mendengar fahaman Ghilan, kalifah Umar memanggilnya supaya berdebat dengan Imam al-Auza’ i.

Akhirnya dia menyerah kalah dan berkata kepada khalifah, “Wahai Amirul Mukminin, saya datang dalam keadaan sesat lalu kamu menunjukkan kepada saya jalan yang benar.

Saya datang dalam keadaan jahil lalu kamu mengajar saya, demi Allah saya tidak mahu bercakap lagi perkara itu.” Namun, selepas khalifah Umar meninggal dunia, dia kembali semula menyebarkan ajarannya.

Khalifah Hisyam bin Abdul Malik memanggilnya supaya berdebat dengan Imam al-Auza’i. Kali yang kedua dia menyerah kalah.

Walau bagaimanapun, dia berdegil menyebarkan ajarannya. Dengan berani dia berkata, “Qadar baik dan jahat itu daripada hamba.”

Akhirnya, khalifah Hisyam memerintah supaya dia ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh.

Pecahan : Al-Khabitiah

Mereka adalah pengikut Ahmad bin Khabit. Pada mulanya dia adalah pengikut fahaman Muktazilah sebelum beralih kepada fahaman Qadariah. Fahamannya melampau sehingga membawa fahaman tansukh (berpindah roh) dan bertuhankan Nabi Isa. 

Pecahan : Al-Hamariah:

Golongan ini pada mulanya menjadi pengikut Jaafar as-Sadiq semasa al-Hasan yang menjadi salah seorang imam mazhab Imamiah masih hidup.

Tidak lama kemudian mereka meninggalkan al-Hasan dengan menyatakan, “Kami menguji Hasan dan kami dapati dia tidak mempunyai ilmu. Kami mengikut Hasan tanpa pengetahuan dan makrifah. Oleh itu maka kelayakannya menjadi imam terbatal.” Seterusnya mereka menganut fahaman Qadariah dengan menafikan qadak dengan qadar daripada Allah.

IKLAN