
Monday, October 31, 2011
Jenis-Jenis Ujian (Part II)

6. Ujian Subjektif
Jawapan dalam beberapa ayat atau ayat panjang
Calon perlu merancang jawapan dan menulis dengan perkataan sendiri
Sesuai untuk mengukur aras kognitif seperti fahaman,aplikasi dan analisis
Sesuai untuk mengukur aras kognitif sintesis dan penilaian
Lebih mudah membinanya daripada soalan objektif
Sukar diperiksa kebolehpercayaan rendah
Kebolehan menulis dengan baik dan kemas
Menggalakkan calon melahirkan perasaan dan menyusun,mengintergrasi idea serta menggalakkan daya cipta
Tindakbalas calon dibahagikan dua.Tindakbalas terhad dan tindakbalas lanjutan
Jenis Tindakbalas Terhad
Jawapan pendek-menghadkan isi dan bentuk jawapan seseorang calon
Jenis Tindak balas lanjutan (Jawapan tidak terhad)
membenarkan calon memilih,mengatur dan membentangkan jawapan yang difikirkan paling sesuai
Menguji aras kognitif yang paling tinggi iaitu menguji calon membuat analisis dan penilaian
Kelemahan ujian Subjektif
kurang cekap untuk mengukur pengetahuan mengenai fakta-fakta kerana skop soalan adalah amat luas
pemerkahan adalah rendah kebolehpercayaan kerana maklumat-maklumat berbeza
Semak Soalan Jenis Struktur
Bahagian soalan mempunyai perkaitan dengan tajuk kecil yang sama
Soalan dijawab dengan satu perkataan,frasa, simbol, rumus atau ayat pendek
Setiap soalab spesifik,jelas dan tidak menimbulkan kekeliruan
Semua petunjuk dalam soalan perlu dielakkan
Kehendak tahap kejituan atau unit diberitahu
Fakta soalan perlu tepat
Setiap soalan hanya mempunyai satu jawapan
Peraturan pemarkahan perlu disediakan
Soalan perlu disemak semula
Pembinan Ujian Esei
Bentuk ujian mengikut JSU
Tugasan soalan perlu jelas-Calon perlu mengetahui dengan jelas. Cth Bincangkan kaedah projek atau terangkan apa yang dimaksudkan dengan kaedah projek
Cuba guna perkataan penghurai contoh-jelaskan, huraikan,bezakan
Tunjukkan dengan jelas markah
Pilih soalan-soalan dengan teliti kerana skop sukatan pelajaran yang boleh dirangkumi oleh ujian esei
Arahan-arahan bagi ujian seharusnya jelas
Soalan esei yang mengandungi banyak pilihan adalah tidak digalakkan
Bentuklah soalan mengikut aras kesukaran yang sesuai dengan kebolehan mental murid
Tambahan bilangan soalan dan pelbagai jenis soalan untuk meninggikan kebolehpercayaan ujian
Penggunaan ujian esei adalah lebih sesuai untuk menguji kebolehan murid membuat aplikasi,analisis, sintesis dan penilaian
7. Ujian kepantasan
Ujian kepantasan mengandungi jumlah soalan yang banyak serta mempunyai aras kesukaran yang hampir seragam
Markat ujian seperti ini bergantung kepada jumlah soalan yang betul dijawapb oleh calon dalam masa yang terhad
Biasanya soalan yang dikemukana terlalu banyak untuk diselesaikan dalam masa yang terhad
Tulis apa sahaja yang anda suka
Sertakan nama samaran anda
Tulis nama negeri kelahiran anda
Kemudian, fikirkan siapa orang yang paling disayangi.
Apakah haiwan kegemaran anda?
Lima belas darab sifar berapa?
Lokasi anda sekarang di mana?
Apakah hobi anda?
satu tambah dua tolak tiga tambah satu?
Matapelajaran yang paling digemari?
Jumlah adik beradik?
Warna kegemaran?
8. Ujian Daya
Ujian daya merupakan ujian yang mengandungi soalan-soalan yang berbeza peringkat
Markat bagi ujian ini bergantung pada jumlah soalan yang dijawap dengan betul.Secara unggulnya masa ujian tidak dihadkan
Namun begitu peruntukan masa diberikan kepada calon untuk membaiki markatnya
8. Ujian Rujukan Norma
Ujian yang relatif yang menggambarkan prestasi kumpulan murid dalam graf yang normal
Meliputi satu bidang pelajaran yang luas
Tujuan-membanding prestasi murid dalam kumpulan
Menentukan murid murid sama ada lulus,gagal, cemerlang dan sederhana
Memilih murid untuk tujuan pengiktirafan -Sijil
Bermula dengan soalan yang mudah kepada lebih sukar dan mempunyai diskriminasi yang tinggi
Penentuan pangkat,gred bagi menentukan kelulusan murid pelbagai pangkat
Meliputi topik pembelajaran yang lebih luas
Menggunakan JSU
Kesukaran soalan adalah berdasarkan nisbah 25 peratus mudah,50 sederhana dan 25 peratus sukar
Kedudukan dalam sesuatu kumpulan menentukan pangkat pencapaian Contoh ujian-peperiksaan akhir penggal,UPSR,PMR,SPM dan STPM
Tidak memberi maklumat secara terperinci tentang kemahiran seseorang murid
9. Ujian rujukan Kriteria
Untuk rujukan yang menentukan peringkat pencapaian individu berdasarkan kriteria tertentu yang telah ditetapkan
Menumpukan pada tugas-tugas pembelajaran yang terhad
Tujuan-Menentukan tahap penguasaan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari mengikut kriteria yang telah ditentukan
Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keputusan ujian
Soalan yang hampir sama peringkat kesukaran dengan berpandukan objektif pelajaran
Semua soalan dapat membayangkan pencapaian calon denngan jelas.Biasanya hampir sama peringkat kesukaran
Kriteria secara terperinci ditentukan
Tiada gred ditetapkan dan memadaikan pernyataan lulus atau gagal
Tertumpu pada topik-topik tertentu yang lebih khusus
Taraf mutlak menentukan peringkat pencapaian.Contohnya Ali dapat menjawab 20 daripada 25 soalan matematik
10. Ujian Formatif
• penilaian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan
• mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran
• memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada pelajar
• membantu menentukan sama ada sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang telah ditetapkan
• alat-alat penilaian formatif ialah ujian guru di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar
• Menjalankan ujian formal ataub tidak formal semasa waktu pelajaran secara individu,secara kumpulan atau secara kelas
• Tak formal (pemerhatian dan soal jawab) atau formal (ujian pensel , atau ujian singkat)
• Dilakukan semasa mengajar apabila mengesan kelemahan dalam beberapa kemahiran
• Dijalankan secara kelas,secara kumpulan atau secara individu
• Bagi ujian tak formal tiada rekod disediakan tetapi ujian formal menggunakan senarai semak/rekod prestasi
11. Ujian Sumatif
• Sesuatu jenis ujian formal untuk mengesan pencapaian dalam sesuautu tahap persekolahan
• Mengesan pencapaian pelajar berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred pelajar
• Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu pelajaran secara kelas atau tingkatan
• Selepas mengajar beberapa unit pengajaran
• Ujian formal menggunakan kertas pensel atau ujian lisan dalam masa yang sesuai
• Meliputi beberapa unit pembelajaran atau beberapa tahap persekolahan
• penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program
• untuk memperoleh maklumat tentang pencapaian pelajar pada akhir kursus itu, atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu
• Penggunaan rekod profil atau sijil.
• diguna untuk tujuan persijilan. Contoh ujian-ujian penilaian sumatif ialah ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM
• Kegunaan-
• Menempatkan murid dalam kumpulan atau kelas yang sesuai
• Merancang dan mengubahsuai pelajaran atau kurikulum
• Memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan
12. Ujian Prestasi
• Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan pemahaman dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri aktiviti seharian. Ujian prestasi memberi rangsangan kepada pelajar untuk memperkenal dan mengembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan mereka berasaskan kepada kurikulum yang diajar
• teknik yang digunakan dalam ujian prestasi ialah menghendaki pelajar merakam sebahagian aktiviti, menemubual pelajar bagi mengesahkan kebolehan, kefahaman dan pemikiran mereka. Teknik portfolio juga sering digunakan bagi memeriksa hasil kerja pelajar. Melalui teknik portfolio guru boleh menentukan sama ada kerja yang dilakukan memenuhi kehendak soalan ujian.
13. Ujian Pencapaian
• Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah menguasai isi sesuatu kursus yang diajar. Ujian pencapaian mempersoalkan apa yang pelajar telah belajar? Seringkali ujian pencapaian merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku pengajaran dan pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor
14. Ujian Diagnostik
• Penilaian diagnostik pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Sekiranya beliau belum bersedia, pensyarah dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar agar pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh lakukan
15. Ujian Kecerdasan
• Ujian kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel secara luas pelbagai fungsi mental (pemikiran) supaya dapat menganggarkan tahap intelektual am seseorang individu.
Jenis-Jenis Ujian (Part I)

JENIS-JENIS UJIAN (Part 1)
1 . Ujian Individu
Digolongkan dalam ujian tara
Diambil oleh seseorang pada sesuatu masa
Sesorang pemeriksa terlatih akan mengemukakan soalan atau mengarahkan seseorang calon menjalankan tugasan
Kadangkala tidak perlu menggunakan bahasa langsung (boleh membantu calon yang kurang mahir bahasa)
Contoh ujian ujian Kecerdasan Stanfords-Biner, Skala Kecerdasan Dewasa Wechsler, ujian bakat
2. Ujian Berkumpulan
Ujian Tara berkumpulan merupakan ujian kertas pensel yang memerlukan calon membaca soalan itu sendiri
Ujian ini mudah dilaksanakan dan lebih ekonomis
Seluruh kelas dapat diuji
Pemeriksa terlatih tidak diperlukan kerana guru kelas /calon boleh membaca soalan sendiri
Contoh ujian kemajuan, ujian pencapaian, ujian esei
Setengah ujian dalm kumpulan boleh juga digunakan dalam ujian individu
3. Ujian Bertulis
Ujian yang melibatkan penggunaan bahasa yang gramatis dalam bentuk ayat
Contoh ujian ini berbentuk esei atau berbentuk rencana
Memerlukan suasana,masa, dan mungkin emosi untuk menukar perkataan, mengubah atau menyusun ayat dan menilai secara keseluruhan apa yang dihasilkan
Untuk menilai seorang pelajar guru perlu
-memberi peluang sama kepada semua murid untuk menjawab soalan yang sama
-Soalan hendak tegas dan terperinci akan apa yang diperlukan daripada murid
-Menulis dua atau lebih karangan adalah adil untuk menilai prestasi pelajar
Teknik Pemarkahan
Global-Amat baik,baik, sederhana,kurang baik,lemah
Perincian- Isi (50%),Bahasa (30%)Gaya (10%), Impak(10%)
Dinilai dalam 3 cara
Serta Merta-Menilai kefahaman pengetahuan dan kemahiran berbahasa
Kemajuan-Menilai laporan bertulis, menilai murid melalui ujian bertulis seperti ujian objektif atau ujian esei
PENCAPAIAN-Penilaian melalui ujian bertulis seperti ujian objektif atau ujian esei
4. Ujian lisan
Bergantung kepada objektif pengajaran lisan berkenaan seperti kefasihan,menyebut atau menggunakan Bahasa Malaysia yang standard
Menentukan objektif pengajaran dan bahan yang perlu digunakan dalam ujian
Pemarkahan bergantung kepada penilai dan kecekapan menilai prestasi seorang calon
Teknik temuramah dan teknik kloz sesuai digunakan dimana pengambil ujian disuruh melengkapkan atau menyambut soalan-soalan yang diberikan serta berinteraksi secara natural (diuji bukan dalam keadaan bertutur yang biasa)
Soalan-soalan yang akan dikemukakan telah di programkan
Tidak hanya menguji satu aspek sahaja tetapi aspek lain perlu dititik berat seperti apabila menguji kefasihan, sebutan dan kelancaran juga boleh diuji
Pemarkahan
Global-1 -tiada sambutan,2 –lemah,2-sedang,3-memuaskan,4-baik dan 5 cemelang
Teknik terperici- akhir kata,awal kata,kefasihan bahasa dan lain-lain aspek (Pembahagian Markah lihat pada markah keseluruhan)
Diuji dalam 3 Cara
Serta Merta-Menilai kebolehan pertuturan murid melalui soalan lisan,perbincangan dan kuiz
Kemajuan-Menilai keboleh-tuturan menlalui aktiviti syarahan,lakonan dan bercerita,menilai kefasihan menghafal melalui aktiviti bacaan kuat,hafazan,kuiz
Pencapaian-Menilai aspek yang perlu seperti bacaan dalam bahasa melayu dan hafazan dalam Pendidikan Islam
5. Ujian Objektif
Terdiri daripada soalan atau item yang semuanya memerlukan jawapan yang pendek dan tepat
Terdapat pelbagi jenis item objektif tetapi setiap mempunyai satu ciri yang serupa iaitu jawapan khusus dan terbatas
Sistem pemarkahan adalah tetap
Kemampuan lain calon tidak diambil kira atau dilayan
Bilangan item banyak
Calon membuat pilihan jawapan yang tepat dan terbatas
Kualiti ujian bergantung kepada kemahiran dan kebolehan pengubalan soalan
Tiada kebebasan diberikan kepada calon menjawab soalan
Calon menghafaz dan menganalisakan pendapat orang lain
Banyak masa calon ditumpukan kepada membaca dan berfikir
Jawapan adalah tetap dan skim pemarkahan dapat disediakan dengan mudah
Pemeriksa yang kurang mempunyai pengetahuan isi ujian itu juga sanggup memeriksa kertas jawapan
Kelebihan Ujian Objektif
Ia meliputi semua bidang mata pelajaran dengan luas
Menguji aras kognitif diperingkat pengeahuaan,kefahaman dan aplikasi dengan berkesan
Masa yang diperlukan untuk menjawab dan memeriksa adalah ringkas
Objektif adalah tinggi. Jawapan yang sama akan diberi markat yang sama walaupun diperiksa oleh pemeriksa yang berlainan
Item ujian dinyata dalam bahasa yang mudah
Calon yang mempunyai bahasa yang lemah juga boleh menjawab soalan objektif
Kebolehpercayaan ujian ini tinggi kerana banyak soalan boleh disediakan
Kelemahan Ujian Objektif
Pembinaan ujian memerlukan lebih tenaga,masa dan perbelajaan
Ia tidak dapat menguji kebolehan calon pada aras kognitif yang tinggi spt analisis,sintesis dan penilaian
Gagal menguji kebolehan calon untuk menyusun serta menghuraikan idea- idea
Menggalakkan calon meneka jawapan
Calon tidak membuat persediaan yang rapi kerana mereka boleh mengenal jawapan daripada senarai jawapan yang diberikan
Calon yang berlatih menjawab jawapan boleh meningkatkan taraf pencapaian
Senarai semak soalan objektif
Pokok Soalan harus bermakna(apa yang hendak ditanya)
Pokok soalan harus mengandungi bahan yang relevan (jelas,tepat dan mudah difahami)
Kurang pokok soalan dalam bentuk negatif
Semua pilihan jawapan hendaklah sejajar dengan pokok soalan dari segi bahasa
Satu item hendaklah mengandungi satu jawapan yang nyata dan betul sahaja
K esemua pengganggu hendalah munasabah dan berbentuk seolah-olah boleh diterima
Panjang pengganggu hendaklah sama atau hampir sama
Penempatan jawapan A,B,C.D atau E hendaklah berubah-ubah
Kurangkan penggunaan pengganggu tiada jawapan
Sekurang-kurangnya perlu ada empat atau lima jawapan
Bentuk item yang berlainan daripada yang pernah dibuat dalam bilik darjah sekiranya mengukur aras kognitif yang tinggi
Pilihan jawapan diatur mengikut tertib sekiranya jawapan itu berbentuk nombor atau angka
Soalan negatif dielakkkan atau dihadkan spt tidak,kecuali
Soalan yang dibina perlu dikaji semula
Subscribe to:
Posts (Atom)