Tuesday, August 4, 2009

AKU TAK YAKIN?

Menyakinkan diri sendiri sebenarnya sangat mudah kerana yang nak diyakinkan itu sangat anda kenali iaitu diri anda sendiri. Dan sebenarnya hendak menyakinkan orang lagi susah kerana anda tidak kenal mereka dengan sebenarnya. Oleh itu kalau anda sendiri gagal untuk meyakinkan diri anda sendiri, MANA MUNGKIN kita dapat menyakinkan orang lain. Jadi bagaimana hendak menyakinkan diri sendiri..ada tak tip-tip tertentu yang mudah untuk diamalkan dan kesannya kita akan rasa bertambah yakin. Anda tidak perlu menyakinkan orang lain tetapi anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja....Sedikit tip untuk meyakinkan diri sendiri.

1. Selalu kata yang baik-baik terhadap diri sendiri. contohnya aku boleh buat, aku pandai, dan kalau anda sememangnya tidak boleh buat atau tak pandai.. tetap kata pada diri anda yang positif contohnya...tak lama lagi aku mesti boleh buat punya..ala adatlah takkan nak terus pandai..mana syok kalau buat terus jadi, baca terus faham, jawab terus betul...tak ada thrill lah, tak ada cabaran. Hidup ni kalau tak ada cabaran mana ada keseronokkan... dan apa-apalah yang anda fikir boleh menaikkan semangat anda. Dan lagi kalau anda terasa buat silap dan salah atau menyusahkan orang lain cepat-cepat maafkan diri sendiri. Ala.. kalau bukan anda yang maafkan diri anda siapa lagi. MANA MUNGKIN orang lain boleh tolong maafkan bagi pihak diri anda sendiri.

2. Buat perkara yang kecil-kecil dulu dan beransur-ansur. Sebenarnya tiap-tiap perkara yang berlaku dalam dunia ni bermula dari yang kecil dan baru jadi besar. Contoh banyak sangat. fikirlah. Kita juga tak boleh abaikan yang kecil2 kerana kalau kita abai yang kecil pasti yang kecil tak akan jadi besar. Sentiasa teliti dan teliti dalam buat sesuatu perkata. Contohnya kalau anda takut nak bercakap di hadapan orang ramai janganlah terus pergi berucap di hadapan orang ramai. Mula-mula bercakap dulu dengan diri anda sendiri. Macamana? cakap depan cermin. cakap puas-puas, sampai anda rasa tak malu lagi pada diri anda sendiri. Yelah..kalau dekat diri sendiri pun anda malu, MANA MUNGKIN anda tidak malu di hadapan orang lain.

3. Sebenarnya orang tak tahupun yang kita tak berapa yakin. Mana ada manusia yang tahu isi hati orang lain. Betul. Anda tahu isi hati orang lain. Tak tahu kan? Eh orang lain pun gitu. Kita sama sahaja..bezanya cuma amalan kita...Jadi kalau orang tak tahu, bolehlah kita buat-buat yakin, berlakon...macam yakin...tapi sebenarnya dalam hati kita punyalah takut. teruskan berlakon jangan bagi orang nampak ketidakyakinan kita. Kan dunia ni pentas lakonan....teruskan berlakon lama-lama anda akan biasa dengan lakonan tersebut dan sebati dalam diri anda. Ketika itu anda tidak perlu lagi berlakon...itulah DIRI ANDA yang telah YAKIN.

4. Baca sikit kisah ini......

Kisah Keyakinan Diri Joan of Arc amat menarik perhatian saya. Joan of Arc pada umur 17 tahun, seorang pengembala kambing biri-biri yang miskin di Perancis, amat percaya yang dia telah mendapat ilham dari Tuhan bahawa beliau harus mengetuai bala tentera Perancis untuk menentang tentera-tentera Inggeris yang amat sukar dikalahkan. Tentera-tentera Perancis telah kehabisan idea tentang bagaimanakah lagi cara menepis serangan-serangan serta mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Kerana terlalu kekalutan, mereka telah merayu kepada sesiapa sahaja di kalangan rakyat Perancis untuk tampil ke hadapan memberi idea tentang bagaimanakah lagi cara menentang tentera-tentera Inggeris.

Joan of Arc seorang gadis yang masih amat muda itu telah tampil ke hadapan dengan keyakinan yang begitu tinggi, berapi-api - amat yakin sekali - seyakin-yakinnya! bahawa ia telah mendapat ilham dari Tuhan yang dia sahajalah yang akan dapat memimpin bala tentera Perancis bagi mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Keyakinannya yang sungguh kental dan mengkagumkan itu telah memberi harapan baru kepada pucuk pimpinan tentera Perancis. Beliau telah diberi tugas berat; mengepalai tentera Perancis yang sedang menghadapi kebuntuan dan kemelut itu!

Keyakinan si gadis ini yang tidak dapat dipertikaikan lagi itu telah menyemarakkan semangat seluruh tentera dan rakyat Perancis. Dengan keyakinan dan pimpinan Joan of Arc, mereka telah mendapat semangat dan tenaga baru untuk menyerang balas dan menggempur tentera-tentera Inggeris dengan strategi peperangan yang berbisa serta keyakinan dan semangat juang yang tidak terperi tingginya! Ini telah amat mengejut tentera-tentera Inggeris sehingga hilang arah, kekuatan dan semangat walaupun jumlah mereka lebih ramai daripada tentera-tentera Perancis - kelamkabut serta bertempiaran tentera-tentera Inggeris! Lantas, Perancis meraih kemenangan besar!

Sunday, August 2, 2009

Ikhlaskan diri dalam amalan



Selalu kita merasa risau akan pandangan orang terhadap diri kita. Kadang-kadang kita merasakan apa yang kita buat serba tidak kena. Kita buat baik orang tak nampak baik tapi kalau kita buat jahat terus orang nampak dan kita rasa orang kata kita macam-macam..betul ke?Sebenarnya dalam membuat apa sahaja perbuatan samada ibadat khusus ataupun ibadat umum, kita tidak sepatutnya risau dengan apa yang orang kata (betul ke orang kata)sebab kita sebenarnya sedang melakukan amalan yang kedua-duanya dikira pahala oleh Allah dan manusia tidak memberi apa-apa pun ganjaran. Oleh itu kenapa kita rasa risau sangat dengan anggapan dan andaian orang. Niatkan sahaja amalan kita itu seikhlasnya kepada Allah swt kerana hanya Dia pemberi ganjaran yang paling baik.

Dari Abu Musa, yakni Abdullah bin Qais al-Asy'ari r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w.
ditanya perihal seseorang yang berperang dengan tujuan menunjukkan keberanian, ada lagi yang berperang dengan tujuan kesombongan - ada yang artinya kebencian - ada pula yang berperang dengan tujuan pameran - menunjukkan pada orang-orang lain kerana ingin menunjuk-nunjuk. Manakah di antara semua itu yang termasuk dalam jihad fi-sabilillah?


Rasulullah s.a.w. menjawab:
"Barangsiapa yang berperang dengan tujuan agar kalimat Allah - Agama Islam - itulah
yang luhur, maka ia disebut jihad fi-sabilillah
." (Muttafaq 'alaih)

Hadis ini dengan jelas menerangkan semua amal perbuatan itu hanya dapat dinilai
baik, jika baik pula niat yang terkandung dalam hati orang yang melakukannya.Maksud Rasulullah tidak termasuk dalam jihad yang berjihad kerana menunjukkan keberanian, kebencian dan menunjuk-nunjuk. Walaupun zahirnya kelihatan mereka bersungguh-sungguh berjuang bermati-matian kerana Islam.

Dan lagi jika kita beramal untuk kelihatan baik di mata manusia dan supaya dianggap baik dan hebat oleh manusia dan supaya manusia mendampingi kita. Kadang-kadang kita banyak berlakon dihadapan manusia sekadar hendak menunjukkan yang kita ni baik serta nampak baik.Hasilnya kita rasa seronok berbuat demikian dan jadilah amalan kita untuk manusia dan bukan untuk Allah swt.

Allah berfirman; "pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan Yang demikian itulah ugama Yang benar".


Friday, July 24, 2009

Adakah kita berfikiran terbuka?

Masyarakat kita telah lama dididik supaya taat kepada orang tua dan orang-orang yang berjawatan. Semasa kecil kita diajar supaya tidak menyampuk orang tua bercakap malah nak tumpang dengar pun tak boleh.

Ketika belajar pula kita tak boleh soal banyak-banyak dan tak boleh persoalkan apa yang guru kita cakap. Kalau dipersoalkan kita akan dianggap kurang ajar. Akhirnya kita terus pendamkan apa yang terbuku di hati kita.

Kemudian apabila kita mula berkerja kita diajar lagi saya yang menurut perintah. Setiap surat yang datang akan di akhiri dengan ayat ini. Bila mesyuarat pula, apa yang di cadangkan oleh ketua akan terus disokong sepenuhnya. Kalau ada yang membangkang akan dicop kuat melawan dan lepas itu susahlah untuk kerja lagi.

Ketua tidak pernah dapat maklumat yang betul. Sebaliknya setiap usul yang dibawa akan disokong dan dipuji serta diampu dengan harapan untuk mendapat sesuatu dari ketua. Akhirnya ketua syok sendiri dan rasa apa sahaja ideanya pasti bagus.

Bos pula akhirnya tidak mahu lagi menerima pendapat yang berlawanan dengan ideanya. Jadi apa sahaja pendapat yang lain sikit dari pendapatnya tidak diterima dan jadilah semua pak turut. Sejak itu tidak ada lagi idea-idea yang bernas yang mampu memberikan hasil kerja yang terbaik. Berkerja sudah tidak lagi kerana Allah tapi kerana nak menjaga hati ketua. Niat dan keikhlasan berkerja sudah tidak lagi penting sedangkan itulah sebenarnya yang menjadi bekalan di akhirat kelak.

Persoalannya, jika kita tidak sependapat dengan seseorang samada ketua atau rakan sebaya, adakah ini bermakna kita tidak boleh lagi kerja bersama? Kenapa nak dikaitkan soal kerja dengan soal peribadi. Tidak sependapat tidaklah bermakna merosakkan hubungan dalam kerja tetapi inilah yang terbaik dalam menghasilkan mutu kerja yang terbaik. Tetapi berapa ramai antara kita yang menyedarinya….wallahua’lam..

Tuesday, July 21, 2009

Mana Hati Kita?

Imam Ghazali menyatakan hati manusia itu terbahagi kepada 3 jenis; hati yang bersih suci, hati yang kotor busuk dan hati yang ada kedua-duanya.


Hati yang bersih suci

iaitu hati yang diisi dengan takwa dan bersih dari akhlak yang keji dan hasilnya orang yang mempunyai hati seperti ini akan sentiasa mendapat lintasan atau saranan untuk berbuat yang baik dan betul daripada alam ghaib dan terbuka daya akalnya untuk memutuskan sentiasa memilih jalan kebaikan. Hati seperti ini akan sentiasa bercahaya dan malaikat sentiasa mengintai-intai untuk menurunkan kebaikan demi kebaikan. Hati ini juga tidak mungkin mudah dipengaruhi oleh pujuk dan rayuan syaitan untuk berbuat kejahatan dan kemungkaran. Hati inilah yang dinamakan hati yang mutmainnah. Hati yang sejahtera dan akan kembali beremu Tuhannya dengan penuh kesejahteraan.

Hati yang kotor busuk

iaitu hati yang dipenuhi dengan hawa nafsu dan bergelumang dengan sifat yang keji seperti dengki,iri hati, tamak,dendam,syirik dan sebagainya. Hati seperti ini sentiasa dilintasi oleh saranan daripada syaitan yang mengajak berbuat maksiat dan kemungkaran. Lebih teruk lagi ia tidak dapat lagi membezakan antara kebaikan dan kejahatan. Semuanya adalah apa yang diputuskan oleh nafsunya. Hanya nafsu memutuskan apa yang baik dan apa yang jahat. al-Qur'an dan al-Hadith bukan lagi panduan untuknya.

Hati yang ada keduanya.

Hati seperti ini sentiasa berhadapan dengan lintasan kebaikan dan kejahatan. Hati ini sentiasa menjadi rebutan antara malaikat dan syaitan. Hati seperti ini juga tidak dapat mencapai ketenangan yang sebenar, sebaliknya sentiasa berhadapan dengan ketidaktentuan yang semakin membingungkan dirinya. Kadang-kadang ia mengajak kepada kebaikan dan kadang-kadang ia mengajak kepada kejahatan. Kebaikan dan kejahatan bersilih ganti dalam dirinya. Hati ini susah untuk bertemu dengan jalan hakikat yang membawa kepada Tuhannya.

Kesimpulan

Adakah kita mempunyai pilihan untuk memiliki hati yang kita ingini sedangkan pilihan yang terbaik hanyalah yang satu.....dan pilihan kita itulah yang menentukan dimana kita dihadapan Allah swt di akhirat kelak. dan hatilah yang menentukan amalan kita diterima atau ditolak oleh Allah. Sedang amalan itulah yang menentukan Syurga atau Neraka.

Wednesday, July 15, 2009

Mencintai dan Dicintai?

Adakah kita telah mencintai Allah dan dicintai oleh-Nya..kerana jika kita tidak dicintai oleh Yang menciptakan kita, maka sudah tentu kita dalam kerugian yang amat sangat, Allah Ta'ala berfirman:

"Katakanlah- wahai Muhammad, jikalau engkau semua mencintai Allah, maka ikutilah saya, tentu engkau semua dicintai oleh Allah, serta Allah mengampuni dosamu semua dan Allah itu adalah Maha Pengampun lagi Penyayang," (ali-lmran: 31)




Soalnya adakah kita benar-benar mencintai Rasulullah dan akhirnya kita dicintai oleh Allah swt. Bagaimana kita hendak mengetahui kita ini dicintai oleh Allah dan adakah kita telah benar-benar telah mencintai-Nya.

Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w., sabdanya:

"Jikalau Allah Ta'ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril untuk memberitahukan bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu - hai Jibril - si Fulan itu. Jibril lalu mencintainya, kemudian ia mengundang kepada seluruh penghuni langit memberitahukan bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu semua - hai penghuni-penghuni langit - si Fulan itu. Para penghuni langitpun lalu mencintainya. Setelah itu diletakkanlah penerimaan baginya - yang dimaksudkan ialah kecintaan padanya - di kalangan penghuni bumi." (Muttafaq 'alaih)

Apakah taraf pertamanya agar supaya kita dikasihi oleh Allah?

Jawabnya,

1. Mendekatkan (bertaqarrublah) kepada Allah dengan penuh melakukan
segala yang difardhukan (diwajibkan).
2. Kemudian sempurnakanlah taqarrub kepada Allah Ta'ala itu dengan jalan
melakukan hal-hal yang sunnah-sunnah.
3. Hasilnya maka baik pendengarannya, penglihatannya, tindakan tangan dan kakinya semuanya selalu mendapatkan petunjuk dari Allah, selalu diberi bimbingan dan hidayat serta pertolongan oleh Allah. Bahkan Allah menjanjikan kalau orang itu meminta apa saja, pasti dikabulkanNya, mohon perlindungan dari apa saja, pasti dilindungiNya. InsyaAllah....

Sunday, July 12, 2009

Jadilah Diri Sendiri



Orang selalu berkata; "Uhh, hebat sungguh dia tu kan, kalaulah aku dapat jadi macam dia....mesti best..orang semua kenal,hebat..ahh"

Soalnya kenapa kita nak jadi orang lain, sedangkan kita dijadikan Allah adalah sama macam orang lain. Orang lain ada kelebihan kita pun ada kelebihan.. orang lain ada kekurangan kita pun ada kekurangan.. habis apa hebat sangat orang lain..hingga kita rasa kita tak hebat macam orang lain.

Tak kesian ke kat diri sendiri sebab orang lain tak perlekehkan kita pun..tapi kita yang asyik duk rasa diri serba kekurangan.. nak bercakap nak beri pendapat rasa takut sebab rasa orang lain hebat.. betul ke orang lain hebat..sebenarnya orang lain tu tak lah hebat sangat tapi kita je yang rasa dan lama-lama orang lain tu pun perasan yang dia hebat. Dan kita pula asyik perasan yang kita tak hebat lama-lama perasan tu jadi perasaan dan jadilah sungguh apa yang diperasaankan.

Jadi siapa yang rugi...fikirlah. Sebenarnya hanya kita yang memberi ERTI pada sesuatu perkara yang berlaku dalam hidup kita. Jika kita ertikan sesuatu perkara itu baik, maka ia jadi baik dan begitulah sebaliknya. Jadi kalau kita asyik duk beri ERTI yang negatif maka sesungguhnya kita telah menzalimi diri kita sendiri. Dan sesungguhnya kezaliman yang paling besar ialah menzalimi diri sendiri.renungilah...wassalam

Friday, July 3, 2009

Kursus LPS Speaking English Correctly

Kursus LPS Speaking English Correctly

Mega View Hotel, Kuantan

1- 3hb Julai 2009


Mula-mula malas juga nak pergi mengenangkan banyak kerja nak disiapkan dan due date makin dekat, tapi bos minta pergi juga, tapi oklah tak sia-sia juga pergi kursus ni, antara yang aku dapat:


  • Banyak sebutan selama ini salah seperti almond develop floor, beach
  • Jika salah sebutan pastilah salah maksudnya. Mana-mana bahasa pun sama. Tetapi bahasa English lebih teruk kerana semua bangsa menuturkannya.
  • English Sound System have a 5 long vowels and 7 short vowels.
  • Susah juga nak sebut pronunciation yang betul ni habis berbelit lidah.
  • Slot-slot yang diatur menarik dan tidak membosankan. Ada nyanyi-nyanyi dan kat sini ada satu lagu yg kami nyanyi sama-sama


JONI PLEASE DON'T CRY


Jimmy please say you wait for me

I'll grow up some day you see

Saving all my kisses just for you

Sign with love forever too


Joni was the girl who lived next door

I've known her 1 guess ten years or more

Joni wrote me a note one day

And this is what she had to say


Jimmy please say you wait for me

I'll grow up some day you see

Saving all my kisses just for you

Sign with love forever too


Slowly I read her note once more

Then I went over to the house next door

Her tears drop fell like grain that day

When I told Joni what I had to say


Joni, Joni don't cry

you forget me by and bye

You're just fifteen and I'm 22

And Joni I just cant wait for you


Soon I left our little home-town

got me a job and try to settledown

but these words keep calling my memory

The words that Joni says to me


Jimmy please say you wait for me

I'll grow up some day you see

Saving all my kisses just for you

Sign with love forever too


I packed my clothes and I got a plane

I had to see Joni and I had to explain

How many heart was filled with her memory

And that my Joni if she'd marry me


I ran all the way to the house next door

But thing weren't like they were before

My tear drops fell like grain that day

When I heard what Joni had to say


Jimmy, Jimmy please don't cry

You forget me by and bye

It's been five years since you've gone

Jimmy I marry your best friend, John.


Monday, June 29, 2009

Kematian itu tiba-tiba...


Pagi tadi jam 4.14pg, aku bertolak ke Putrajaya untuk mesyuarat penggubalan soalan siri 1/2009. Ketika di Penjom sekitar jam 4.30pg semua kenderaan berhenti dan tidak diketahui puncanya (agaknya berlakunya kemalangan). 10 minit kemudian datang ambulan dari Kuala Lipis dan pastilah ada kemalangan.

Agak lama juga menunggu hampir 1/2 jam baru kenderaan bergerak semula dan ketika melintasi kawasan kemalangan tersebut sebuah kereta remuk dibahagian depan kerana melanggar belakang sebuah lori. Kelihatan sekujur tubuh dibaluti kain batik ditepi jalan dengan berlumuran darah. Pastinya roh telah berpisah dari jasad.

Sepanjang perjalanan seterusnya aku memikirkan, mungkin malam tadi arwah bertolak dari kampung untuk balik ke tempat kerja dan tidak langsung sesiapapun mengetahui apa yang akan terjadi pada jam mungkin sekitar 4.20pg akan perginya seorang yang dikasihi. Itulah hakikat sebuah kematian yang berlakunya tidak siapa pun mengetahui dan menyedarinya.

Mungkin semalam arwah masih bergembira bersama keluarga dan sanak saudara dan kawan2, mungkin arwah merancang banyak perkara untuk hidupnya, mungkin merancang untuk membeli kereta baru, rumah baru dan sebagainya, mungkin berhasrat untuk ke sana dan ke sini TETAPI segala perancangan itu terhenti dengan suatu noktah.kematian.

Iktibar utk diriku dan sesiapa jua jadikanlah semua amal perbuatan yang dilakukan sebagai pahala kerana hanya itu yang akan dibawa kita untuk bertemu dengan-Nya. jadi beramallah kerana ALlah dan mengharapkan redha-Nya selagi kita masih diberi modal hidup oleh Allah bukan hanya modal insan.

Friday, June 26, 2009

Semester II 2009

Dah lama tak post apa2, dan telah seminggu bermulanya semester II 2009. Sepanjang minggu ini aku sibuk menguruskan hal2 peperiksaan kerana peperiksaan Mei 2009 dan Jun 2009 baru sahaja selesai. Maka bermulalah urusan moderasi, pemeriksaan skrip dan pemarkahan yang perlu disiapkan dengan amat segera atas permintaan dari BPG. Hari isnin depan ada meeting di Putrajaya berkaitan pengubalan soalan.
Hari ini juga adalah hari pertama aku masuk kelas setelah hampir sebulan berehat dari mengajar. Semester ni aku diamanahkan mengajar kelas tutee sendiri PPSIMP Sem III. ajar akidah Pengajian Islam II. Selamat belajar anak2ku moga kalian berjaya di dunia dan di akhirat.

Friday, June 12, 2009

Nazar Sembelih Kambing














Ini kambing yang akan disembelih pada petang ini kerana aku dah bernazar dengan perpindahan isteri ke Kuala Lipis.
Aku buat kenduri doa selamat sikit2 ajak orang-orang kampung. Aku buat di Sg Retang dulu untuk rakan-rakan di IPGM TAA lain kali mungkin kalau ada rezeki sembelih sekor lagi sempena naik rumah baru rancangnya kalau tidak ada aral melintang dalam bulan 9 ni. InsyaAllah..moga dimakbulkan Allah.


Kambing ni tengah bersantai sblm disembelih.

Wednesday, June 10, 2009

3 orang puteriku semasa kecil


Nur Arijah Rasyadah semasa berumur 3 tahun

Nur Aqilah Rasyiqah berumur 3 tahun...

Nur Adilah Rasyadah semasa berumur 3 tahun


Akhirnya.......Kami Bersatu

Setelah hampir 3 tahun kami tidak dapat tinggal bersama sepenuhnya..iaitu hanya di hujung minggu dan cuti sahaja akhirnya pada hari Isnin 7hb Jun 2009 kami mendapat berita yang sangat mengembirakan....

Isteriku seorang guru j-QAF batch 2005 telah dapat berpindah ke Kuala Lipis di tempatkan di SK Benta, walaupun jauh sedikit dari Kuala Lipis (20KM) tetapi itu sudah cukup baik dan kami sangat-sangat bersyukur atas berkat kesabaran kami berulang alik dari Ipoh ke Kuala Lipis selama hampir setahun.

Tidak dapat nak gambarkan betapa bersyukurnya aku dan keluarga atas nikmat ini, AKU BERSYUKUR DENGAN RASA CINTA YANG AMAT MENDALAM KEPADAMU YA ALLAH atas segala nikmat dan rahmat yang telah ENGKAU limpahkan kepada kami sekeluarga dan hanya kepadaMU kami berserah diri dan hanya kepadaMu kami akan kembali......

Monday, June 1, 2009

Be'wah Season



1 Julai 2009

5.00am - Saya sekeluarga serta ayah, mak dan adik2 bertolak dari Kuala Lipis untuk majlis belarok di Besut Terengganu. Ayah bawa kancil dia n aku bw Livina, letih juga sebab dah biasa bawa laju. Aku suruh ayah bawa Myvi tapi dia lebih selesa dgn Kancilnya.
The Sepupu's;dari kiri Arijah,Fatin dan Ika.

8.00am - Tiba di RnR Gua Musang untuk sarapan pagi yang telah disiapkan oleh zaujah pagi2 lagi.

12.30pm - Tiba di Kg Bukit Kenak, kampung kelahiranku dan kami berkumpul di rumah bapa saudara sebelum belarok ke Felda Tenang.

2.30pm - Ingat dalam 4-5 buah kereta saja rupa-rupanya hampir 30 buah kereta yang sama-sama belarok ke rumah pengantin perempuan. Ini baru betul-betul belarok namanya.

4.30pm - Majlis selesai dan aku sekeluarga lepak di rumah Kak Ma, anak dia masuk ICU di Kuantan suspek jangkitan virus. mungkin on the way balik hari rabu ni kami singgah di Kuantan utk tengok anak dia.

Saturday, May 30, 2009

Rumah Fasa II

Ruang tamu dan pintu masuk sebelah kiri rumah, dah siap plast nampak besar sikit..

Pandangan dari hadapan rumah, ruang porch kereta very huge boleh muat tiga buah kereta..nanti bila siap baru boleh nampak view sebenar.

Tukar cermin livina - pecah kena batu



Temerloh - 30.Mei.2009 - dah lama retak, tapi tak ada masa nak buat sebab jauh sangat pusat servis, di Temerloh. Tapi kelmarin hubungi TCM dan booking cermin baru semalam juga diaorang courier dari KL dan hari ni sampai. bagus juga Tan Chong ni ada kelas walaupun sehari book tapi boleh buat terus. Cermin ni retak kena batu, mula-mula sikit je tapi lama-lama dia merebak dekat 2 kaki. Tapi tak pecah terus double layer. tapi nanti lepas pasang nak urus untuk claim insuran pulak. Kos cecah RM1500++.nasib baik ada insuran.

Kakak ikut Berita Harian Didik




Jerantut - 30 Mei 2009 - Kakak mengikuti Kem Didik anjuran Berita Harian Press di SMK Padang Saujana Jerantut. Kem ini selama dua hari iaitu hari ini dan esok. Ramai juga peserta yg datang ada dari Maran, Lipis, Temerloh dan termasuk dari Jerantut sendiri. Dia macam seronok tapi takut2 maklum tak ada kawan sama. Harap-harap kakak dapat yang terbaik untuk dirinya dalam UPSR 2009. Amin ya rabb al-'Alaminn.

Friday, May 29, 2009

Rumah dalam pembinaan...

Ruang tamu, agak luas jugak, bolehlah lepak2 setelah penat balik kerja,


Ini ruang dapur, sempit sikit dalam 12x15 je,tapi oklah bukan nak buat kenduri hari-hari.

Pemandangan di bahagian belakang rumah, cerun ni ditarah pada ketinggian 40 kaki..huh tinggi juga tu dan jarak dibelakang rumah hanya 13 kaki sahaja.
Gambar pada pertengahan Mac 2009..baru selesai ikat bata, ingat nak suruh cina tu pasang batu merah tapi kena tambah duit sikit..tak apalah ok dah tu.rumah ni luas 35x85 (land-area) 25x40 (build-up area) lokasi sangat cantik. harganya RM248,800.00.





Thursday, May 28, 2009

Minggu Suka & Duka Part II

Minggu ini 25/5/2009 juga merupakan minggu yang mengujakan kerana aku diberitakan telah mendapat tawaran untuk dinaikkan ke DG44..tetapi tidaklah mengejutkan sangat kerana dah tahu beberapa minggu lepas oleh sahabatku di IPDA. Cuma ia sedikit sebanyak telah merungkaikan kekusutan yang telah bersimpul sekian lama mengenai persoalan status pangkat aku ni kerana banyak sangat khabar-khabar angin yang bertiup tanpa diseru-seru. Ada yang kata aku sangat rugi kerana dapat time based sahaja dan tak dapat lagi yang satu tu...tapi aku sebenarnya tidaklah kisah sangat dengan perkara ni kerana bagi aku sebenarnya rezeki Allah ni bukan hanya pada RM yang sangat dihitung oleh manusia zaman ni. Tapi tidak bermakna aku tak nak...siapa yang nak tolak rezeki....cumanya aku sentiasa ingatkan diriku bahawa RM dan pangkat dan kedudukan bukanlah segala-2nya. Allah tidak memandang manusia pada semua itu...sungguh..bagi aku rezeki itu ialah Allah memberikan kita rasa cukup dan berpuas hati dengan kurniaan-Nya serta mengharapkan Allah tidak menghentikan pemberian-Nya kepada kita...apa-apapun aku mengucapkan syukur alhamdulillah...dah harap dapatlah pemangkuan macam orang yang dah dapat.......amin ya Rabbil 'Alaminnn....

Minggu Suka dan Duka

 Hari isnin 25/5/2009 adalah tarikh yang sangat ku tunggu-tunggu.. bahkan aku berjaga semata-mata untuk menunggu detik jam 12 malam. Tujuanya adalah untuk mengetahui satu keputusan mengenai status pertukaran isteri tersayang yang masih lagi bertugas di Gopeng Perak (guru j-QAF), bulan Feb baru ni aku telah mengimport anak-anak ke Kuala Lipis dengan harapan isteri akan dapat bertukar pada Jun ini. Telah berminggu-minggu aku berdebar-debar dan tidak keruan bila memikirkan apakah keputusan yang akan aku dapat. Setelah letih menunggu...tepat jam 12.00 malam aku mengecheck keputusan dalam moe punya web...tapi result belum keluar lagi...aahhh makin tidak tentu arah aku dibuatnya...mungkin esok pagi2 dapat tahu...dan esoknya aku dapati keputusannya ialah.... Permohonan pertukaran ke Pahang tidak diluluskan. Surat kelulusan rasmi akan dihantar melalui Jabatan Pelajaran Negeri. aahhhhh........aaahhhhh....aku sangat kecewa...apa lagi yang perlu untuk membolehkan isteriku berpindah ke sini.......buntu........oh j-QAF,,,ooohhh j-QAF,,,jjjjjjj-----QQQAAAFFFF

IKLAN