PENTAKSIRAN
Pentaksiran ialah proses pengumpulan maklumat untuk membuat keputusan berdasarkan sesuatu peraturan atau piawaian.
Pentaksiran meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri yang diperolehi seseorang individu
Pentaksiran membawa maksud yang berbeza daripada penilaian iaitu skop penilaian lebih luas daripada penilaian
Pentaksiran termasuk penilaian formal dan tak formal
Mengukur dan menilai adalah aktiviti penaksiran terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
Di bilik darjah penaksiran ialah proses mengumpul dan menafsir maklumat tentang pelajar untuk membuat keputusan yang dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran
Pentaksiran termasuk penilaian formal dan tak formal .
PENILAIAN
Penilaian ialah keseluruhan proses pengumpulan maklumat yang berguna untuk digunakan di dalam membuat keputusan.
penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.
Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.
Dari segi pengajaran dan pembelajaran, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai.
Contoh seorang guru menilai pelajarnya sama ada pandai atau tidak berdasarkan markah yang diperolehi oleh pelajar dan rekod sebelumnya
Dalam pendidikan proses penilaian melibatkan:
Perancangan yang rapi bagi menilai perkara & objektif pembelajaran aktiviti penilaian termasuk analisis hasil pengukuran kuantitatif & kuaalitatif tingkahlaku dan membuat pertimbangan nilai terhadap tingkahlaku itu
Penilaian ke atas murid adalah lebih daripada pengukuran atau pengujian dan memberi makna yang sangat luas
Dalam bilik darjah penilaian:
Proses mengumpul maklumat tentang strategi atau aktiviti P@P
Menganalisis/membuat keputusan dan merancang tindakan sewajar
Proses yang sistematik untuk dapatkan maklumat bagi tentukan pencapaian sesuatu objektif & arah P@P
PENGUKURAN
Pengukuran ialah prosedur untuk menggambarkan ciri-ciri atau tingkah laku yang diukur dengan menggunakan NOMBOR supaya terdapat pertalian antara dunia nyata dengan apa yang diukur mengikut peraturan tertentu seperti memperuntukan markah kepada pelajar selepas diberi ujian
Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran, kewujudan ciri “penguasaan” sesuatu isi yang diajar oleh guru kepada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian
Dalam pengajaran fungsi pengukuran adalah seperti berikut:
i. Mengesan hasil-hasil pembelajaran yang diperolehi
ii. Mengesan hasil-hasil kemahiran yang diperolehi
iii. Mengesan kemahiran yang dicapai dalam aspek pembelajaran yang lain
Dari segi pentadbiran;
i. Mendapat maklumat untuk pengaliran (streaming) @ pengumpulan murid-murid
ii. Mendapat maklumat untuk bimbingan
iii. Mendapat maklumat untuk kecekapan guru
iv. Mendapat maklumat untuk rekod prestasi & rekod profil untuk maklumat kepada murid
PENGUJIAN
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu pelajaran
Ia merupakan satu kaedah atau prosedur yang sistematik untuk membuat pemerhatian terhadap sampel tingkah laku seseorang dan memerihalkannya dengan satu skala nombor atau skala kategori.
Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam satu mata pelajaran tertentu
Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.
ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran .
Tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat
Untuk memastikan penilaian yang berkesan dan sempurna dalam pengajaran dan pembelajaran, pengujian yang berkualiti perlu dilaksanakan
Perbezaan Pengujian,Pengukuran Dan Penilaian
Jenis Perbezaan | Pengujian | Pengukuran | Penilaian |
Pengertian | Proses menentukan perubahan tingkahlaku | Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan di antara pelajar | Proses membuat analisis dengan mentafsir hasil pengukuran |
Tujuan | Menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu pembelajaran | Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar | Memberi maklumat tentang pencapaian pelajar,objektif pelajaran,kaedah mengajar dan kurikulum |
Kegunaan | Untuk menempatkan pelajar ditempat yang sesuai | Untuk pengelasan, persijilan, dalam jmenempatkan pelajar dalam jurusan yang sesuai dan unutk penyelidikan | Untuk membaiki rancangan mengajar, kurikkulum, pengesanan punca kelemahan dan membuat ramalan |
Bentuk | Pemerhatian, ujian, lisan dan bertulis | Ujian bertulis dengan markah dan gred | Jadual atau gred berdasarkan teknik perangkaan |
Masa | Selepas sesuatu Atau beberapa pelajaran | Selepas beberapa pelajaran | Sebelum semasadan selepas satu atau beberpa mata pelajaran |
Proses Perlaksanaan | Persediaan ujian Pemerhatian pemeriksaan | Proses pengujian merekod markah dan memberi gred | Proses Pengukuran Proses penganalisa Prose interprestasi Melapor tindakan |