Monday, May 16, 2011

Jadual Penentuan Ujian (JPU)


JADUAL PENENTU UJIAN

Dalam JPU hendaklah ditetapkan tajuk-tajuk yang hendak diuji, aras objektif mengikut Taksonomi Bloom, atau yang seumpamanya, bilangan soalan bagi tiap-tiap satu objektif dan tajuk. Penentu objektif pelajaran ataupun aras-aras objektif bergantung kepada:
a. Mata pelajaran
b. Tajuk-tajuk yang diuji.
c. Peringkat kebolehan murid-murid atau pelajar-pelajar yang menduduki ujian atau peperiksaan itu
Ini bermakna guru perlu meneliti dan memahami kandungan tiap-tiap tajuk dalam sukatan pelajaran.
Petak-petak dalam JPU boleh diisi dengan nombor ataupun peratus. Nombor ialah bilangan soalan yang akan disediakan, dan peratus pula ialah pengkadaran daripada jumlah soalan dalam ujian atau peperiksaan itu. Oleh kerana tujuan utama JPU ialah untuk mempertingkatkan kesesuaian sesuatu ujian, maka nombor ataupun peratus ini tidak boleh diisi secara sembarangan. Biasanya, bilangan ataupun peratus soalan bagi sesuatu tajuk bergantung kepada :
a. Pentingnya tajuk atau objektif pelajaran berbanding dengan yang lain.
b. Penegasan yang diberi kepada murid-murid atau pelajar-pelajar
Perseimbangan tajuk-tajuk, objektif pelajaran atau aras objektif dapat ditentukan dengan memberi pemberatan yang sesuai dalam JPU. JPU dapat memastikan ujian atau peperiksaan menjadi lebih adil dan tidak ada tajuk-tajuk, atau perkara-perkara penting dalam sukatan pelajaran yang tertinggal. Berikut ialah beberapa sebab mengapa guru perlu menyediakan JPU:
1. Dengan adanya JPU, guru dapat memastikan bahawa sesuatu ujian atau peperiksaan itu dirancang dengan baik dan bukan dibina secara sembarangan.
2. Dalam JPU bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajarannya berbanding dengan yang lain dan juga penegasan yang diberi kepada murid-murid atau pelajar-pelajar. Hal ini akan menjamin bahawa ujian atau peperiksaan itu mempunyai kesahan isi dan kebolehpercayaan yang tinggi.
3. JPU adalah suatu panduan dan penentu kepada guru yang akan menulis soalan.
4. JPU dapat mengekalkan taraf, mutu dan kesukaran ujian atau peperiksaan dari semasa ke semasa.
5. Berpandukan JPU yang telah disediakan oleh guru atau panel, guru yang berlainan dapat membina ujian peperiksaan yang sama mutu, taraf dan kesukarannya.
Apabila JPU sudah disediakan, langkah-langkah yang seterusnya ialah menyediakan item- tem ujian yang padan dan menepati objektif dan tajuk dalam JPU. Setiap item hendaklah dibaca dan disemak beberapa kali untuk memastikan bahawa ujian itu bersih daripada sebarang kesilapan, seperti istilah yang salah, struktur ayat yang kurang sesuai, gambar atau gambarajah yang tidak jelas, tertinggal perkataan dan jawapan yang salah. Selain itu, seboleh-bolehnya item ujian atau peperiksaan hendaklah disusun mengikut aras kesukarannya, iaitu dari item yang paling sukar.
Satu lagi perkara yang tidak kurang pentingnya ialah arahan ujian atau peperiksaan yang jelas dan mudah difahami oleh calon. Contoh soalan dan cara menjawab soalan boleh diberi terutama sekali jika calon ujian atau peperiksaan ialah murid-murid atau pelajar-pelajar peringkat rendah. Tempoh masa ujian atau peperiksaan juga mesti dicatatkan di kertas soalan.
Ketua panitia, ketua bidang atau guru sejawat yang berpengalaman yang juga mengajar perkara atau mata pelajaran yang sama diminta untuk menyemak kesesuaian objektif, item-item yang telah disediakan itu menepati keseluruhan objektif, mempunyai bilangan item yang memadai tajuk dan objektif dalam JPU.
TUJUAN DAN KEPENTINGAN JPU
1. Menentukan kesahan ujian yang tinggi mencerminkan hasil pembelajaran yang hendak diuji, isi kandung yang diuji menepati topik yang terkandung dalam sukatan yang diajar.
2. Kesahan ujian yang tinggi akan menentukan kebolehpercayaan ujian yang tinggi.
3. Kualiti item ujian yang disediakan dapat kekal oleh penggubal item ujian.
4. Mencerminkan isi dan hasil pembelajaran dalam perkadaran kepentingan dalam kursus.

CIRI-CIRI UTAMA JADUAL PENENTU UJIAN

1. Jadual yang disifatkan sebagai dwi arah, satu arah diwakili oleh isi dan satu lagi oleh jenis hasil pembelajaran.
2. Hasil pembelajaran yang hendak diuji telah dipilih dan ditetapkan
- Mengubah mengikut kehendak / objektif kursus, merangkumi dimain pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan minat.
- Bagi dimain kognitif peringkat selaras dengan Taksonomi Bloom perlu digunakan iaitu:
i. Pengetahuan - ingatan fakta
ii. Kefahaman - membuat interprestasi atas maklumat dalam perkataan sendiri
iii. Aplikasi - menggunakan maklumat dalam situasi yang baru
iv. Analisis - memecahkan sesuatu kepada komponen-komponennya.
v. Sintesis - membina sesuatu kepada komponen-komponennya. vi. Penilaian - menilai sesuatu.
- Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan dan penempatan hasil pembelajaran yang diuji:
i. Objektif
ii. Jenis item ujian
iii. Masa ujian
iv. Umur calon

3. Isi kandung yang hendak diuji telah disenaraikan
- Isi kandung disenaraikan adalah selaras dengan kandungan sukatan pelajaran

- Semua isi yang diuji perlu diajar oleh guru untuk menjamin kesahan ujian.


4. Bilangan soalan bagi setiap isi kandung dan hasil pembelajaran yang akan diuji dapat disediakan dalam sel berkaitan.

- Faktor yang mempengaruhi bilangan soalan bagi setiap isi dan hasil pembelajaran adalah:

i. Betapa penting setiap isi kandungan dalam pengalaman pembelajaran secara menyeluruh?
ii. Berapa banyak masa telah digunakan untuk mengajar isi kandung tertentu?
iii. Hasil pembelajaran manakah yang akan menggalakkan ingatan dan pemindahan pembelajaran?
iv. Kepentingan yang diberi oleh pihak penggubal kurikulum bagi isi kandung tertentu?


LANGKAH-LANGKAH PEMBINAAN JPU
1. Tentukan tujuan ujian.
2. Tentukan jenis ujian yang perlu disediakan (objektif / esei / ujian amali)
3. Tentukan jumlah soalan bagi ujian tertentu.
4. Mengenal pasti aras hasil pembelajaran yang hendak diuji.
5. Menyenaraikan isi kandungan yang hendak diuji.
6. Menyediakan jadual dwi arah:
i. Paksi datar - aras hasil pembelajaran (Taksonomi Bloom)
ii. Paksi tegak - isi kandung yang akan diuji.
iii. Masuk nombor soalan yang berkaitan bagi isi kandung dan hasil pembelajaran yang diuji.
iv. Jumlah soalan bagi setiap aras hasil pembelajaran.
v. Jumlah soalan bagi isi kandung.
vi. Sebaran soalan untuk isi kandung dan hasil pembelajaran yang diuji dapat mencerminkan:

- Bilangan soalan yang disediakan bagi setiap isi kandung dan hasil

pembelajaran yang diuji.

- Jumlah soalan yang telah disediakan untuk ujian.
vii. Aras kesukaran item ujian disediakan supaya dapat sebaran jenis soalan yang senang, sederhana dan sukar dalam nisbah 1:2:1
- Nisbah perlu ada untuk mendiskriminasikan pelajar yang pandai dengan yang lemah.
- Soalan senang memotivasikan pelajar. - Soalan sukar mencabar pelajar.


KUALITI SOALAN
UJIAN OBJEKTIF

Sesuatu ujian boleh dianggap sebagai objektif apabila pilihan jawapan bagi tiap-tiap satu item diberi dan hanya satu daripada pilihan jawapan itu dipilih sebagai jawapan yang betul. Oleh kerana pilihan jawapan diberi dan jawapan yang betul hanya satu, sesiapa (termasuk mesin) yang mempunyai atau tidak mempunyai pengetahuan mengenai tajuk-tajuk ujian berkenaan boleh memeriksa kertas jawapan ujian jenis ini.
Sebenarnya, ujian objektif tidak benar-benar objektif. Terdapat unsur-unsur subjektif di tahap menyediakan jadual penentu ujian, semasa memilih jenis item ujian dan juga item-item ujian yang sesuai. Maka tidaklah salah jika dikatakan keobjektifan ujian objektif hanya terdapat diperingkat pemarkahan.
JENIS-JENIS UJIAN OBJEKTIF
Soalan objektif pada keseluruhannya boleh dikelaskan kepada dua jenis, iaitu:
1. Jenis item pilihan jawapan bebas (separuh objektif)
Jenis item ini memerlukan murid atau pelajar memberi pilihan jawapan atau jawapan dandan tidak hanya menandakan jawapan betul daripada senarai jawapan yang telah
disediakan. Item ini adalah dalam bentuk soalan perkataan rangsangan, atau rangkai kata,atau satu penyataan yang tergantung. Jenis ini biasanya mempunyai arahan seperti,“Isikan tempat-tempat kosong di bawah ini.”. Calon perlu mengisikan perkataan ditempat-tempat yang dikhaskan. Di antara jenis item pilihan jawapan bebas ialah item:
a. Jawapan Pendek - Satu soalan atau pernyataan diberi dan murid atau pelajar

dikehendaki member jawapan yang betul. Jawapan adalah dalam bentuk

perkataan, rangkai kata atau nombor. Contoh - “Bilakah orang-orang Portugis
menawan Melaka?...

b. Melengkapkan Ayat - Item ini adalah dalam bentuk satu ayat dengan perkataan,

atau rangkai kata tertentu ditinggalkan dan digantikan dengan tempat kosong

untuk diisikan oleh murid atau pelajar. Ayat ini boleh mengandungi satu, atau
lebih tempat kosong. Contoh - “Haiwan yang memakan daging dinamakan …”.

c. Perkaitan - Satu senarai perkataan atau peristiwa dan murid atau pelajar

dikehendaki member jawapan yang berkaitan dengan perkataan di sebelahnya.

Contoh - “Tuliskan nama Perdana Menteri Malaysia ditempat-tempat kosong mengikut peristiwa penting yang telah diberikan.
i. Melancarkan ‘Program Buku Hijau’
ii. Melancarkan kempen ‘Kepimpinan Melalui Teladan….’
2. Jenis item pilihan jawapan tetap
Terdapat empat jenis item yang utama di bahagian item pilihan jawapan tetap ini :
a. Item Betul / Salah - Satu pernyataan diberi dan calon dikehendaki membuat

pilihannya, iaitu sama ada dia bersetuju atau tidak dengan pernyataan itu. Item ini

merupakan sejenis soalan yang paling mudah dibina. Peluang untuk mendapatkan
jawapan adalah separuh merupakan kelemahan utama.

b. Item Memadankan - Item memerlukan seseorang calon memilih perkara di ruang

kanan untuk dipadankan dengan perkara di sebelah kiri. Soalan jenis ini banyak di

sekolah rendah.

Contoh :
i. Suaikan
a. Pencipta telefon A. Jhon Mc Adam
b. Pencipta jalan berturap B. Alexander Graham Bell
c. Item Pengkelasan - Item ini hampir sama dengan jenis item memadankan.
Beberapa pernyataan atau tajuk diberi dan kemudian beberapa soalan dibuat

berasaskan pernyataan atau tajuk tersebut. Lazimnya, lima pernyataan yang

ditanda dengan huruf diberi, dan ini diikuti dengan satu senarai perkataan, rangkai
kata atau soalan, murid atau pelajar dikehendaki memilih pernyataan yang paling
berkaitan dengannya. Hurufnya ditulis atau di tanda di sebelah pernyataan itu.
Contoh :

Padankan istilah yang terdapat di ruang B dengan ciri-ciri ukuran kecenderungan memusat yang disenaraikan di ruang A. Pilihan di ruang B boleh digunakan lebih daripada sekali.
Ruang A Ruang B
1. Sesuai bagi taburan terpencong A. Min
2. Paling sebsitif kepada skor yang melampau B. Median
3. Sesuai bagi anggaran secara kasar C. Mod
4. Mungkin ada lebih daripada dua

5. Merupakan persent yang kelima puluh
d. Item Susun Semula - Jenis item ini mengkehendaki calon menyusun satu set ayat

yang tidak tersusun atau berturutan supaya menjadi suatu cerita atau perenggan

yang bermakna. Misalnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris, murid atau pelajar boleh diminta membuat karangan berpandukan
gambar bersiri.

Contoh :
Burung menjatuhkan sehelai daun ke dalam air
Burung melihat semut dihanyutkan air
Burung mengucapkan terima kasih kepada semut
Pada suatu hari, pemburu hendak menembak burung
Semut naik ke atas daun itu dan mengucapkan terima kasih kepada burung
Semut menggigit kaki pemburu dan burung menyelamatkan diri.
Jenis item ini ialah yang paling banyak luas digunakan dan ia juga merupakan jenis item yang paling fleksibel dalam ujian objektif. Itemnya boleh diubahsuaikan dengan menggunakan bahan-bahan tambahan, seperti graf, gambarajah, carta dan peta untuk member pelbagai pendekatan.
Item aneka pilihan ini mengandungi pokok soalan yang boleh berbentuk soalan, pernyataan, atau pernyataan tergantung dan beberapa pilihan jawapan, atau gerak balas (biasanya 3 hingga 5 pilihan jawapan diberi). Hanya satu daripada pilihan jawapan ini dijadikan jawapan yang betul dan bakinya dinamakan pemesong atau pengganggu (distractor).
Contoh :
1. Negeri manakah yang terbesar di Australia ?
A. Australia Barat - petanda / jawapan yang betul
B. Australia Selatan - pemesong / pengganggu
C. Daerah Utara - pemesong / pengganggu
D. Qeensland - pemesong / pengganggu

Setiap item dapat wujud sendiri dan tidak perlu bergantung, atau berkait dengan item-item yang lain. Item begini dikenali sebagai item diskrit. Tambahan pula, item jenis ini akan dapat membekalkan lebih banyak maklumat diagnostik jika dibandingkan dengan soalan objektif yang lain.
Soalan jenis aneka pilihan mempunyai kelebihan berbanding dengan soalan Betul / Salah. Peluang meneka jawapan yang betul ialah 1/3, ¼, atau 1/5 berbanding dengan ½ sahaja dalam ujian Betul / Salah.
Kadang kala terdapat dua atau lebih item yang berdasarkan kepada graf, carta, masalah, gambarajah, atau bahan-bahan rangsangan. Ini dinamakan item set. Contoh - Soalan 2 dan soalan 3 adalah berdasarkan (rajah, jadual, carta dan sebagainya).
JENIS-JENIS ITEM ANEKA PILIHAN
1. Bentuk Soalan - Setiap pokok soalan jenis bentuk soalan diikuti dengan beberapa pilihan
dan hanya satu daripada pilihan betul.
Contoh :
Apakah definisi ilmu bahasa ?
A. Mengkaji perlakuan berbahasa.
B. Mengkaji perlakuan berbahasa.
C. Mengkaji bahasa lisan dan tulisan
D. Menguasai atau mempelajari bahasa.
2. Ayat Tidak Lengkap - Setiap ayat yang tidak lengkap diikuti dengan beberapa pilihan.
Hanya satu daripada pilihan ini adalah jawapan yang betul.
Contoh : Punca kuasa dua bagi 81 ialah
A. 6 B. 7 C. 8 D. 9

3. Jenis Jawapan Terbaik - Setiap pokok soalan diikuti dengan beberapa pilihan. Semua

pilihan ini adalah kebenarannya tetapi bukan semuanya tepat. Hanya satu sahaj pilihan

yang paling tepat atau terbaik.

Contoh :
Perkara terpenting yang perlu dipertimbangkan oleh guru darjah semasa mengasingkan murid-murid untuk kelas pemulihan ialah
A. Keputusan ujian saringan
B. Keputusan ujian diagnostik
C. Permintaan ibu bapa kepada guru darjah
D. Pencapaian murid dalam mata pelajaran asas
4. Negatif - Kesemua pilihan adalah betul kecuali satu yang salah. Yang salah itulah

jawapan yang dikehendaki. Pokok soalan biasanya mengandungi perkataan seperti

KECUALI, TIDAK, BUKAN.

Contoh ;
Kelebihan sesuatu ujian objektif adalah seperti berikut KECUALI
A. Lebih sesuai digunakan sebagai ujian sumatif
B. Sesuai bagi menguji bidang kognitif di peringkat yang lebih tinggi
C. Jawapan dapat diterima dengan cepat, tepat dan lebih objektif
D. Dapat menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan fahaman dengan berkesan.
5. Interpretif - Soalan adalah berdasarkan rangsangan yang mungkin berupa peta, jadual,
graf atau petikan karangan.
Berdasarkan rajah di atas kedudukan badan yang boleh menghasilkan imbangan yang baik
ialah
A. I B. II C. III D. IV
6. Cantuman - Soalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul dan
murid atau pelajar dikehendaki mencantumkan jawapan-jawapan itu.
Contoh :
Laporan Razak telah mengesyorkan bahawa
I Bahasa Melayu mesti di ajar di semua sekolah
II Guru-guru di semua sekolah rendah diberikan latihan yang sama
III Kerajaan seharusnya membiayai semua pelajaran agama
IV Pelajaran teknik tidak diadakan.
A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV
CARA MENULIS ITEM ANEKA PILIHAN
1. Pokok soalannya boleh ditulis dalam bentuk pertanyaan, atau ayat yang tidak lengkap.
2. Pilih jawapan boleh dilambangkan oleh huruf kecil, huruf besar atau nombor. Pilihan

jawapan hendaklah disusun mengikut tertib. Jika nombor, susunannya menaik dan

menurun. Jika nama, disusun mengikut abjad. Susunan melintang hanya digunakan jika
semua pilihan jawapannya pendek. Kebiasaannya dicadangkan pilihan-pilihan jawapan
disusun secara menegak.

3. Soalan hendaklah ringkas tetapi padat.
4. Pilihan jawapan juga perlu diringkaskan.
5. Pilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam struktur atau bentuk yang sama.
6. Pilihan jawapan tidak bertindih atau diulang.
7. Elakkan daripada menggunakan pilihan jawapan umum seperti “tiada satu pun yang
betul” atau “semua di atas adalah betul”.
8. Susunan dan kedudukan jawapan tidak menunjukkan satu pola yang tetap.
9. Pokok soalan tidak dijadikan tanda yang dapat menayangkan jawapan atau ‘clue’.
KELEBIHAN UJIAN OBJEKTIF
1. Dapat menguji bidang kognitif di aras pengetahuan dan fahaman (mengikut Taksonomi
Bloom) dengan berkesan.
2. Lebih banyak soalan dapat diberi dan bidang yang luas dapat diuji dalam satu ujian
kerana soalannya dapat dijawab dengan cepat.
3. Analisis item (rujuk bahagian analisis item) selepas ujian mudah dijalankan.
4. Lebih tinggi kebolehpercayaan kerana sifat No. 3 di atas.
5. Jawapan dapat diperiksa denga cepat, tepat dan lebih objektif.
6. Labih sesuai digunakan sebagai ujian sumatif.

KELEMAHAN UJIAN OBJEKTIF
1. Memerlukan lebih banyak masa, usaha dan perbelanjaan untuk membina item ujian yang
bermutu tinggi.
2. Kurang sesuai bagi menguji bidang kognitif di peringkat yang lebih tinggi, seperti
analisis, sintesis dan penilaian.
3. Tidak dapat menguji kebolehan calon menyusun dan membentangkan idea dan
penulisannya.
4. Kurang sesuai digunakan sebagai ujian formatif.
5. Mengulangkaji soalan-soalan yang lepas dapat meninggikan prestasi calon dalam ujian.
6. Calon yang tidak tahu mungkin dapat meneka jawapan.
MENYEMAK DAN MENYUNTING SOALAN ANEKA PILIHAN
Setiap soalan yang telah diberi perlu disemak dan disunting dari segi KANDUNGAN, BAHASA dan TEKNIK PENULISAN SOALAN. Semakan ini boleh dijalankan oleh guru sendiri atau sebaik-baiknya oleh satu panatia yang mahir dalam bidang ini.
Pokok Soalan.
1. Pilihan soalan haruslah selari dengan pokok soalan.
2. Semua pilihan soalan hendaklah daripada unsure yang serupa (homogen)
3. Semua pengganggu hendaklah munasabah sebagai jawapan
4. Pilihan soalan hendaklah diatur mengikut system yang berikut:
a. Ayat dan frasa diatur daripada pendek ke panjang.
b. Perkataan diatur mengikut abjad.
c. Nombor diatur mengikut urutan menaik atau menurun.
5. Pilihan soalan hendaklah sama panjang atau hampir sama panjang.
6. Masukkan pilihan berulang ke dalam pokok soalan.
7. Pastikan tiada pembayang jawapan (clue) di dalam jawapan.
8. Pilihan yang mempunyai pokok soalan berbentuk soalan bermula dengan huruf besar.
Jika pilihan adalah ayat yang lengkap, ia akan berakhir dengan tanda noktah.
9. Pilihan yang mempunyai pokok soalan dalam bentuk ayat tidak lengkap bermula dengan
huruf kecil dan tidak memerlukan tanda bacaan.

No comments:

Post a Comment

IKLAN