Tuesday, July 24, 2012

Perbezaan Rujukan Norma dan Rujukan Kriteria


Ujian Rujukan Norma (URN) bertujuan untuk membandingkan pelajar antara pelajar/kumpulan manakala Ujian Rujukan Kriteria (URK) bertujuan untuk melihat perbandingan melalui kriteria tertentu. Berikut adalah perbezaan antara URN dan URK.

1. KONSEP

URN - Membandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar/kumpulan yg lain.

URK - Membandingkan pencapaian pelajar dengan kriteria tertentu.

2. TUJUAN

URN - Banding pencapaian antara pelajar/kumpulan pelajar
- Tentukan pencapaian lulus/gagal, lemah/sederhana/cemerlang
- Pilih pelajar utk iktiraf - beri sijil

URK - Tentukan tahap penguasaan kemahiran mengikut kriteria yg ditetapkan
- Baiki P&P berdasarkan keputusan ujian

3. CIRI-CIRI SOALAN

URN - Bermula dengan mudah - sederhana - dan sukar dan mempunyai indeks diskriminasi yg tinggi

URK - Hampir sama peringkat kesukaran dan berdasarkan kriteria/objektif pelajaran

4. CIRI-CIRI UJIAN

URN - Penentuan gred

URK - Tiada gred - lulus/gagal sahaja


5. CAKUPAN

URN - Meliputi tajuk/kandungan yang lebih luas

URK - Tumpuan kpd tajuk khusus

6. CONTOH UJIAN

URN - Peperiksaan Penggal, UPSR, PMR, SPM, STPM

URK - Ujian pendek, tugasan, latihan dan soal jawab dlm bilik darjah

No comments:

Post a Comment

IKLAN