Monday, July 2, 2012

Masalah Sifat Allah

Perbahasan menganai sifat Allah menjadi polemik di kalangan mazhab aqidah dengan pendapat yang berbeza-beza. Dalam catatan ini akan dibentangkan serba sedikit berkenaan dengan pendapat-pendapat tersebut untuk dibuat perbezaan antara mereka.

Muktazilah

Mereka menafikan sepenuhnya Allah mempunyai sifat-sifat, malah mereka mahukan Allah dibersihkan sepenuhnya daripada sifat2 tersebut kerana jika Allah bersifat seperti makhluk maka tiada beza dengan makhluk. Pada mereka sifat Allah hanyalah nama-nama sahaja dan bukan sifat.

Hujah mereka jika Allah mempunyai sifat tanpa ditakwil maka jadilah banyak qadim (ta'adud al-qudama') kerana setiap sifat adalah qadim. Ia juga membawa kepada fahaman Allah tersusun drpd dzat dan sifat.

Allah mengetahui, berkuasa dan hidup melalui dzat bukan melalui sifai ilm, qudrah, hayah dan lain-lain. Oleh itu mereka sifatkan Allah sebagai 'serba tidak' seperti tidak berjisim dan segala sifat thubutiyyah itu adalah idofah

Asha'irah

Menthabitkan Allah dengan sifat-sifat dzat sahaja seperti qudrah, iradah dan sebagainya tetapi tidak pada sifat perbuatan seperti khalq, rizq dan sebagainya. Ini kerana sifat bersemayam (istiwa') turun (nuzul) perlu ditakwilkan kerana ia menyerupai makhluk.

Pandangan Ibn Taymiyyah

Ibn Taymiyyah berpendapat Allah mestilah disifatkan dengan semua sifat yang wujud di dalam al-Qur'an dan hadith tanpa memerlukan sebarang takwilan dan beliau mempersoalkan apa perlunya akal untuk mentakwilkan nas-nas yang diwahyukan oleh Allah. Beliau sangat mementingkan manhaj an-nassi daripada manhaj al-aqli dengan menyedari bahawa Allah sama sekali tidak boleh disamakan dengan sifat-sifat makhluk.

Ibn Taymiyyah menolak sebarang usaha untuk mentakwilkan sifat Allah kerana beliau menolak peranan akal sebagai penghukum dan penentu kepada ayat-ayat al-Qur'an dan akal hanyalah untuk mengakui dan memperkukuhkan nas sahaja tidak sampai untuk mengatasinya. Beliau menentang penafian Muktazilah terhadap sifat Allah kerana tidak mungkin ada persamaan antara sifat Allah dan makhluk dan sifat Allah ialah sifat-sifat yang sesuai dengan-Nya sahaja.

Beliau juga mengkritik sikap Asha'irah yang menafikan sifat-sifat seperti ghadab, mahabbah, dan juga takwilan seperti yadd, al-wajh dan lain2 kerana menyebabkab Allah berjisim kerana akal boleh menerima sifat-sifat sedemikian secara zahir dengan syarat makna itu sesuai bagi Allah s.w.t.

Ibn Taymiyyah dengan tegas berpendapat sifat-sifat yang disebut oleh nas-nas itu adalah qadim lagi azali.





No comments:

Post a Comment

IKLAN