Tuesday, January 5, 2010

Buat Sebelum Perlu untuk Guna Bila Perlu

Dah hampir sebulan tak menulis apa-apa..cuti ni rasanya macam tak cuti pun..disamping sibuk dengan KDC, banyak juga perkara yang hendak diuruskan dan macam-macam perkara berlaku...Sebagai permulaan posting untuk tahun baharu ni, saya tertarik dengan kata-kata penjual insuran semalam... Antaranya beliau menyebutkan tentang keperluan kita memiliki insuran iaitu..

Miliki insuran sebelum kita memerlukannya kerana bila kita memerlukannya kita tidak lagi boleh memilikinya...

Memang benar kerana jika kita tidak membeli insuran sekarang, yakni sebelum kita ditimpa apa-apa kemalangan..kita tidak boleh lagi membeli insuran apabila kita telah kemalangan..yelah siapa nak jual insuran kepada orang yang telah sakit..apa untung yang dia dapat..

Tetapi...saya berfikir tentang insuran lain..yang lebih penting lagi daripada insuran sekarang..iaitu insuran PAHALA. Pahala perlu kita kumpulkan sekarang iaitu semasa kita masih hidup dan kita sama sekali tidak memerlukan pahala tersebut dalam urusan seharian kita..bukannya boleh kita beli barang di kedai guna pahala.

Tetapi...kita mahu tidak mahu mesti memiliki pahala sekarang kerana samalah macam insuran tadi..jika kita tidak beli sekarang kita tidak boleh beli lagi bila dah sakit. Begitu juga dengan pahala..diakhirat nanti ketika kita betul-betul memerlukan pahala untuk memberatkan timbangan amal dan untuk melayakkan kita masuk ke syurga Allah swt..barulah kita sedar betapa bergunanya pahala tersebut.

Tetapi...ketika itu kita tidak akan akan peluang lagi untuk memiliki pahala kerana kita dah sakit dan bagi yang telah bersedia awal-awal untuk memiliki pahala semasa di dunia, orang ini akan bersedia untuk ditimbang amalannya dan bersedia untuk memperolehi manfaat daripada pahala tersebut..maka rugilah orang yang tidak memiliki pahala semasa hayatnya masih ada..

Sukarkah untuk memiliki pahala..jawapannya sama sekali tidak..kerana setiap detik hidup orang Islam adalah berpahala dari mula bangun tidur sehinggalah kembali tidur. Semua perbuatan mereka dikira pahala oleh Allah...hatta sesuap nasi yang disuapkan ke mulut isterinya juga dikira pahala..

Jadi berlumba-lumbalah untuk memiliki pahala..berbuat baiklah sesama insan..maafkan orang-orang yang menyakiti kita..ringankan beban orang yang mampu kita ringankan beban mereka..tidak kira samada kecil atau besar..senangkan hati semua orang...walaupun orang tidak menyenangkan hati kita..kerana sabar itupun adalah pahala....


IKLAN