Monday, October 24, 2011

Taksonomi Bloom


TAKSONOMI BLOOM

1. Aras: Pengetahuan

Ciri Soalan: Memerlukan calon mengingat semula. Jawapan calon menggunakan bahasa asal.

Contoh Kata Kerja:

Labelkan, Senaraikan, Nyatakan, Manakah, Apakah, Berikan, dll.

Contoh Soalan Aras Pengetahuan

The word ‘dignity’ in the poem signifies

A. power

B. wealth

C. honour

D. independence

1. Apakah maksud perkataan culas ?

A. Rajin

B. Lalai

C. Malas

D. Cergas

2. Aras: Kefahaman

Ciri Soalan: Memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau illutrasi dalam bahasanya sendiri.

Contoh Kata Kerja:

Terangkan, Jelaskan, Huraikan, Tukarkan, Mengapakah, dll.

Contoh Soalan Aras Kefahaman

They wanted to reach Kuantan by 11.00 p.m. because

A. Puan Ainon had to go to school.

B. Encik Roslan had a meeting that night.

C. Puan Ainon wanted to have enough rest.

D. Encik Roslan was afraid of another puncture.

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi penyataan di bawah.

Kuala Lumpur menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari pekerjaan.

A. Ada ubi ada batas

B. Ada gula ada semut

C. Ada udang di sebalik batu

D. Banyak udang banyak ragam

3. Aras: Aplikasi

Ciri Soalan: Memerlukan calon menyelesaikan masalah ‘non-routine’ atau masalah baru.

Ciri soalan adalah ‘problem-solving’. Masalah diselesaikan dengan cara tersendiri

menggunakan gabungan teori, pengalaman dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan.

Contoh Kata Kerja:

Selesaikan, Binakan, Carikan,Tunjukkan, Kirakan, Demostrasikan, dll.

Contoh Soalan Aras Aplikasi

To congratulate

A. Really, Nelson.

B. Well done, Nelson.

C. Thank you, Nelson.

D. I believe you, Nelson.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

i. “Radio ini ada kelasnya yang tersendiri,” kata Adib.

ii. “Jangan makan di dalam kelas!” kata pengawas itu.

iii. Mereka masyarakat kelas menengah.

iv. Kulitnya kelas kerana terkena api.

A. I, ii dan iv sahaja

B. Ii, iii dan iv sahaja

C. I,ii dan iii sahaja

D. I ,ii ,iii dan iv sahaja

4. Aras: Analisis

Ciri Soalan: Memerlukan calon menganalisis, memecah/mencerakinkan fakta untuk mengkaji unsur-unsurnya secara mendalam termasuk membanding, membeza, mengupas dan membukti.

Contoh Kata Kerja:

Bandingkan, Bezakan, Buktikan, Beri sebab, Buat analisis, Cerakinkan, Tafsirkan, dll.

Contoh Soalan Aras Analisis

How long did the fireman take to put out the fire?

A. 1 hour.

B. 40 minutes.

C. 45 minutes.

D. half an hour.

Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan di bawah.

Tiba-tiba aku tersedar

Lamunan yang merugikan terlepas kini

Sejarah hempedu pahit ku lupakan

Kini, ku semaikan benih-benih harapan

Bersama jutaan impian

Aku kan tempuh segala cabaran

Ku semai benih-benih harapan bermaksud

Pemuisi menanamkan cita-cita untuk berjaya

Pemuisi belajar dengan bersungguh-sungguh

Pemuisi menanam benih-benih baru di ladangnya

Pemuisi mengharapkan dirinya tidak dilupakan

5. Aras: Sintesis

Ciri Soalan: Memerlukan calon merancang, mereka/mencipta dan menghasilkan sesuatu hasil yang kreatif hasil dari penggabungan pelbagai unsur. Ini termasuk penghasilan sesuatu rancangan, rumusan, kaedah/prosedur, atau cadangan.

Contoh Kata Kerja:

Rancangkan, Rumuskan, Sediakan, Cadangkan, Karangkan, Gubahkan, dll.

Contoh Soalan Aras Sintesis

Sabrina was born in 1985. In what year did she take her PMR?

A. 1997

B. 1998

C. 1999

D. 2000


Arahan:

Susun semula baris-baris pantun di bawah supaya menjadi pantun yang lengkap.

Budi yang baik dikenang juga,

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Hancur badan dikandung tanah,

Gunung Daik bercabang tiga

___________________________,

___________________________;

___________________________,

___________________________.


6. Aras: Penilaian

Ciri Soalan: Memerlukan calon menilai, membuat pertimbangan atau justifikas untuk mencapai ataume sesuatu kesimpulan. Calon perlu melihat fakta dari aspek ‘pro dan cons’ semasa membuat penilaian.

Contoh Kata Kerja:

Bincangkan, Nilaikan, Beri pendapat, Beri justifikasi, Pertimbangkan, dll.


Contoh Soalan Aras Penilaian

Why do you think interested members should submit their names early?

A. They will receive prizes.

B. To show that they are really interested.

C. The secretary will not be free after first of April.

D. Only the first 80 names received will be accepted.

Pencerobohan tentera Amerika dan Britain terhadap Iraq merupakan satu tindakan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan. Rakyat Iraq sanggup mempertahankan segenap inci tanah tumpah darah mereka. Mereka sanggup berputih tulang daripada berputih mata.

Soalan.

Apakah yang anda faham mengenai ungkapan “Biar berputih tulang jangan berputih mata”.

Penggunaan kata kerja di atas, bergantung kepada wacana. Sesetengah kata kerja boleh digunakan merentasi aras.

Teknik Umum

Pastikan setiap soalan ada tugasan @ task

Rangsangan/situasi mungkin tidak perlu bagi setengah soalan, tetapi soalan yang digubal dengan baik biasanya mempunyai rangsangan atau situasi.

Pastikan rangsangan tidak menjadi pembayang kepada jawapan sama ada bagi soalan itu atau yang lain.

Pastikan tanda bacaan (. , ? ; :) digunakan dengan betul. Soalan atau pilihan jawapan berbentuk pernyataan lengkap mestilah di akhiri dengan noktah (.)

Soalan objektif berbentuk pelengkap tidak di akhiri dengan sebarang tanda bacaan.

Huruf besar digunakan dalam permulaan ayat, nama khas, selepas tanda noktah dan tanda soal.

Hitamkan @ boldkan perkataan-perkataan yang hendak ditekankan seperti: tidak, kecuali, paling, bukan, semua dan bilangan seperti: dua

Tidak ada ruang jawapan di pangkal atau di tengah dalam soalan struktur atau soalan objektif berbentuk pelengkap (completion)

Nombor muka surat mula dicetak pada muka surat 2. Nombor muka surat pertama (muka hadapan kertas soalan) tidak dicetak.

Bahagian bawah muka surat akhir setiap buku soalan dan buku Peraturan Memberi Markah (PMM) dituliskan dengan pernyataan berikut dan ditulis muka surat.

© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2004

Hanya ada 4 pilihan jawapan sahaja dalam setiap soalan objektif aneka pilihan. Huruf-huruf untuk pilihan jawapan adalah huruf besar A, B, C dan D dalam kurungan penuh dan ditulis 1 tab dari nombor soalan dan 2 jarak di bawah soalan.

Contoh: 1. soalan…………………………

(A) …………….

Bagi soalan objektif berbentuk cantuman, pastikan terdapat lima unsur sebagai pilihan dan dicantumkan dalam pilihan jawapan seperti contoh berikut:

contoh: 1. soalan…………….

I unsur 1

II unsur 2

III unsur 3

IV unsur 4

V unsur 5

(A) I, II dan III sahaja

(B) II, III dan IV sahaja

(C) I, II, IV dan V sahaja

(D) I, III, IV dan V sahaja

atau

(A) I dan II sahaja

(B) IV dan V sahaja

(C) I, II dan III sahaja

(D) III, IV dan V sahaja

Pastikan kelima-lima unsur disebarkan seimbang dalam pilihan jawapan. Elakkan daripada menampakkan unsur secara maksimum atau minimum dalam pilihan jawapan. Dalam contoh di atas, contoh pilihan jawapan kedua adalah lebih baik kerana semua unsurnya tersebar seimbang.

Sesuatu unsur menjadi tidak berfungsi sekiranya terdapat dalam kesemua pilihan jawapan.

Pastikan ada tugasan dalam setiap soalan cantuman.

Elakkan daripada menggunakan pilihan jawapan berbentuk pernyataan ‘semua yang di atas’ atau ‘tiada satu pun yang di atas’. Ini bermaksud sama ada semua pilihan itu betul atau semua tidak betul.

Susun pilihan jawapan mengikut urutan.

Pendek ke panjang

Kuantiti kecil ke banyak

Abjad (bagi nama orang dan tempat)

Soalan struktur

Pastikan pecahan-pecahan soalan ada menunjukkan perkaitan dan kesinambungan mengenai sesuatu tema.

Adakan sesuatu bahan berbentuk petikan, rajah atau jadual sebagai asas kepada soalan (rangsangan)

Pecahan soalan meliputi pelbagai aras yang disusun mengikut urutan.

Ruang jawapan bergaris disediakan selepas setiap pecahan soalan. Bagi pecahan soalan yang melibatkan pengiraan, ruang jawapan tidak perlu digariskan.

Setiap pecahan soalan diberi peruntukan 1 hingga 5 markah.

Untuk semua jenis soalan, rajah, jadual, peta dan petikan diletakkan di bahagian atas soalan dan dinomborkan jika melebihi satu.

Rajah dinomborkan menggunakan nombor biasa (Arab) dan jadual dengan nombor Roman besar.

Rajah, jadual, peta dan sebagainya boleh diletakkan di bawah soalan jika soalan itu meminta calon mengisi maklumat pada bahan tersebut.

Jika petikan digunakan, pastikan sumbernya dicatatkan.

Kurungkan serta hitamkan peruntukan markah di bawah setiap soalan (sebelah kanan – bawah)

Unsur KBKK

Semua soalan esei dikehendaki mengandungi unsur KBKK.

Soalan struktur dan objektif digalakkan mempunyai unsur KBKK jika didapati sesuai.

Di mana sesuai, soalan berunsur KBKK perlu terbuka (open-ended) dan berbentuk rujukan kriteria.

PMM

Skima pemarkahan mestilah menepati kehendak soalan dan mempunyai ciri keobjektifan yang tinggi. Ini bermakna markah yang diberikan kepada setiap soalan adalah tekal atau konsisten tanpa mengira siapa yang memeriksa dan dalam situasi apa sekali pun.

Untuk memenuhi ciri keobjektifan ini, pemeriksa perlu menjustifikasi setiap markah yang diberi secara terperinci.

Beri 1 markah bagi setiap fakta dan 1-3 markah untuk huraian dan illustrasi/rajah setiap fakta. Bagi soalan objektif, hanya 1 markah diberi kepada setiap jawapan yang betul.

Jika markah soalan itu besar, beri peruntukan markah 1% kepada pengolahan

Bagi soalan yang melibatkan KBKK, markah perlu diberikan kepada ‘proses’ dan kriteria.

Penggunaan frasa ‘lain-lain jawapan yang munasabah’ elakkan. Penggubal perlu menyenaraikan semua jawapan yang dikatakan munasabah jika boleh.

Maksimum 1% markah ditolak kerana kesilapan bahasa.

Contoh permarkahan adalah seperti berikut dan dituliskan di bahagian bawah sebelah kanan jawapan.

(4 fakta/isi x 1 markah) = 4 markah

(4 huraian x 2 markah) = 8 markah

Penggunaan pengurusan grafik = 5 markah

Pengolahan = 2 markah

Nilai afektif = 1 markah

Jumlah = 20 markah

Hitamkan jumlah markah bagi setiap soalan dan pecahan soalan.

No comments:

Post a Comment

IKLAN