Tuesday, October 11, 2011

Kesan Iman Dalam Kehidupan Keluarga


KELUARGA

Sesungguhnya manusia telah dijadikan oleh Allah dan telah ditakdirkan dengan berbagai-bagai kesudahan. Di kalangan manusia : 1. Ada yang lahir dari keluarga beriman dan mati pula dalam keadaan beriman. 2. Ada yang lahir dari keluarga kafir dan mati juga dalam keadaan kufur. 3. Ada yang lahir dalam keluarga kafir tetapi mati dalam keadaan beriman kepada Allah. 4. Ada yang lahir dalam keadaan keluarga beriman tetapi mati dalam keadaan kufur kepada Allah. (na·uzubillahi min zaalik)

1.Mudah mengatur urusan keluarga:

Ia dapat merencanakan soal-soal pendidikan, saraan, pergaulan dan pembangunan keluarganya dengan tarbiah Islamiah. Ia dapat menjalankan tugasnya sebagai ra·i atau ketua keluarga dan dalam masa yang sama sebagai abid atau hamba Allah yang sentiasa menjaga hubungannnya dengan Allah swt.

2.Menjauhkan keluarga dari sifat buruk:

Amalan buruk yang boleh memudaratkan badan seperti merokok, meminum minuman keras, menyalahgunakan dadah dan sebagainya, hendaklah dijauhi. Sekiranya ketentuan ini tidak dipatuhi, kesihatan jasmani akan terjejas dan boleh memberi kesan buruk kepada mental, fizikal dan spiritual.

3. Melahirkan sifat bertanggungjawab :

Apabila kita sudah memiliki iman yang kukuh dan menanamkan perasaan cinta kepada Islam, maka dengan sendirinya ia akan menghasilkan sifat bertanggungjawab dalam diri untuk melakukan kebaikan di samping menanamkan sikap berwaspada agar tidak terjerumus dalam kencah dosa dan maksiat.

4. Memupuk kasih sayang berpanjangan:

Kita hendaklah menjaga dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan anggota keluarga dengan memastikan suasana sentiasa ceria, mesra dan saling hormat-menghormati. Berdoalah untuk kebaikan keluarga agar sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

€ Firman

Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Furqan ayat 74 tafsirnya : "Dan juga mereka yang diredhai Allah itu ialah orang-orang yang berdoa dengan berkata : Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteriisteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan menjadikan kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertakwa".

5. Melahirkan keluarga berfikiran luas :

Menurut al.Maududi, orang yang beriman dengan Allah tidak mungkin mempunyai pandangan yang sempit kerana dia percaya kepada Yang Menciptakan langit dan bumi, Pemilik alam semesta, Pemilik barat dan timur, Pemberi rezeki dan Pendidik makhluk. Dia tidak akan menemui sesuatu yang ganjil dalam alam ini kerana segala sesuatu yang ada di dalamnya adalah milik Allah. Tidak ada sesuatu pun dalam alam ini yang dapat menghalang dan membataskan rasa cintanya dan kecenderungannya untuk memberi pertolongan dan khidmat kepada sesama manusia.

6. Melahirkan keluarga berakhlak mulia :

Akhlak mulia bagi peribadi unggul adalah hasil keimanan yang kental. Ini disebabkan tali ikatan yang menjalinkan hubungan antara ahli keluarga dapat terbentuk melalui nilai-nilai dan disiplin yang diamalkan oleh anggota keluargatersebut. € Sekiranya nilai yang diamalkan itu positif maka akan lahirlah sebuah keluarga yang aman, damai, harmoni dan diselubungi roh Islam. Rasulullah saw adalah contoh utama pembentukan akhlak. Dalam sebuah hadith, baginda saw bersabda, 'Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia'. ( Riwayat Ahmad )

7. Mendapat kejayaan :

Ibubapa yang berjaya adalah ibubapa yang taat perintah Allah, tinggalkan segala laranganNya dan beramal mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Dan mereka juga berusaha sungguh-sungguh untuk mendidik anak-anak mereka supaya melakukan perkara yang sama (taat perintah Allah swt & amal cara hidup Rasulullah saw). € Hal ini adalah kasil daripada keimanan yang kukuh dan ketaqwaan yang mantap didalam diri setiap ibu bapa.

No comments:

Post a Comment

IKLAN