
JENIS-JENIS UJIAN (Part 1)
1 . Ujian Individu
Digolongkan dalam ujian tara
Diambil oleh seseorang pada sesuatu masa
Sesorang pemeriksa terlatih akan mengemukakan soalan atau mengarahkan seseorang calon menjalankan tugasan
Kadangkala tidak perlu menggunakan bahasa langsung (boleh membantu calon yang kurang mahir bahasa)
Contoh ujian ujian Kecerdasan Stanfords-Biner, Skala Kecerdasan Dewasa Wechsler, ujian bakat
2. Ujian Berkumpulan
Ujian Tara berkumpulan merupakan ujian kertas pensel yang memerlukan calon membaca soalan itu sendiri
Ujian ini mudah dilaksanakan dan lebih ekonomis
Seluruh kelas dapat diuji
Pemeriksa terlatih tidak diperlukan kerana guru kelas /calon boleh membaca soalan sendiri
Contoh ujian kemajuan, ujian pencapaian, ujian esei
Setengah ujian dalm kumpulan boleh juga digunakan dalam ujian individu
3. Ujian Bertulis
Ujian yang melibatkan penggunaan bahasa yang gramatis dalam bentuk ayat
Ayat-ayat akan dikaitkan antara satu dengan yang lain untuk membentuk satu penulisan sebagai sumbangan bagi melahirkan pemikiran dan idea-idea penulis atas sesuatu tajuk tertentu seperti surat-menyurat,membuat laporan atau menulis hal kejadian harian
Contoh ujian ini berbentuk esei atau berbentuk rencana
Memerlukan suasana,masa, dan mungkin emosi untuk menukar perkataan, mengubah atau menyusun ayat dan menilai secara keseluruhan apa yang dihasilkan
Untuk menilai seorang pelajar guru perlu
-memberi peluang sama kepada semua murid untuk menjawab soalan yang sama
-Soalan hendak tegas dan terperinci akan apa yang diperlukan daripada murid
-Menulis dua atau lebih karangan adalah adil untuk menilai prestasi pelajar
Teknik Pemarkahan
Global-Amat baik,baik, sederhana,kurang baik,lemah
Perincian- Isi (50%),Bahasa (30%)Gaya (10%), Impak(10%)
Dinilai dalam 3 cara
Serta Merta-Menilai kefahaman pengetahuan dan kemahiran berbahasa
Kemajuan-Menilai laporan bertulis, menilai murid melalui ujian bertulis seperti ujian objektif atau ujian esei
PENCAPAIAN-Penilaian melalui ujian bertulis seperti ujian objektif atau ujian esei
4. Ujian lisan
Bergantung kepada objektif pengajaran lisan berkenaan seperti kefasihan,menyebut atau menggunakan Bahasa Malaysia yang standard
Menentukan objektif pengajaran dan bahan yang perlu digunakan dalam ujian
Pemarkahan bergantung kepada penilai dan kecekapan menilai prestasi seorang calon
Teknik temuramah dan teknik kloz sesuai digunakan dimana pengambil ujian disuruh melengkapkan atau menyambut soalan-soalan yang diberikan serta berinteraksi secara natural (diuji bukan dalam keadaan bertutur yang biasa)
Soalan-soalan yang akan dikemukakan telah di programkan
Tidak hanya menguji satu aspek sahaja tetapi aspek lain perlu dititik berat seperti apabila menguji kefasihan, sebutan dan kelancaran juga boleh diuji
Pemarkahan
Global-1 -tiada sambutan,2 –lemah,2-sedang,3-memuaskan,4-baik dan 5 cemelang
Teknik terperici- akhir kata,awal kata,kefasihan bahasa dan lain-lain aspek (Pembahagian Markah lihat pada markah keseluruhan)
Diuji dalam 3 Cara
Serta Merta-Menilai kebolehan pertuturan murid melalui soalan lisan,perbincangan dan kuiz
Kemajuan-Menilai keboleh-tuturan menlalui aktiviti syarahan,lakonan dan bercerita,menilai kefasihan menghafal melalui aktiviti bacaan kuat,hafazan,kuiz
Pencapaian-Menilai aspek yang perlu seperti bacaan dalam bahasa melayu dan hafazan dalam Pendidikan Islam
5. Ujian Objektif
Terdiri daripada soalan atau item yang semuanya memerlukan jawapan yang pendek dan tepat
Terdapat pelbagi jenis item objektif tetapi setiap mempunyai satu ciri yang serupa iaitu jawapan khusus dan terbatas
Sistem pemarkahan adalah tetap
Kemampuan lain calon tidak diambil kira atau dilayan
Bilangan item banyak
Calon membuat pilihan jawapan yang tepat dan terbatas
Kualiti ujian bergantung kepada kemahiran dan kebolehan pengubalan soalan
Tiada kebebasan diberikan kepada calon menjawab soalan
Calon menghafaz dan menganalisakan pendapat orang lain
Banyak masa calon ditumpukan kepada membaca dan berfikir
Jawapan adalah tetap dan skim pemarkahan dapat disediakan dengan mudah
Pemeriksa yang kurang mempunyai pengetahuan isi ujian itu juga sanggup memeriksa kertas jawapan
Kelebihan Ujian Objektif
Ia meliputi semua bidang mata pelajaran dengan luas
Menguji aras kognitif diperingkat pengeahuaan,kefahaman dan aplikasi dengan berkesan
Masa yang diperlukan untuk menjawab dan memeriksa adalah ringkas
Objektif adalah tinggi. Jawapan yang sama akan diberi markat yang sama walaupun diperiksa oleh pemeriksa yang berlainan
Item ujian dinyata dalam bahasa yang mudah
Calon yang mempunyai bahasa yang lemah juga boleh menjawab soalan objektif
Kebolehpercayaan ujian ini tinggi kerana banyak soalan boleh disediakan
Kelemahan Ujian Objektif
Pembinaan ujian memerlukan lebih tenaga,masa dan perbelajaan
Ia tidak dapat menguji kebolehan calon pada aras kognitif yang tinggi spt analisis,sintesis dan penilaian
Gagal menguji kebolehan calon untuk menyusun serta menghuraikan idea- idea
Menggalakkan calon meneka jawapan
Calon tidak membuat persediaan yang rapi kerana mereka boleh mengenal jawapan daripada senarai jawapan yang diberikan
Calon yang berlatih menjawab jawapan boleh meningkatkan taraf pencapaian
Senarai semak soalan objektif
Pokok Soalan harus bermakna(apa yang hendak ditanya)
Pokok soalan harus mengandungi bahan yang relevan (jelas,tepat dan mudah difahami)
Kurang pokok soalan dalam bentuk negatif
Semua pilihan jawapan hendaklah sejajar dengan pokok soalan dari segi bahasa
Satu item hendaklah mengandungi satu jawapan yang nyata dan betul sahaja
Kesemua pengganggu hendalah munasabah dan berbentuk seolah-olah boleh diterima
Panjang pengganggu hendaklah sama atau hampir sama
Penempatan jawapan A,B,C.D atau E hendaklah berubah-ubah
Kurangkan penggunaan pengganggu tiada jawapan
Sekurang-kurangnya perlu ada empat atau lima jawapan
Bentuk item yang berlainan daripada yang pernah dibuat dalam bilik darjah sekiranya mengukur aras kognitif yang tinggi
Pilihan jawapan diatur mengikut tertib sekiranya jawapan itu berbentuk nombor atau angka
Soalan negatif dielakkkan atau dihadkan spt tidak,kecuali
Soalan yang dibina perlu dikaji semula
No comments:
Post a Comment