Saturday, October 29, 2011

Kelebihan dan Kelemahan Ujian Objektif


Kelebihan Ujian Objektif

1. Ia dapat merangkumi semua bidang pelajaran dan isi pelajaran secara luas.
2. Ia menjamin keadilan pemarkahan.
3. Ia memerlukan masa yang pendek untuk menjawab dan memeriksa.
4. Objektifnya adalah tinggi, jawapan yang sama akan diberi markah yang sama walaupun diperiksa oleh pemeriksa yang berlainan.
5. Ia tidak menggalakan penipuan.
6. Ia dapat mengukur proses mental yang tinggi.
7. Calon dapat menjawab soalan objektif sekali pun calon lemah dalam penguasaan bahasa.
8. Pemeriksa tidak terpengaruh dengan unsur-unsur emosi yang mengusai dirinya
9. Mempunyai nilai diagnostik yang tinggi
10. Dapat diperiksa menggunakan komputer/alat scanner
11. Sampel soalan dan isi yang luas

Kelemahan Ujian Objektif

1. Pembinaan ujian memerlukan masa, tenaga dan perbelanjaan yang tinggi.
2. Ujian ini memberi ruang kepada murid-murid membuat tekaan jawapan.
3. Semasa dalam peperiksaan, calon-calon memerlukan banyak masa untuk membaca dan berfikir.
4. Ujian ini tidak dapat mengukur keaslian jawapan.
5. Sebahagian calon tidak membuat persediaan yang secukupnya kerana mereka boleh menjawab berasaskan pilihan jawapan yang diberi.
6. Sukar untuk menyediakan soalan yang bermutu tinggi
7. Kurang sesuai untuk mengukur tahap kognitif peringkat tinggi
8. Tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur dan membuat sintesis idea secara bersepadu
9. Kurang sesuai untuk ujian formatif


No comments:

Post a Comment

IKLAN