Mazhab Jabariah
Definisi Istilah
Secara terminologis,Jabariyah diartikan dengan aliran yang
berkeyakinan bahwa tidak adanya perbuatan manusia secara hakikat dan
menyandarkan perbuatan tersebut kepada Allah SWT. Segala perbuatan hanya
terjadi dengan qudrat dan Iradat-Nya. Manusia tidak mempunyai Qudrat dan
Iradat, manusia hanya merupakan wadah bagi apa yang Allah kehendaki.
Definisi
Istilah
Filsafat Yunani mulai diadoptasi oleh bangsa Parsi,menjadi
pembahasan-pembahasan yang cukup mendapat tempat di kalangan ahli-ahli fikir. Konsep‘ruang kosong’nya Zero
yang ditafsir oleh Aristoteles iaitu :
Everything
that is in motion must be moved by something (segala sesuatu yang
bergerak, pasti digerakkan oleh sesuatu)
Artinya tidak ada sesuatu gerakan yang terjadi dengan sendirinya
(spontanea).
Konsep ini dikaji oleh Iban ibn Sam’an, seorang Yahudi
Syam, kemudian disampaikan dan difahami serta diyakini oleh Ja’ad ibn
Dirham yang tak lainadalah guru dari Jahm ibn Safwan. Namun diyakini bahwa pengadopsian
konsepfilsafat Yunani ini hanya luaran saja bukan dalam bentuk isinya.
1.2 Sejarah
Kemunculan Jabariah
Benih fahaman ini berasal daripada pegangan orang Yahudi.
Kemudian, mereka mengajarkannya kepada orang-orang Islam. Orang yang pertama menyebarkan ajaran ini
kepada orang orang Islam adalah Jaad bin Darham. Dia
menerima ilmu yang sesat dan menyesatkan ini daripada orang-orang Yahudi. Jaad
berjaya mendapat seorang murid yang menyebarkan fahamannya yang bernama Jaham bin Safuan.
1.3 Dasar-Dasar
Mazhab Jabariah
1.3.1 Qudrat dan Iradat
Manusia. Manusia tidak mampu melakukan suatu perbuatan, tidak memiliki kemahuan
bahkan tidak memiliki kekuatan untuk menentukan pilihan. Semua adalah ciptaan
Allah. Manusia hanya sebagai wayang yang digerakkan oleh dalang.
Pendapat ini ditolak sama sekali kerana menimbulkan bahawa
seolah-olah Allah S.W.T melakukan perkara yang sia-sia,seperti mengutuskan
Rasul dan menurunkan syariat. Pada hal Allah S.W.T maha suci dari segala
perkara yang sia-sia sebagaimana firmannya;
وما
خلقنا السماوات والأرض وما بينهما لاعبين ما خلقنا هما إلا بالحق ( الدخان : 38-39)
Maksudnya:”Aku tidak
menjadikan langit dan bumi dan apa yang di antara keduanya dengan main-main
sahaja,Aku tidak menjadikan keduanya melainkan dengan sebenarnya”.
1.3.2 Ilmu Allah itu
bersifat baru tanpa berhubung dengan zat-Nya dan berbilang ilmu Allah mengikut
bilangan maklumat yang ada.
Allah S.W.T tidak harus
mempunyai sifat yang ada pada makhluk supaya tidak menyerupai mereka. Mrk
menafikan Allah mempunyai sifat hidup dan berilmu. Tetapi dalam masa yang sama
mereka mengakui bahawa Allah S.W.T memiliki sifat kuasa dalam menentu dan
mencipta
Perkara ini merupakan sesuatu hal yang amat ganjil,Ini kerana
sifat kuasa,menentu dan mencipta ini tentu tidak dapat diakui tanpa ada sifat
hidup. Ini adalah suatu pendapat yang amat bertentangan kerana ilmu Allah itu
adalah sifat, yang mana dengannya Allah Maha Mengetahui segala-segalanya. Andainya
Allah tidak mengetahui tentulah Dia jahil,sedangkan jahil itu sifat kekurangan
yang mustahil bagi Allah.
1.3.3 Bahawa syurga dan
neraka itu bersifat fana’ iaitu akan binasa setelah dimasuki ahli-ahlinya kerana
ada kekal yg lain selain Allah dan gerak geri ahli syurga juga akan terhenti
krn tiap2 yg bergerak akan terhenti.
Wujudnya sesuatu yang kekal abadi selain Allah seperti syurga dan
neraka tertakluk kepada kehendak dan kekuasaan Allah yang Maha Kuasa dan Maha
menentukan segala-segalanya
"بلى من كسب سيّئة وأحطت به
خطيئته فأولئك أصحاب النار هم فيها خالدون ( )
Maksudnya:
Bukan demikian,yang
benar,sesiapa yang melakukan dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya,maka
mereka itulah penghuni neraka,mereka kekal di dalamnya ( )
1.3.4 Bahawa iman tidak
boleh dibelah bahagi tidak pula berlebih kurang di antara seseorang dengan yang
lain.
Dakwaan ini tentulah terang-terang menyalahi dengan sabda Nabi
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam (S.A.W);
ما
فضّلكم أبو بكر بصوم ولا صلاة ولكن بشىء وقر فى نفسه
Maksudnya:”Abu
Bakar tidak melebihi kamu dengan sebab puasanya dan sembahyangnya tetapi dengan
sebab iman yang ada dalam dirinya”
1.3.5 Iman adalah makrifah
dan kafir adalah jahil dlm mengenal
Allah dan Islam. Siapa shj yg mengenal Allah dan Islam adlh beriman.
Sekadar pengetahuan tidak sampai lg kpd iman kerana iman itu
adalah membenarkan dlm hati, melafazkan dengan lidah dan melakukan dengan
anggota
1.3.6 Kalam Allah adalah
baharu dan tidak qadim sama spt muktazilah
1.Pecahan-Pecahan
Jabariahcahan Jabariah
AL- JAHMIAH
Pengikut Jaham bin Safuan. Dia melahirkan kesesatannya di Tarmiz.
Dia bukan sahaja menaburkan ajaran Jabariah yang meletakkan dosa kepada Allah
tetapi juga menambah dengan beberapa kesesatan yang lain, antaranya adalah:
Menyatakan syurga dan neraka itu binasa kerana tiada sesuatu pun
yang kekal abadi.
AL-
TABARIAH
Pengikut
al-Husin bin Muhammad al-Najam.
Antara
ajarannya adalah:
Bersama
dengan golongan Muktazilah yang menafikan sifat ilmu, berkuasa, berkehendak,
hidup, mendengar dan melihat. Menafikan melihat Allah pada hari kiamat.
AL- DIRARIAH
Pengikut
Dirar bin Amru, antara ajarannya ialah:
Yang
diterima selepas wafatnya Nabi Muhammad adalah ijmak sahaja. Segala yang diambil daripada Nabi Muhammad secara ahad
(tunggal) tidak diterima. Ii.Adanya pancaindera tambahan daripada yang ada bagi
melihat Allah pada hari kiamat. Menafikan
melihat Allah pada hari kiamat.
Pandangan Ulama’
Para sarjana Salaf dan
Khalaf menolak fahaman ini dengan sekeras-kerasnya. Antara mereka adalah
sahabat Nabi Muhammad iaitu Abdullah bin Abbas. Beliau menegaskan kepada
pengikut Jabariah, “Adakah kamu menyeru orang supaya bertakwa kepada Allah,
sedangkan kamu menyesatkan orang-orang yang bertakwa.
Ulama bersepakat dlm
menghukum mrk sbg fasik dan tidak sampai kpd kafir. Hasan alBasri berkata;
“sesiapa yg tidak beriman kepada Allah, qada’ dan qadarnya sesungguhnya dia
telah menjadi kafir. Sesiapa yang meletakkan dosanya kpd Allah juga telah
menjadi kafir”
No comments:
Post a Comment