Wednesday, September 21, 2011

Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah (Part II)


Mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah (Bahagian 2)

Aqidah membawa erti pegangan dan kepercayaan seseorang. Pegangan dan kepercayaan ini pula terbahagi kepada dua iaitu benar atau salah. Aqidah yang benar merupakan kunci kepada segala penerimaan ibadah. Tanpa aqidah yang benar Allah tidak akan menerima segala amalan salih. Hubungan aqidah dan amalan salih ini berdalilkan firman Allah yang bermaksud:

Dan barangsiapa melakukan amalan salih dari kalangan lelaki ataupun wanita dalam ia beriman (beraqidah dengan aqidah yang betul) maka merekalah yang akan dimasukkan ke dalam syurga dan tidak akan dizalimi walaupun sedikit.”(Al-Nisa’ ayat 124)

Daripada 'Auf bin Malik bahawa baginda saw bersabda:

Maksudnya: "Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan. Satu golongan daripada mereka itu dalam syurga dan yang tujuh puluhnya dalam neraka. Orang-orang Nasara pula berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu golongan mereka dalam neraka, dan satu golongan dalam syurga. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada dalam tangan kekuasaannya, benar-benar umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, satu golongan berada dalam syurga dan tujuh puluh dua dari mereka dalam neraka.Baginda ditanya: Siapakah mereka (yang masuk syurga) itu?". Jawab Baginda "Jama'ah".

'Irbad bin Sariyah, bahawa Nabi S.A.W. bersabda:

Maksudnya: "Hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah; hendaklah kamu dengar dan taat (kepada pemimpin kamu) walaupun ianya seorang hamba Habsyi. Dan kamu akan melihat selepasku perselisihan yang teruk dan berat (ikhtilafan shadidan). Maka hendaklah kamu berpegang kepada perjalanan sunnahku dan sunnah atau perjalanan hidup para Khulafa' al-Rashidin yang mendapat hidayat dari Tuhan. Hendaklah kamu berpegang kepada perjalanan itu dengan gigi geraham kamu. Jaga-jagalah diri kamu daripada (mengada-adakan atau mengikut) perkara-perkara baru (dalam urusan agama); maka sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah kesesatan".

Dasar-Dasar Akidah

Pertama

Mengithbatkan hakikat-hakikat dan ilmu-llmu. Pertamanya ilmu yang badihi iaitu secara tersendiri tanpa difikirkan. Keduanya ilmu yang bersifat hissi iaitu melalui pengalaman pancaindera dan ketiganya ilmu istidlali iaitu yang datang dengan manusia mengambil dalil dengan menggunakan akalnya.

Kedua

Tentang barunya alam ini. Mereka telah ijma'kan bahawa alam itu adalah segala sesuatu yang selain daripada Allah, mereka ijma'kan bahawa sesuatu yang selain daripada Allah dan selain daripada sifat-sifatnya yang azali adalah makhluk yang dijadikan serta diciptakan oleh Allah. Mereka juga bersepakat bahawa Tuhan yang menjadikan itu bukan makhluk, bukan yang diciptakan dan bukan daripada jenis alam ini dan bukan daripadajenis sesuatu daripada juzuk alam ini.

Ketiga

Berkenaan dengan Tuhan yang menciptakan alam serta Sifat-SifatNya. Pada Ahli's-Sunnah, segala sesuatu yang baru itu mesti ada yang menjadikannya dan mengadakannya dan mereka berpegang kepada pegangan bahawa Tuhan yang menjadikan alam ini Dialah yang menjadikan jisim-jisim dan 'arad-'arad.

Keempat

Berkenaan dengan sifat-sifat yang ada pada Zat Allah, Ahli's Sunnah berpegang kepada pegangan bahawa sesungguhnya Ilmu Allah, QudratNya, HayatNya, IradatNya, Sama'Nya dan BasarNya, serta KalamNya adalah sifat-sifatnya yang azali serta abadi.

Antara Iktikad ASWJ

a. Al-quran bukan makhluk - mereka yakin al-quran adalah kalam Allah yang bersifat qadim dan bukan makhluk iaitu bersifat baru. Al-Qur’an adlh manifestasi dr Kalamullah yg qadim sdgkan suara,huruf adalah baharu.

b. Melihat Allah - Menurut ahli sunnah wal jamaah orang mukmin dapat melihat Allah di syurga pada hari qiamat sebagaimana yang disebutkan dalam al-quran dan hadis sahih

c. Pelaku dosa besar - Orang yang melakukan dosa besar tetap dikira sebagai mukmin kerena imannya masih ada tetapi dikira fasik kerana telah melakukan dosa besar

d. Iman bertambah dan berkurang - Ahli sunnah berpendapat bahawa iman seseorang boleh bertambah dan berkurang

e. Perbuatan hamba – manusia bebas berbuat krn diberi ikhtiar, segala perbuatan adlh krn manusia bkn sbb takdir Allah, tetapi segalanya yg berlaku adlh takdir Allah.

f. Masalah berkaitan dengan ayat mutasyabihat (ﻣﺘﺸﺎﺑﻬﺎت ) mengenai sifat Allah Ta‘ala. ulama Salaf memilih jalan tidak mentakwilkan secara tafsiliyy ﺗﻔﺼﻴﻠﻲ menafikan makna zahirnya dan diserahkan makna sebenar kepada Yang Maha Mengetahui tanpa berpegang dengan zahirnya, tanpa menyandarkan sifat tasybih, tajsim dan bertempat bagi zat Allah.

g. Sifat Allah bukan Dzat dan bukan lain dr Dzat.

h. Allah berkehendak kpd kebaikan dan keburukan.

i. Allah tidak wajib : Buat yg baik dan terbaik, Mengutus rasul-rasul dan memberi pahala kpd si taat dan siksa kpd penderhaka

j. Allah beri beban atas kesanggupan manusia.

k. Nabi Muhammad dikuatkan dgn mukjizat.

l. Kebangkitan di akhirat, pengumpulan manusia (hasyr), pertanyaan Mungkar dan Nakir, siksa kubur, timbangan amal, shirath…semuanya adalah benar.

m. Semua sahabat adalah adil.

n. Sepuluh sahabat yg dijanjikan syurga

o. Ijma’ adalah suatu kebenaran yg harus diterima.

p. Mukmin fasiq akan ke syurga stlh selesai siksaan neraka.

Siapa ASWJ

1. Mereka yang mempunyai dan berkeyakinan tentang bab-bab mengesakan Allah, nubuwwah, hukum-hukum wa'd dan wa'id,pahala, balasan azab, syarat-syarat ijtihad dan imamah, serta mereka menjalani jalan agama yang demikian ini.

2. Mereka yang terdiri daripada imam-imam dalam ilmu fiqh yang beri'tikad tentang dasar-dasar agama (usulu'd-din) mazhab yang percaya kepada sifat-sifat Allah, ZatNya dan mereka yang bersih daripada pegangan Qadariyah dan Mu'tazilah.

3. Mereka percaya kepada harusnya memandang Wajah Allah di akhirat dengan pandangan mata tanpa tashbih dan ta'til, serta mereka mempercayai bangkit dari kubur serta soalan Munkar dan Nakir di dalamnya, juga percaya kepada Kolam Nabi, Sirat, Shafa'at dan keampunan dosa dan mereka tidak mensyirikkan Allah. Mereka percaya kepada kekalnya ni'mat syurga kepada ahlinya dan kekalnya azab neraka kepada ahlinya.

4. Mereka yang percaya kepada Imamah Abu Bakar, 'Umar, 'Uthman dan 'Ali serta mereka memuji golongan salaf as-Salih dengan pujian yang baik dan Mereka ini juga berpegang kepada wajibnya istinbat hukum hukum Syari'at daripada Qur'an dan Sunnah dan ijma' para Sahabat, serta mereka memegang kepada ajaran harus menyapu kasut panjang (dalam wudhu') dan berlakunya tiga talak, dan juga mereka mengharamkan mut'ah serta wajibnya taat kepada Sultan di dalam perkara yang bukan ma'siat terhadap Allah.

5. Mereka yang mempunyai ilmu yang cukup tentang jalan-jalan riwayat hadith-hadith Nabi S.A.W. serta sunnah-sunnah yang datang daripada Baginda S.A.W. serta mereka boleh membezakan antara riwayat-riwayat yang sahih, yang 'sakit', dan mereka tahu tentang sebab-sebab 'cedera'nya para periwayat, dan 'adil'nya mereka (dan oleh itu riwayat mereka boleh diterima) dan mereka tidak mencampuradukkan ilmu mereka itu dengan sesuatu daripada ahli hawa nafsu yang sesat.

6. Mereka yang mempunyai ilmu yang mencukupi berkenaan dengan segi-segi pembacaan Qur'an (qira'at) serta segi-segi tafsir ayat-ayat Qur'an dan ta'wil-ta'wilnya yang sesuai dengan mazhab Ahli's Sunnah wal-Jama'ah, dan bukan ta'wil-ta'wil mengikut ahli-ahli aliran-aliran yang sesat itu.

7. Mereka yang mempunyai ilmu yang cukup tentang jalan-jalan riwayat hadith-hadith Nabi S.A.W. serta sunnah-sunnah yang datang daripada Baginda S.A.W. serta mereka boleh membezakan antara riwayat-riwayat yang sahih, yang 'sakit', dan mereka tahu tentang sebab-sebab 'cedera'nya para periwayat, dan 'adil'nya mereka (dan oleh itu riwayat mereka boleh diterima) dan mereka tidak mencampuradukkan ilmu mereka itu dengan sesuatu daripada ahli hawa nafsu yang sesat.

Kesimpulan

Ancaman terhadap Ahli Sunnah datang dari pelbagai sudut, sama ada dari golongan yang meng-izhar-kan mereka bukan Islam seperti Yahudi dan Kristian mahupun golongan yang mendakwa sebagai Islam seperti puak Syi‘ah, Wahhabiyyah, Hizb al-Tahrir, Ikhwanjiyyah (Khawarij), Islam Liberal, Sisters In Islam dan banyak lagi. Ini merupakan ujian Allah terhadap mereka yang berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama‘ah di zaman kini supaya memperjuangkan sunnah (aqidah dan syari‘at).

hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bayhaqiyy yang bermaksud:

Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku (aqidah dan syari‘atku) ketika rosaknya umatku, maka baginya pahala syahid.”

No comments:

Post a Comment

IKLAN