Tuesday, May 10, 2011

Kaedah Penilaian




KAEDAH PENILAIAN

Ciri2 Penilain Kendalian Kendiri

Bersistem

• merancang

• menentukan instrumen

• melaksana

• menganalisis

• merekod

• melapor

• tindakan susulan

Ciri2 Penilaian Kendalian Kendiri

Pelbagai kaedah

• pemerhatian

• lisan

• penulisan

Menekankan Perkembangan Individu

• berdasarkan kemampuan individu dan bukan untuk perbandingan antara individu

Menggalakkan Penilaian Kendiri

• melatih p menilai kemajuan sendiri secara berterusan

• pengajar mendapat maklumat tambahan

Membolehkan Tindakan Susulan

• mengatasi kelemahan pembelajaran

• mempertingkatkan kekuatan pembelajaran

KAEDAH PENILAIAN

• lisan

• penulisan

• pemerhatian

Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk :

Mengesan serta-merta

- mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta dalam pengajaran harian

- tidak memerlukan instrumen yang khusus

Mengesan kemajuan

- mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran

- perlu dirancang secara individu atau kumpulan

- menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian bertulis

Mengesan pencapaian

- mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir program

- perlu dirancang secara individu

- dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan ujian lisan

APA GUNA PEMERHATIAN?

Digunakan untuk menilai

- sikap

- perlakuan/amalan

- amali

- kemahiran manipulatif

- kemahiran bersosial

- kemahiran belajar

- kemahiran kinestetik

- kemahiran literasi komputer

- kemahiran mereka cipta

Perlaksanaan Pemerhatian

• Pemerhatian proses dan hasil kerja seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan pengajar menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran.

• Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu pendidik melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan.

• Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar/marking scheme.

Latihan (kumpulan 2 orang)

1. Bina satu senarai semak untuk mengukur prestasi pelajar bagi satu tajuk pilihan anda.

2. Bina skala kadar untuk mengukur pencapaian pelajar anda dalam satu tajuk pilihan.

3. Beri garispanduan cara menggunakan ke dua-dua instrumen tersebut.

PENILAIAN SECARA LISAN

APAKAH GUNA?

Untuk mendapat maklumat hasil interaksi:

- pelajar dengan pendidik

- pelajar dengan pelajar

- pelajar dengan bahan pembelajaran

Apa aspek yang boleh dinilai secara lisan?

- kefahaman konsep

- pengetahuan fakta

- pemikiran peringkat tinggi

- kecekapan mendengar

- penggunaan bahasa yang tepat

- kecekapan metematik

- gaya persembahan/ kelancaran berbahasa

- pertuturan dan sikap


PENILAIAN PENULISAN

Bagaimana ia dilakukan?

- karangan

- laporan projek/kerja kursus/folio

- latihan dan ujian bertulis

- huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta.

Apa kemahiran yang diukur?

- kemahiran menulis

- menyusun idea

- perbendaharaan kata

- mengaplikasi

- mentafsir

- menilai

- mempertahan/menyokong hujah

- menyebar idea/ buat rumusan/cadangan

Menyediakan soalan-soalan yang sahih, apa yang perlu diambilkira?

soalan menepati kemahiran yang akan diuji

bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami

bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan

aras kesukaran soalan dipelbagaikan

skema pemarkahan disediakan

Latihan: Kumpulan 3 orang

1. Sedia 10 soalan mengikut kemahiran yang hendak dinilai untuk satu topik pilihan (nyatakan jenis kemahiran)

2. Sedia skema pemarkahan berdasar 10 soalan tersebut (tunjuk jadual spesifikasi-taksonomi Bloom).

3. Taksonomi Bloom: Pernyataan Hasil Pembelajaran

TINDAKAN SUSULAN TERANCANG

mengikut keperluan pelajar.

gaya pembelajaran

pelbagai kecerdasan

pengukuhan dan pengayaan,

belum menguasai perlu diberi pemulihan.

Ujian Rujukan Kriteria (URK)

mengetahui sejauh mana p menguasai sesuatu kemahiran atau topik.

memberi maklumat tentang penguasaan p berdasarkan kriteria yang ditetapkan

Kriteria tersebut berasaskan hasil pembelajaran yang terdapat dalam SP

membantu menentukan sama ada p perlu diajar semula atau boleh beralih dan maju ke topik seterusnya.

berkait rapat dengan pembelajaran masteri

pembelajaran masteri

setiap pelajar berkebolehan menguasai apa yang diajarkan sekiranya diberi masa yang mencukupi,

Dilaksanakan berasaskan tahap kemajuan seseorang murid.

Bahan pembelajaran dibahagikan kepada unit-unit pembelajaran daripada yang mudah kepada yang lebih sukar.

Menggunakan ujian formatif untuk mengesan kemajuan p

Menggunakan maklum balas yang tepat tentang apa yang telah atau belum dikuasai p.

Melaksanakan aktiviti pemulihan dan menjalankan aktivitipengayaan mengikut tahap pe nguasaan .

Ujian rujukan norma

merujuk kepada ujian yang mengukur pencapaian seseorang berbanding pencapaian p lain

bersifat sumatif – seperti ujian akhir semester untuk tujuan pemilihan dean’s list, klas 1,2,3.

digunakan semasa proses menentukan aras kesukaran item dalam menghasilkan set soalan yang bermutu

ANALISIS ITEM

mengkaji ciri item sama ada sesuai atau tidak untuk dijadikan alat mengukur penguasaan p.

menentukan kualiti item yang melibatkan kesahan dan kebolehpercayaan item.

Mengenal pasti item yang sukar atau senang dan item yang boleh membezakan antara s yang berpencapaian tinggi dan rendah.

menambahkan koleksi item yang baik untuk disimpan dalam bank item bagi tujuan digunakan semula.

Aras kesukaran item

Untuk item objektif yang skornya berbentuk dikotomus (betul/salah)- dinyata dlm peratus atau kadar bilangan murid yang memberi respons dengan betul = indeks kesukaran item

Contoh:

Item A yang direspons betul oleh 80 daripada 100 orang murid, indeks kesukarannya ialah 80% atau 0.8

Item B yang direspons betul oleh 30 daripada 100 orang murid, indeks kesukarannya ialah 30% atau 0.3.

INDEKS KESUKARAN ITEM SUBJEKTIF

item subjektif yang skornya boleh bernilai 0, 1, 2, 3, ….atau tidak dikotomus, indeks kesukarannya ditentukan dengan mencari peratus skor min (skor purata) atau kadar skor min.

Indeks kesukaran item (K)= Skor Purata

Skor Maksimum

Contoh: Satu item yang skor maksimumnya 5 direspons oleh 10 orang siswa dengan skor masing-masing 2, 2, 0, 1, 3, 4, 0, 2, 1 dan 5 maka Skor Purata =2 + 2 + 0 + 1 + 3 + 4 + 0 + 2 + 1 + 5 = 2 10

Indeks kesukaran item (K)

= 2/5 atau 2/5 x 100% = 0.4 atau 40%

Item yang mempunyai indeks kesukaran

0.7 ke atas dikelaskan sebagai mempunyai aras kesukaranrendah

Item yang mempunyai indeks kesukaran 0.3 ke bawah dikelaskan sebagai mempunyai aras kesukaran yang tinggi

Indeks Kesukaran Aras Kesukaran

0.3 ke bawah Tinggi

0.31 – 0.69 Sederhana

0.7 ke atas Rendah

INDEKS DISKRIMINASI ITEM

membezakan siswa berpencapaian rendah daripada siswa berpencapaian tinggi.

Jenis Diskriminasi Nisbah Betul

Langkah-langkah menentukan aras diskriminasi

Susun kertas jwapan mengikut markah tertinggi kepada markah terendah.

Bahagikan kertas ujian tersebut kepada dua kumpulan yang sama banyak, - ambil (50%@25%) markah tinggi dan (50%@25%) markah rendah.

Kirakan nilai indeks kesukaran (K) bagi setiap kumpulan markah tertinggi (K t) dan terendah (K r).

Cari perbezaan nilai K bagi kedua-kedua kumpulan tersebut untuk mendapat nilai indeks diskriminasi iaitu:

D = Kt – K r

No comments:

Post a Comment

IKLAN