Wednesday, November 2, 2011

Perbezaan 4P


PENTAKSIRAN

Pentaksiran ialah proses pengumpulan maklumat untuk membuat keputusan berdasarkan sesuatu peraturan atau piawaian.

Pentaksiran meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri yang diperolehi seseorang individu

Pentaksiran membawa maksud yang berbeza daripada penilaian iaitu skop penilaian lebih luas daripada penilaian

Pentaksiran termasuk penilaian formal dan tak formal

Mengukur dan menilai adalah aktiviti penaksiran terhadap proses pengajaran dan pembelajaran

Di bilik darjah penaksiran ialah proses mengumpul dan menafsir maklumat tentang pelajar untuk membuat keputusan yang dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran

Pentaksiran termasuk penilaian formal dan tak formal.

PENILAIAN

Penilaian ialah keseluruhan proses pengumpulan maklumat yang berguna untuk digunakan di dalam membuat keputusan.

penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.

Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.

Dari segi pengajaran dan pembelajaran, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai.

Contoh seorang guru menilai pelajarnya sama ada pandai atau tidak berdasarkan markah yang diperolehi oleh pelajar dan rekod sebelumnya

Dalam pendidikan proses penilaian melibatkan:

Perancangan yang rapi bagi menilai perkara & objektif pembelajaran aktiviti penilaian termasuk analisis hasil pengukuran kuantitatif & kuaalitatif tingkahlaku dan membuat pertimbangan nilai terhadap tingkahlaku itu

Penilaian ke atas murid adalah lebih daripada pengukuran atau pengujian dan memberi makna yang sangat luas

Dalam bilik darjah penilaian:

Proses mengumpul maklumat tentang strategi atau aktiviti P@P

Menganalisis/membuat keputusan dan merancang tindakan sewajar

Proses yang sistematik untuk dapatkan maklumat bagi tentukan pencapaian sesuatu objektif & arah P@P

PENGUKURAN

Pengukuran ialah prosedur untuk menggambarkan ciri-ciri atau tingkah laku yang diukur dengan menggunakan NOMBOR supaya terdapat pertalian antara dunia nyata dengan apa yang diukur mengikut peraturan tertentu seperti memperuntukan markah kepada pelajar selepas diberi ujian

Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran, kewujudan ciri “penguasaan” sesuatu isi yang diajar oleh guru kepada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian

Dalam pengajaran fungsi pengukuran adalah seperti berikut:

i. Mengesan hasil-hasil pembelajaran yang diperolehi

ii. Mengesan hasil-hasil kemahiran yang diperolehi

iii. Mengesan kemahiran yang dicapai dalam aspek pembelajaran yang lain

Dari segi pentadbiran;

i. Mendapat maklumat untuk pengaliran (streaming) @ pengumpulan murid-murid

ii. Mendapat maklumat untuk bimbingan

iii. Mendapat maklumat untuk kecekapan guru

iv. Mendapat maklumat untuk rekod prestasi & rekod profil untuk maklumat kepada murid

PENGUJIAN

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu pelajaran

Ia merupakan satu kaedah atau prosedur yang sistematik untuk membuat pemerhatian terhadap sampel tingkah laku seseorang dan memerihalkannya dengan satu skala nombor atau skala kategori.

Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam satu mata pelajaran tertentu

Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.

ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran .

Tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat

Untuk memastikan penilaian yang berkesan dan sempurna dalam pengajaran dan pembelajaran, pengujian yang berkualiti perlu dilaksanakan

Perbezaan Pengujian,Pengukuran Dan Penilaian

Jenis Perbezaan

Pengujian

Pengukuran

Penilaian

Pengertian

Proses menentukan perubahan tingkahlaku

Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan di antara pelajar

Proses membuat analisis dengan mentafsir hasil pengukuran

Tujuan

Menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu pembelajaran

Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar

Memberi maklumat tentang pencapaian pelajar,objektif pelajaran,kaedah mengajar dan kurikulum

Kegunaan

Untuk menempatkan

pelajar ditempat yang sesuai

Untuk pengelasan, persijilan, dalam jmenempatkan pelajar dalam jurusan yang sesuai dan unutk penyelidikan

Untuk membaiki rancangan mengajar, kurikkulum, pengesanan punca kelemahan dan membuat ramalan

Bentuk

Pemerhatian, ujian, lisan dan bertulis

Ujian bertulis dengan markah dan gred

Jadual atau gred berdasarkan teknik perangkaan

Masa

Selepas sesuatu

Atau beberapa

pelajaran

Selepas beberapa

pelajaran

Sebelum semasadan selepas satu atau beberpa mata pelajaran

Proses Perlaksanaan

Persediaan ujian

Pemerhatian

pemeriksaan

Proses pengujian merekod markah dan memberi gred

Proses Pengukuran

Proses penganalisa

Prose interprestasi

Melapor tindakan

Fungsi

1. Kebertanggungjawaban

Penaksiran atau penilaian menyokong perjalanan sistem pendidikan dengan memberi maklum balas tentang keberkesanan sistem pendidikan yang sedang dijalankan.

Penaksiran memberi ruang untuk berkomunikasi dengan orang ramai tentang harapan mereka terhadap institusi pendidikan.

Orang ramai memperoleh kriteria kebertanggungjawaban yang boleh diukur dan sekolah dapat dilihat menepati piawaian yang ditetapkan.

2. Persijilan

Berbanding dengan kriteria atau piawaian yang telah ditetapkan, pelajar menunjukkan kecekapan dan kebolehan mereka dalam sesuatu bidang pembelajaran.

Pelajar dinilai dan keputusan diberi tentang sama ada pelajar berkenaan boleh diberikan sijil, dinaikkan ke kelas selanjutnya atau dimasukkan ke kelas pemulihan.

3. Pemulihan

Penaksiran digunakan untuk mencari punca kelemahan pelajar dan maklum balas yang didapati boleh membantu pelajar memperbaiki kelemahannya.

Maklum balas juga menunjukkan kepada kaedah pengajaran yang berlainan yang mungkin diambil untuk membantu pelajar belajar.

4. Memotivasikan pelajar

Penilaian juga memotivasikan pelajar untuk belajar.

Penaksiran alternatif melibatkan pelajar di dalam proses penilaian, membuat mereka sebagai orang yang berkepentingan.

No comments:

Post a Comment

IKLAN