Wednesday, November 2, 2011

Statistik Pendidikan


Statistik Pendidikan

Merupakan satu bahasa komunikasi yang digunakan untuk menerangkan ciri-ciri sampel atau kumpul objek

Membicarakan tentang sampel,mengambarkan pembolehubah dalam sampel atau pengukuran yang pengiraannya berdasarkan daripada data sampel

Data merupakan fakta atau maklumat atau angka yang membolehkan kita membuat ringkasan tentang sesuatu (perkara yang menjadi kajian)

Jadual I menunjukkan skor bagi pelajar untuk Tingkatan 3 Melati dalam ujian matematik.Guru diminta tentukan (a) Skor tertinggi (b) Skor terendah

(c) skor julat (d) Berapa orang murid yang dapat markah kurang daripada (i) 70 dan (ii) 80 (e) sekira 60 markah lulus,berapa orang murid yang gagal

Contoh Skor

70 , 50, 54, 46, 48, 70, 90, 54, 64, 75, 50, 64, 75,60 ,54

64, 64, 82, 70, 64, 80, 70, 60, 60, 70, 75, 80, 60, 64, 78

40, 46, 51, 53, 55, 56, 56, 56, 58, 61, 61, 63, 63, 64, 80

66, 68, 71, 73, 76, 79, 80, 76, 68, 72, 68, 52, 56, 94. 48

Kepentingan Statistik Dalam Pengukuran

Membantu guru mempercepatkan proses membuat ringkasan dan menerangkan maklumat tentang pencapaian pelajar,kelas,sekolah atau daerah

Memberi manafaat dalam menjelaskan makna sesuatu skor.Skor mentah mestilah diringkaskan dan dibuat inferens tentang pencapaian keseluruhan

Pengetahuan,kefahaman dan kemahiran menggunakan sesuatu teknik statistik perlu untuk membuat analisis dan penilaian tentang instrumen pencapaian

Fakta-fakta numerik yang diringkaskan menggunakan indeks statistik membantu guru membuat keputusan dan menilai pencapaian pelajar

Membaca pelaporan penyelidikan pengukuran yang dibuat di dalam dan luar negeri menggunakan statistik untuk menjelaskan sesuatu fenomena atau dapatan

Taburan markah

Taburan ialah susunan skor mentah dalam set markah dan kekerapan ialah bilangan dalam sesuatu skor atau skor yang dikumpulkan

Taburan kekerapan markah boleh ditentukan berdasarkan skor-skor mentah yang dikumpulkan

Taburan kekerapan boleh ditentukan melalui taburan jadual kekerapan

Penentuan Jadual Taburan kekerapan Himpunan (Kekerapan Longgokan)

Kekerapan himpunan sama atau kurang daripada sesuatu skor atau skor terkumpul ialah jumlah kekerapan bagi skor atau skor terkumpul atau kekerapan bagi skor atau skor terkumpul sebelumnya

Histogram

Satu jenis graf yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu taburan kekerapan dengan data yang terkumpul

Bentuk histogram terdiri daripada jalur-jalur segiempat tepat yang disusun rapat-rapat daripada jeda kelas terendah hingga jeda tertinggi

Lebar tapak setiap jalur segi empat mewakili saiz jeda manakala tingginya kekerpan bilangan murid yang memperolehi markah dalam sempadan kelas

Poligon Kekerapan-Sejenis grafgaris yang dibentuk dengan menyambung semua titik tengah di atas jalur segiempat tepat dalam sesuatu histogram dengan garis lurus

Lengkung Kekerapan- sejenis graf berbentuk lengkung licin yang dilukis dengan menggunakan kelas nilai tengah mewakili skor-skor dipaksi ufuk dan bilangan calon dipaksi tegak

Pengiraan Min, Median, Mod

Min-dihitung dengan menjumlahkan semua skor (markah) dan hasil tambahnya dibahagikan dengan jumlah bilangan skor atau jumlah kekerapan

Median-Nilai yang terletak di tempat tengah skor yang tersusun secara menaik atau menurun

Contoh 1: 45,45,59,62,70,78,80

Contoh 2 : 50,58,64,72,78,78

Mod ialah ukuran yang mempunyai kekerapan yang tertinggi dalam satu set skor

Peratus

Peratus ditakrifkan sebagai sesuatu nilai yang digunakan untuk membuat perbandingan di antara dua kuantiti apabila kuantiti dasar (keseluruhan) dinisbah dengan 100

Contoh: Dalam satu peperiksaan Calon X mendapat 42 daripada 50 item,berapa peratus calon X memperolehi markah

Pangkatan

Kedudukan sesuatu skor berbanding skor-skor yang lain.Nilai skor tertinggi diberi pangkat 1,yang berikutnya pangkat 2 dan seterusnya

No comments:

Post a Comment

IKLAN