Monday, June 29, 2009

Kematian itu tiba-tiba...


Pagi tadi jam 4.14pg, aku bertolak ke Putrajaya untuk mesyuarat penggubalan soalan siri 1/2009. Ketika di Penjom sekitar jam 4.30pg semua kenderaan berhenti dan tidak diketahui puncanya (agaknya berlakunya kemalangan). 10 minit kemudian datang ambulan dari Kuala Lipis dan pastilah ada kemalangan.

Agak lama juga menunggu hampir 1/2 jam baru kenderaan bergerak semula dan ketika melintasi kawasan kemalangan tersebut sebuah kereta remuk dibahagian depan kerana melanggar belakang sebuah lori. Kelihatan sekujur tubuh dibaluti kain batik ditepi jalan dengan berlumuran darah. Pastinya roh telah berpisah dari jasad.

Sepanjang perjalanan seterusnya aku memikirkan, mungkin malam tadi arwah bertolak dari kampung untuk balik ke tempat kerja dan tidak langsung sesiapapun mengetahui apa yang akan terjadi pada jam mungkin sekitar 4.20pg akan perginya seorang yang dikasihi. Itulah hakikat sebuah kematian yang berlakunya tidak siapa pun mengetahui dan menyedarinya.

Mungkin semalam arwah masih bergembira bersama keluarga dan sanak saudara dan kawan2, mungkin arwah merancang banyak perkara untuk hidupnya, mungkin merancang untuk membeli kereta baru, rumah baru dan sebagainya, mungkin berhasrat untuk ke sana dan ke sini TETAPI segala perancangan itu terhenti dengan suatu noktah.kematian.

Iktibar utk diriku dan sesiapa jua jadikanlah semua amal perbuatan yang dilakukan sebagai pahala kerana hanya itu yang akan dibawa kita untuk bertemu dengan-Nya. jadi beramallah kerana ALlah dan mengharapkan redha-Nya selagi kita masih diberi modal hidup oleh Allah bukan hanya modal insan.

No comments:

Post a Comment

IKLAN