Tuesday, August 4, 2009

AKU TAK YAKIN?

Menyakinkan diri sendiri sebenarnya sangat mudah kerana yang nak diyakinkan itu sangat anda kenali iaitu diri anda sendiri. Dan sebenarnya hendak menyakinkan orang lagi susah kerana anda tidak kenal mereka dengan sebenarnya. Oleh itu kalau anda sendiri gagal untuk meyakinkan diri anda sendiri, MANA MUNGKIN kita dapat menyakinkan orang lain. Jadi bagaimana hendak menyakinkan diri sendiri..ada tak tip-tip tertentu yang mudah untuk diamalkan dan kesannya kita akan rasa bertambah yakin. Anda tidak perlu menyakinkan orang lain tetapi anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja....Sedikit tip untuk meyakinkan diri sendiri.

1. Selalu kata yang baik-baik terhadap diri sendiri. contohnya aku boleh buat, aku pandai, dan kalau anda sememangnya tidak boleh buat atau tak pandai.. tetap kata pada diri anda yang positif contohnya...tak lama lagi aku mesti boleh buat punya..ala adatlah takkan nak terus pandai..mana syok kalau buat terus jadi, baca terus faham, jawab terus betul...tak ada thrill lah, tak ada cabaran. Hidup ni kalau tak ada cabaran mana ada keseronokkan... dan apa-apalah yang anda fikir boleh menaikkan semangat anda. Dan lagi kalau anda terasa buat silap dan salah atau menyusahkan orang lain cepat-cepat maafkan diri sendiri. Ala.. kalau bukan anda yang maafkan diri anda siapa lagi. MANA MUNGKIN orang lain boleh tolong maafkan bagi pihak diri anda sendiri.

2. Buat perkara yang kecil-kecil dulu dan beransur-ansur. Sebenarnya tiap-tiap perkara yang berlaku dalam dunia ni bermula dari yang kecil dan baru jadi besar. Contoh banyak sangat. fikirlah. Kita juga tak boleh abaikan yang kecil2 kerana kalau kita abai yang kecil pasti yang kecil tak akan jadi besar. Sentiasa teliti dan teliti dalam buat sesuatu perkata. Contohnya kalau anda takut nak bercakap di hadapan orang ramai janganlah terus pergi berucap di hadapan orang ramai. Mula-mula bercakap dulu dengan diri anda sendiri. Macamana? cakap depan cermin. cakap puas-puas, sampai anda rasa tak malu lagi pada diri anda sendiri. Yelah..kalau dekat diri sendiri pun anda malu, MANA MUNGKIN anda tidak malu di hadapan orang lain.

3. Sebenarnya orang tak tahupun yang kita tak berapa yakin. Mana ada manusia yang tahu isi hati orang lain. Betul. Anda tahu isi hati orang lain. Tak tahu kan? Eh orang lain pun gitu. Kita sama sahaja..bezanya cuma amalan kita...Jadi kalau orang tak tahu, bolehlah kita buat-buat yakin, berlakon...macam yakin...tapi sebenarnya dalam hati kita punyalah takut. teruskan berlakon jangan bagi orang nampak ketidakyakinan kita. Kan dunia ni pentas lakonan....teruskan berlakon lama-lama anda akan biasa dengan lakonan tersebut dan sebati dalam diri anda. Ketika itu anda tidak perlu lagi berlakon...itulah DIRI ANDA yang telah YAKIN.

4. Baca sikit kisah ini......

Kisah Keyakinan Diri Joan of Arc amat menarik perhatian saya. Joan of Arc pada umur 17 tahun, seorang pengembala kambing biri-biri yang miskin di Perancis, amat percaya yang dia telah mendapat ilham dari Tuhan bahawa beliau harus mengetuai bala tentera Perancis untuk menentang tentera-tentera Inggeris yang amat sukar dikalahkan. Tentera-tentera Perancis telah kehabisan idea tentang bagaimanakah lagi cara menepis serangan-serangan serta mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Kerana terlalu kekalutan, mereka telah merayu kepada sesiapa sahaja di kalangan rakyat Perancis untuk tampil ke hadapan memberi idea tentang bagaimanakah lagi cara menentang tentera-tentera Inggeris.

Joan of Arc seorang gadis yang masih amat muda itu telah tampil ke hadapan dengan keyakinan yang begitu tinggi, berapi-api - amat yakin sekali - seyakin-yakinnya! bahawa ia telah mendapat ilham dari Tuhan yang dia sahajalah yang akan dapat memimpin bala tentera Perancis bagi mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Keyakinannya yang sungguh kental dan mengkagumkan itu telah memberi harapan baru kepada pucuk pimpinan tentera Perancis. Beliau telah diberi tugas berat; mengepalai tentera Perancis yang sedang menghadapi kebuntuan dan kemelut itu!

Keyakinan si gadis ini yang tidak dapat dipertikaikan lagi itu telah menyemarakkan semangat seluruh tentera dan rakyat Perancis. Dengan keyakinan dan pimpinan Joan of Arc, mereka telah mendapat semangat dan tenaga baru untuk menyerang balas dan menggempur tentera-tentera Inggeris dengan strategi peperangan yang berbisa serta keyakinan dan semangat juang yang tidak terperi tingginya! Ini telah amat mengejut tentera-tentera Inggeris sehingga hilang arah, kekuatan dan semangat walaupun jumlah mereka lebih ramai daripada tentera-tentera Perancis - kelamkabut serta bertempiaran tentera-tentera Inggeris! Lantas, Perancis meraih kemenangan besar!

No comments:

Post a Comment

IKLAN