Saturday, August 29, 2009

Erti Ramadhan



Alhamdulillah..sekali lagi kita diberikan peluang oleh Allah untuk bertemu dengan Ramadhan. Untuk tahun-tahun akan mendatang kita belum pasti lagi. Namun inilah antara janji Allah kepada Nabi Muhammad yang risaukan tentang umur umatnya yang pendek... Memang Nabi Muhammad saw sentiasa risaukan umatnya dan ini menunjukkan beliau sangat menyayangi umatnya. Ini kerana Nabi Muhammad saw merasakan umur yang ada pada umatnya tidak mencukupi untuk membolehkan mereka beramal dan seterusnya mendapat syurga Allah swt. Lalu Allah mengurniakan kepada umat Muhammad kelebihan yang tidak diperolehi oleh umat nabi lain. Antaranya umat Muhammad sikit beramal tapi banyak pahalanya. Ramadhan adalah contoh terbaik. Semua pahala digandakan bahkan sehingga menyamai seribu bulan. Tidakkah ini dengan jelas membuktikan kelebihan dan kasih sayang Allah kepada Nabi Muhammad dan umatnya.

Oleh yang demikian, berusahalah kita pada bulan mulia ini untuk mengumpul sebanyak mungkin modal yang akan kita guna di akhirat kelak. Di samping itu ia juga bulan latihan dalam mempraktikkan akhlak yang soleh. Kita diajar agar menjaga dari melakukan maksiat dengan harapan ia akan kekal setelah tamat sebulan berpuasa. Moga-moga Allah terus memberi petunjuk kepada kita untuk terus beribadah kepada-Nya. Amin ya rabbal 'alamin.

No comments:

Post a Comment

IKLAN