Sunday, August 2, 2009

Ikhlaskan diri dalam amalan



Selalu kita merasa risau akan pandangan orang terhadap diri kita. Kadang-kadang kita merasakan apa yang kita buat serba tidak kena. Kita buat baik orang tak nampak baik tapi kalau kita buat jahat terus orang nampak dan kita rasa orang kata kita macam-macam..betul ke?Sebenarnya dalam membuat apa sahaja perbuatan samada ibadat khusus ataupun ibadat umum, kita tidak sepatutnya risau dengan apa yang orang kata (betul ke orang kata)sebab kita sebenarnya sedang melakukan amalan yang kedua-duanya dikira pahala oleh Allah dan manusia tidak memberi apa-apa pun ganjaran. Oleh itu kenapa kita rasa risau sangat dengan anggapan dan andaian orang. Niatkan sahaja amalan kita itu seikhlasnya kepada Allah swt kerana hanya Dia pemberi ganjaran yang paling baik.

Dari Abu Musa, yakni Abdullah bin Qais al-Asy'ari r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w.
ditanya perihal seseorang yang berperang dengan tujuan menunjukkan keberanian, ada lagi yang berperang dengan tujuan kesombongan - ada yang artinya kebencian - ada pula yang berperang dengan tujuan pameran - menunjukkan pada orang-orang lain kerana ingin menunjuk-nunjuk. Manakah di antara semua itu yang termasuk dalam jihad fi-sabilillah?


Rasulullah s.a.w. menjawab:
"Barangsiapa yang berperang dengan tujuan agar kalimat Allah - Agama Islam - itulah
yang luhur, maka ia disebut jihad fi-sabilillah
." (Muttafaq 'alaih)

Hadis ini dengan jelas menerangkan semua amal perbuatan itu hanya dapat dinilai
baik, jika baik pula niat yang terkandung dalam hati orang yang melakukannya.Maksud Rasulullah tidak termasuk dalam jihad yang berjihad kerana menunjukkan keberanian, kebencian dan menunjuk-nunjuk. Walaupun zahirnya kelihatan mereka bersungguh-sungguh berjuang bermati-matian kerana Islam.

Dan lagi jika kita beramal untuk kelihatan baik di mata manusia dan supaya dianggap baik dan hebat oleh manusia dan supaya manusia mendampingi kita. Kadang-kadang kita banyak berlakon dihadapan manusia sekadar hendak menunjukkan yang kita ni baik serta nampak baik.Hasilnya kita rasa seronok berbuat demikian dan jadilah amalan kita untuk manusia dan bukan untuk Allah swt.

Allah berfirman; "pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan Yang demikian itulah ugama Yang benar".


No comments:

Post a Comment

IKLAN