Tuesday, November 3, 2009

Meramal Kiamat?



Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500
tahun..... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita
ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066.....



Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumimenghala ke bumi... Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014.
Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...
Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi...
Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi..
Dan planet ini lebih besar daripada bumi...
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....

Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007....
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan
semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun
dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..
Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062...
Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066....

* Wallahu'alam... Semua ini telah dikaji...
Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan
bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun....
Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun...
Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara
berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu artikel
seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak
kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj
yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh
Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang
jangan risaula..aman dunia akhirat..sama-sama kita doakan
kesejahteraan untuk semua umat Islam..

P/s : plz sebarkan msg nie kat semua kgkawan kite yg beragama Islam....

Wallahua'lam...

Demikianlah beberapa dakwaan tentang kejadian Qiamat yang telah diramalkan oleh sesetengah manusia yang menjangkakan mereka tahu bila berlakunya qiamat. sedangkan urusan mengenai qiamat hanyalah dalam pengetahuan Allah semata-mata, hatta Nabi pun tidak tahu mengenai bila qiamat akan berlaku.

Pendirian kita sebagai seorang Islam adalah beriman dengan perkara-perkara ghaib setakat yang dikhabarkan oleh Allah dan Rasul-Nya sahaja. Tidak lebih daripada itu kerana akal manusia tidak mungkin dapat mengetahui perkara ghaib.

Persoalannya adakah salah jika kita hanya meramalkan sahaja? Nampak seolah-olah tidak salah kan? Ye lah sebab hanya meramalkan sahaja belum tentu benar dan salahnya..betul atau tidak hanya Allah yang mengetahui..

Tetapi adakah kita disuruh meramalkan tentang qiamat? Tidak sesekali kita tidak diminta meramalkan qiamat TETAPI kita dikhabarkan oleh Nabi yg Mulia, Muhammad saw akan tanda-tanda berlakunya qiamat samada yang kecil dan juga tanda yang besar. Setakat itu sahaja. Noktah. Pendirian kita adalah jelas dan tiada unsur-unsur meramalkan bila berlakunya qiamat.

Kenapa tidak boleh meramalkan qiamat?

Ini disebabkan oleh kita merasa bimbang kemungkinan ramalan itu akan menjadi kepercayaan dan keyakinan dalam diri kita dan akhirnya seolah-olah kita terlebih tahu dari Rasul2 dan Nabi dan berkemungkinan menyamai pengetahuan Allah. Nauzubillah...dan ini boleh membawa kesesatan dalam mempercayai perkara-perkara yang ghaib dan boleh mengelincirkan akidah kita.

Sebenarnya ada sebab dan hikmah, Allah menyembunyikan bila berlakunya kiamat dan berserahlah kepada Allah serta bersedialah menghadapinya kerana ia sangat hampir kepada kita. Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Jarak masa aku diutuskan dengan berlakunya Hari Kiamat adalah seperti dua jari ini "(iaitu jari telunjuk dan jari tengah).(Riwayat Muslim)

Tidakkah ini jelas menunjukkan kiamat sememangnya sangat hampir dengan kita. Tak perlulah kita mengambil bukti2 dari orang kafir (NASA ke, apa ke) sebab mereka sendiri tidak beriman kepada Allah. Dan lagi tidak perlu sama sekali kita menyebarkan berita-berita yang sedemikian dengan tujuan untuk menginsafkan orang dan sebagainya. Cukuplah dengan ribuan hadith-hadith palsu yang telah dibuat oleh orang2 jahil yang bertujuan untuk menggalakkan orang berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dah letih ulama' Islam membersihkan umat Islam dari perkara tersebut dan jangan tambah lagi dengan perkara2 yang tidak ada asal dalam Islam. Matlamat yang baik semestinya disertai dengan cara yang baik. Matlamat tidak menghalalkan cara. Wallahua'lam

1 comment:

  1. salam..ustaz blh sy dptkn hadis dan riyawat yg ustaz nyatakan dlm meramal kiamat??

    ReplyDelete

IKLAN