Saturday, November 21, 2009

Sementara Hidup sebelum Mati..


Tiba-tiba terasa kosong yang amat sangat dalam diri..kosong..kosong..o.o.o.o.o.o.o.o .o.o.o.o.o.o tanpa merasa apa-apa. Kenapa jadi begini. Kekosongan ini membuatkan aku terlintas dalam diri sesuatu yang amat patut aku fikir dan pertimbangkan selama ini dalam hidup..sepatutnya aku faham dan sangat mengerti tujuan sebenar dari kehidupan yang dipinjamkan kepada aku ini...


Semua itu telah jelas dan telah diberikan pengetahuannya kepadaku..tapi kenapa sampai ke hari ini, masih gagal aku laksanakan kehendaknya. Apa yang menghalang daripada melaksanakan tuntutan itu yang sebenarnya sangat penting dilaksanakan berbanding dengan apa yang aku cita-citakan dan aku cari selama ini. Memang benar aku terlanjur jauh dari kehendaknya. Aku sibuk mencari dan mengusahakan sesuatu yang aku tak akan bawa kemana-mana pun jika tidak kena caranya. Apa yang aku cari?..ya betul aku mencari kesempurnaan hidup yang sementara..aku sibuk mencantikkan jambatan tetapi aku tidak sibuk mengusahakan apa yang hendak ku bawa untuk bekalan di seberang jambatan.

Aku lihat manusia yang mencari dunia dengan berbagai-bagai cara demi mencapai sekeping cita-cita yang akhirnya membawa derita dan sengsara. Adakah aku juga begitu..aku fikir aku juga telah hampir sama dengan mereka. Manakan tidak dalam hidup seharian ku, fikiran asyik memikirkan apa yang belum cukup untuk dihimpunkan..apa yang aku belum dapat..apa orang sudah dapat..apa yang belum aku beli..apa yang orang telah beli..bukannya aku tak senang hati dengan apa yang mereka dapat..tapi aku rasa diri aku masih belum cukup dan kalau boleh nak dapat macam mereka dapat.

Apa yang aku cari dan apa yang telah aku berikan selama dipinjamkan modal hidup ini. Apakah aku sekadar hidup untuk mencari sesuatu yang hanya bersifat sementara sahaja.bersifat jambatan. Apakah cukup hidup ini aku habiskan dengan hanya memiliki kereta besar, bergaji besar, berumah besar, becita-cita besar dan mampu mencapai hajat dan hasrat dunia semata-mata. Adakah hanya ini...betapa ruginya aku menjadi seorang manusia yang dijadikan dengan sebaik-baik kejadian..apakah makhluk yang sebaik-baik kejadian ini hanya berfikir dan berhajatkan perkara-perkara yang bersifat dunia semata-mata. Apa bezanya aku dengan makhluk lain..nampak macam sama..memenuhi keperluan kehidupan semata-mata...

Aku rasa aku tahu apa yang aku cari dan apa yang sebenarnya ingin aku lakukan..tapi seakan sudah jauh kehilangan. Bayangannya hanya samar-samar dan hampir tidak lagi kelihatan di zaman ini. Apa yang aku cari sebenarnya telah dilitupi oleh dunia. Dunia yang semakin sehari semakin jauh menipu manusia dengan pelbagai helahnya yang licik dan hampir saja semua manusia telah terpedaya.

Ada yang terpedaya dengan kemasyhuran, ada yang terpedaya dengan banyaknya harta, ada juga yang terpedaya dengan warak ilmunya, ada pula yang terpedaya dengan kebolehan dirinya, besar pangkatnya dan berbagai lagi tipu helah dunia untuk memerangkap manusia yang alpa.

Ahh..kenapa aku bercerita tentang manusia pula..sedangkan aku sendiri masih tidak tahu kemana halanya..itulah manusia..asyik bila bercerita tentang orang dan banyak hal orang yang masih belum dicerita dan belum diketahui. Suka sangat menghukum orang, bahkan rasa hebat bila dapat hukum orang. Dia tu ..begitu.. dia ni begini dan mulut terasa ringan bila bercerita atau menghukum orang lain..sedangkan kita juga dicerita dan dihukum orang.

Aku bermonolog untuk memikirkan sejauh manakah tersasarnya aku daripada jalan kehidupan yang lurus yang telah pun ditetapkan oleh Allah s.w.t. Rasa bersalah yang amat sangat kerana dengan ilmu yang diberikan ini..aku hanya mampu berkerja untuk cari gaji sahaja..adakah cukup sekadar itu? Aku rasa..aku tidak menyumbang apa-apa untuk Islam..tapi hanya untuk perut sahaja..ya untuk perut. Semua yang berlaku adalah persoalan perut semata-mata.

Aku tidak puas dengan semua ini..kepuasan yang aku dambakan bukanlah dari segi material semata-mata. Benda...material..harta..rumah..kereta..wang berjuta..tidak membawa kemana. Suatu masa ia akan diambil balik oleh pemiliknya..apa yang tinggal adalah amal dan pahala..yang sebenarnya sangat mudah dicari dan diusahakan dan semua orang mampu mencarinya..inilah bekalan hidup yang sebenarnya..jika kita mampu memikirkannya.

Wahai diri..sedarlah kamu..sedarlah kamu..sedarlah kamu. Dunia ini sangat sementara. Ia sedetik Cuma. Lihat telah berapa generasi bersilih ganti meneruskan kehidupan, nanti akan tiba giliranmu untuk meninggalkan dunia dan kembali kepada rab mu dan ketika itu barulah kau benar-benar mengerti apa yang sebenarnya kau perlukan..tapi kesedaran pada saat itu..tidak berguna langsung..tidak berguna langsung..jadi sebelum terlambat bertaubatlah..berubahlah..sementara Allah masih meminjamkan modalnya kepada kita...nyawa.

No comments:

Post a Comment

IKLAN