Wednesday, October 14, 2009

Peringkat Nafsu Insan


Manusia sudah pasti terdiri daripada jasad dan roh. Jika jasad mempunyai sifat dan bentuk tersendiri, roh juga mempunyai sifat2 dan peringkat2 tersendiri yang boleh berubah2 berdasarkah tahap ilmu yang dimiliki oleh seseorang. Antara peringkat tersebut seperti nafs al-Ammarah, al-lawwamah, al-mulhimah, al-mutma'innah, al-radiyah dan al-mardiyyah. Secara ringkasnya boleh dijelaskan seperti berikut:




1. al-Ammarah

Ia adalah nama nafs insan yang paling rendah. Pada peringkat ini ia hanya menyuruh manusia melakukan kejahatan semata2. Manusia dikuasai sepenuhnya oleh hawa nafsunya dan hawa nafsu itulah tuhannya.Tiada beza antara baik dan buruk asalkan kehendak nafsu dapat dipenuhi malahan berbangga pula dengan kejahatan yang dilakukan. ia mengandungi semua sifat syaitan dan sifat kebesaran ALlah spt takbur, suka disaanjung,dipuja, tamak,terburu2 dsbnya. Manusia jenis ini tidak kenal erti puas, seperti firman Allah;(al-A'raf : 176)

"dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir"

2. al-Lawwamah

Ia peringkat kedua selepas al-Ammarah. Bezanya ia merasa kesal atas dosa yang dilakukan dan semacam mengutuk dan mencerca dirinya atas ketelanjurannya. Masih berusaha untuk mengubah dirinya tapi selalu tewas dalam usahanya dan sering melakukan kemaksiatan kepada Allah. seperti firman Allah;(al-Qiyamah:2)

"dan Aku bersumpah Dengan "Nafsul Lawwaamah" (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!"

3. al-Mulhimmah

Hati merupakan tempat dimasuki oleh lintasan yang baik dan lintasan yang jahat. Kedua-dua perkara ini saling berebut tempat diantara satu sama lain. Jika lintasan yang baik ia disebut sebagai ilham dan 'waswasah' jika sebaliknya. Di peringkat ini hati biasanya akan dikuasai oleh malaikat dengan ilam yang baik tetapi tidak selamanya begitu kerana desakan dari nafsu jahat tidak pernah berkesudahan. Jadi ia sangat bergantung kepada diri manusia sendiri untuk melawan nafsu yang jahat dan membiarkan malaikat terus memberi ilham yang baik kepadanya.

Semasa bersekolah dulu,ada ustaz saya memberitahu.."apa perkara sekalipun..kita mesti dengar keputusan yang pertama kerana itulah keputusan hati yang diilhamkan oleh malaikat.Keputusan yang kedua dan ketiga dan sebagainya biasanya datang dari was-was syaitan". Tetapi hal ini tidak berlaku jika sememangnya hati kita penuh dengan kekotoran kerana kotor itu adalah kegelapan dan kegelapan adalah tempat tinggal syaitan. Jadi untuk membolehkan kita sentiasa mendapat ilham yangbaik daripada syaitan/iblis kita hendaklah menjauhkan diri daripada maksiat dan sentiasa melaksanaka suruhan Allah sebaik mungkin.

4. al-Mutma'innah

Nafsu jenis ini hanya terdapat kepada insan yang telah berjaya melawan kehendak nafsunya. Hasil dari mujahadah yang kuat dan berterusan, nafsunya berjaya ditundukkan dan insanlah yang mengawal nafsu dan bukan nafsu yang mengawalnya. Kita seumpama penunggang kuda, jika kita berjaya ada kemahiran dan kekuatan, maka kitalah yang menjadi penunggang kuda tetapi jika sebaliknya, maka kudalah yang me'nunggang' kita.


No comments:

Post a Comment

IKLAN