Monday, October 19, 2009

Riya' - Pengenalan



Khairi berkata kepada Jura'i sambil membelek-belek buku kehadiran ke surau,; "bagus betullah kelas kita, tengok kehadiran ke surau ni penuh, tak macam kelas lain banyak yang tak datang". "memanglah", Jura'i menyampuk, "hari tu aku dengar ustaz puji kita ni baik, kembang pulak rasanya, makin semangat nak ke surau ".

Satu amalan yang baik kerana mengimarahkan surau/masjid tetapi nilai pahalanya kemungkinan tiada kerana ia disertai dengan riya'. Riya' merupakan adalah penyakit yang boleh merosakan pahala amalan kerana disebalik berbuat amalan kita ada niat lain iaitu agar dilihat oleh manusia dan rasa senang dengan pujian yang diterima daripada manusia.

Perbuatan ini sangat merugikan, ialah siapa yang nak rugikan. Zaman hari ni semua orang nak untung, untung kerana dengan untung kita akan senang, banyak harta. Tiada siapa yang nak rugi. Untung rugi bukan hanya untuk hidup di dunia sahaja tetapi ia melibatkan juga untuk akhirat.

Setiap amalan yang kita buat hari2 dikira ibadah dalam Islam samada berupa ibadah khusus mahupun umum. Semuanya baik kita makan, berjalan, puasa, pakai baju, bercakap, dan bermacam2 lagi semua itu adalah ibadah. Pendek kata sejak bangun tidur sehinggalah tidur balik, kita berterusan menghasilkan pahala. Pahala ini ibarat modal yang kita kumpul untuk bisness kita di akhirat.

Sayangkan, kalau modal yang kita kumpul sehari2 ni, tiba-tiba terhapus begitu sahaja kerana ada niat dalam hati kita untuk mengharapkan pujian/penghargaan/rasa hormat manusia kepada kita. Makna kita dah menduakan Allah dalam beribadat. Disamping kita buat kerana Allah kita juga ada niat lain. Niat lain inilah yang dikatakan sebagai riya'.

Rasulullah (saw) bersabda: "Sesungguhnya yang paling aku takutkan pada kalian ialah syirik kecil" Para sahabat bertanya: "Apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu?" Baginda menjawab;"Riya'", sesungguhnya Allah (swt) berfirman pada hari semua amal dibalas (hari kiamat) : "datangilah orang yang dulu kalian tunjukkan amal kalian padanya di dunia, lihatlah apakah kalian mendapatkan balasan dari mereka" (Hadith riwayat Imam Ahmad)

Allah menempelak manusia yang beramal kerana manusia dan meminta kita menuntu balasan daripada orang yang kita tunjukkan amal kita. Apa yang kita dapat? Tak dapat apa2 pun. Sedang orang yang kita tunjukkan amal itu pun belum pasti dengan nasibnya.

Jadi kenapa kita harus merasa seronok dengan pandangan manusia terhadap kita, sedangkan Alah tidak pun memandang kita atas segala amalan kita. Janganlah kita rasa banyak dah beramal dengan solat2 wajib mahupun sunat, puasanya, sedekahnya, tolong orangnya, dan sebagainya tiba2 di akhirat tidak ada apa2pun. Maka sia-sia sahaja kehidupan kita di dunia dan celakalah hidup kita di akhirat semata-mata nak mendapatkan sesuatu daripada seseorang yang dia sendiripun belum pasti nasibnya di akhirat kelak. Janganlah kita termasuk dikalangan orang2 yang rugi.

1 comment:

  1. salam... sentiasa semak/periksa niat bagi setiap peringkat amal. Di awal, di pertengahan dan di akhir amalan kita. Jika wujud kesilapan dari adab, tertib dan niat, beristighfar& pohon jalan petunjuk dari al hakim. Segan melakukan amal kerana takut riak adalah tercela & beramal dengan riya adalah tercelaka. Wallah hu alam.

    ReplyDelete

IKLAN