Thursday, October 8, 2009

Rosak Akidah dengan SMS?

Dah lama sangat tak posting apa2, sibuk dengan ISO yang sangat menyakitkan kepala. Kenapa nak beria2 sangat dengan ISO kerana yang penting bagi orang Islam adalah amanah kepada Allah. Itu ISO yang sebenar. tapi yelah kita perlukan pengiktirafan untuk menampakkan kerja kita kemas dan lancar serta international. Bagus lah kalau gitu. Cuma khuatir kalau asyik duk buat yang tak buat. dokumen ada tapi tak buat pun. bergantunglah kepada pentafsiran masing2.

Hari tu masa taklimat pembukaan audit, seorang kawan tunjukkan SMS lebih kurang macam ni,

Yaasin,
Walqura-nilhakim.
Innakala minalmursalin.
A'lasiratil mustaqim.
Tanzilal azizirrahim.
Litunziraqaumamma unzila aba uhum fahum ghafilun.

Kirim surah Yaasin ini kepada 7 insan berugama islam.. Insya Allah esok saudara akan menerima khabar yang baik, gembira dan rezeki anda sentiasa berada di tangan anda dengan izin Allah. Jika saudara tidak laksanakan saudara akan ditimpa musibah.

Kawan tu, oleh kerana takut terus send kepada kawan2 yang lain kerana bimbang dengan ancaman dari SMS tersebut.

Lagi2 sms/email macam ni, dah tak ada kerja sangat kut. atau dah nipis sangat kefahaman orang sekarang terhadap permasalahan akidah. kerna kalau orang yang betul2 faham akidah MANA MUNGKIN dia akan hantar SMS macam ni. Kalau setakat habis duit untuk SMS tu oklah, tapi masalahnya takut HABIS IMAN.

Kenapa hingga habis iman? memanglah tidak salah hantar suruh orang baca Yasiin, zikir, dan apa2 lagi cuma yang salah sangat2 ialah bila kita mengaitkan satu keyakinan bahawa esok, atau bila2 kita akan mendapat sesuatu samada rezeki atau sebagainya. Keyakinan bahawa dengan menghantar SMS itu kita akan mendapat sesuatu dan jika tidak hantar dapat musibah dsbnya. Keyakinan itu yang salah dan boleh membawa kepada syirik. Kenapa syirik? sebab maksud syirik adalah kita mengatakan ada kuasa lain selain ALlah yang setaraf atau menyamai kuasaNya.

Jadi jika kita yakin akan dapat sesuatu dengan hantar SMS tersebut maka ini bermakna kita yakin ada kuasa lain yang mampu memberi rezeki dan bala selain Allah.Ya, walaupun kita kata, Insyaallah dengan izin Allah kita akan dapat khabar gembira dsbnya. Jangan kaitkan apa2 sekalipun dalam soal kehendak Allah dan rezeki ALlah. Segala-galanya dalam qada' dan qadar ALlah. jika kita tak hantar SMS tersebut tapi Allah takdirkan kita dapat rezeki, kita akan dapat juga dan jika kita hantar dan Allah takdirkan kita dapat bala', kita akan dapat jugak. Bukan kerana apa-apa tapi semuanya kerana Allah.

Sebuah hadith dari dari Ibnu Abbas radliyallahu ‘anhu : “Pada suatu hari aku pernah berboncengan di belakang Nabi (di atas kendaraan), beliau berkata kepadaku : 'Wahai anak, aku akan mengajari engkau beberapa kalimat: Jagalah Allah, niscaya Allah akan menjagamu… Jagalah Allah, niscaya engkau akan dapati Allah di hadapanmu… Jika engkau memohon, mohonlah kepada Allah… Jika engkau meminta tolong, minta tolonglah kepada Allah… Ketahuilah…kalaupun seluruh umat (jin dan manusia) berkumpul untuk memberikan satu pemberian yang bermanfaat kepadamu, tidak akan bermanfaat hal itu bagimu, kecuali jika itu telah ditetapkan Allah (akan bermanfaat bagimu)… Ketahuilah… kalaupun seluruh umat (jin dan manusia) berkumpul untuk mencelakakan kamu, tidak akan mampu mencelakakanmu sedikitpun, kecuali jika itu telah ditetapkan Allah (akan sampai dan mencelakakanmu)… Pena telah diangkat… dan telah kering lembaran-lembaran… ' " (Hadits riwayat Tirmidzi, hasan shahih)

Dalam hadits berkenaan kepentingan wajibnya beriman terhadap taqdir dari Allah baik maupun buruk. Seandainya seluruh makhluk berkumpul dan mengerahkan segala daya dan upayanya untuk memberikan sesuatu pada seseorang, tidak akan diterimanya jika tidak ditakdirkan oleh Allah, demikian pula sebaliknya dalam hal usaha untuk mencelakakan.

Kuatkan akidah Islam, kerana hanya dengan kekuatan akidah Islam kita akan selamat didunia dan diakhirat. wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

IKLAN