Friday, October 16, 2009

Wanita dan Cermin



Persoalan wanita dan cermin adalah persoalan klasik. Sejak zaman berzaman wanita tidak boleh berpisah dengan cermin. Bagi wanita cermin seolah-olah dirinya sendiri. Manakan tidak, sebelum keluar rumah wanita akan bersolek di hadapan cermin, masuk je kereta buka cermin lipat, lepas makan cermin, lap peluh cermin, pendek kata semuanya lihat cermin.

Mereka lihat cermin bukanlah semata2 nak kelihatan cantik tetapi untuk memastikan bahawa wajah mereka tidak ada sesuatu yang boleh memalukan dan juga sudah pastikan agar mereka kelihatan menarik ketika berhadapan dengan orang ramai.

Sebenarnya bukanlah soal ini yang nak dikatakan tetapi kaitan dengan manusia yang sepatutnya menjadi seperti wanita dan cermin. Maksudnya, manusia juga perlu setiap masa cermin dirinya agar terhindar daripada sifat dan akhlak yang tidak baik. Jika kita sentiasa menilai diri sendiri dan bermuhasabah akan kelemahan dan kekurangan diri, insyaAllah kita akan terhindar daripada berperangai buruk dan menyakitkan orang lain.

Apa jenis 'cermin' yang boleh kita gunakan untuk men'cermin' diri kita? Saya berpendapat 'cermin' yang terbaik ialah musuh kita. Kenapa saya katakan musuh kita adalah 'cermin' kita yang terbaik. Sebab merekalah yang saban hari, saban malam memikirkan tentang keburukan dan kelemahan kita kerana marahnya, dengkinya mereka kepada kita. Apa sahaja perbuatan kita yang tidak baik pasti dapat dikesan dengan mudah oleh musuh kita.

Jadi bukankah ini semakin memudahkan kita untuk menilai dan mengenalpasti kelemahan dan keburukan kita. Sepatutnya juga kita memberi sedikit upah kepada mereka atas jasa baik mereka. Bukankan begitu? Kenapa tidak, kita kadang-kadang susah untuk mengenalpasti kelemahan kita dan kadang2 kita tidak mahu pula mengakui kelemahan tersebut.

Tetapi jika ada rakan2 yang kritik kita, barulah kita sedar bagaimana kita yang sebenarnya dan sepatutnya kita berterima kasih yang teramat sangat kepada mereka. Tetapi apa yang berlaku, kita tidak begitu mengemari jika ada yang kritik kita dan sangat suka apabila dipuji dan dipuja. Bila dikritik kita rasa sangat lemah dan sakit hati bila orang mempersoalkan kelemahan kita dan telah menjadi seakan budaya masyarakat kita yang suka dipuji dan tak suka dikritik.

Bila dikritik kita perlu bersedia menerima kelemahan dan bersedia pula untuk memperbaiki kelemahan kita dan akhirnya kita akan jadi lebih baik dari kita yang sebelumnya. Tetapi jika selalu dipuji, kita tak akan rasa yang kita 'sakit', sedangkan kita semakin 'sakit' dan bila sedar kita telah 'tenat' dan tidak sempat lagi untuk diselamatkan. Sekadar itu..mungkin ada benar dan ada salahnya..wallahu a'lam.





No comments:

Post a Comment

IKLAN