Thursday, September 17, 2009

Negara Bangsa - 1Malaysia


Semalam bertempat di Dewan Darul Makmur, IPGMK Tengku Ampuan Afzan berlangsung satu majlis mengenai kemerdekaan. Antara tetamu jemputan untuk bercakap mengenai kemerdekaan ialah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim. Saya tidak berapa tertarik mendengar hujan dari Prof Ramlah dan Prof Nik tetapi sangat tertarik mendengar 'talk' Khoo Kay Kim. Ucapannya bersahaja dan lebih realistik dengan suasana semasa dan saya rasa ia datang dari hati bukan kerana kehendak atau 'burung kakak tua'.

Antara isu yang dibangkitkan ialah mengenai soal NEGARA BANGSA. Menurut beliau pengertian bangsa sudah berubah dengan perubahan zaman dan ia berkait dengan soal kemerdekaan apabila Perikatan telah bersetuju untuk merdeka dan sejak itu semua negeri-negeri di Tanah Melayu telah bersetuju untuk bergabung di dalam Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.

Implikasinya ialah Persekutuan Tanah Melayu mula terikat dengan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara. Jika ada mana-mana undang-undang yang mengatasinya dianggap terbatal. Sebab itulah undang-undang Islam yang selama ini terpakai di Tanah Melayu dengan sendirinya terhapus. Kemudian soal pemerintahan telah diserahkan kepada rakyat melalui demokrasi. Raja sudah tidak ada kuasa cuma dianggap Raja Berpelembagaan. Kuasa sebenar terletak kepada rakyat. Jadi rakyatlah yang menentukan hala tuju negara ini mulai saat itu.

Manakala rakyat pula adalah terdiri daripada berbagai kaum, Melayu,Cina,India dan sebagainya sudah mempunyai hak sebagai pengundi dalam menentukan siapa yang akan mewakili mereka dalam kerajaan. Pemimpin hanyalah wakil kepada rakyat dan mereka bukanlah tuan. Pemimpin menurut Prof Khoo lagi perlu berkhidmat kepada rakyat dan memastikan kehendak rakyat terbela.

Sebaliknya apa yang berlaku sekarang pemimpin mem'bela'sah rakyat dan mengumpulkan kekayaan sebanyak mungkin dan selagi dapat. Melalui agihan saham-saham dan juga projek malahan terdapat juga komisen dari projek yang diberikan. Sedangkan rakyat masih merangkak untuk mengejar kemajuan tetapi pemimpin bersenang lenang menikmati kemajuan atas kesusahan rakyat. Saya tidak mengkhususkan kepada mana-mana parti tetapi kepada individu yang menjadi pemimpin dan yang menyalahgunakan kuasa yang diberikan rakyat kepada mereka. Sedangkan masih ada pemimpin yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat dan sentiasa prihatin terhadap permasalahan rakyat.

Jadi pada saya isu kontrak sosial yang diwar-warkan kurang relevan diperbahaskan dan diungkitkan lagi. Ini kerana walaupun wujud kontrak sosial antara kaum di negara ini tapi siapa peduli. Ini soal keadilan, siapa yang berusaha pasti akan berjaya, siapa yang rajin akan mendapat habuannya. Bukankah itu yang dinyatakan oleh Islam. Kita mengatakan Malaysia ini ketuanan Melayu. Mana mungkin kita berkata sedemikian sedangkan pemilikan harta di Malaysia ini dikuasai oleh kaum lain. Lihat kawasan perbandaran, mana harta Melayu, mana tanah milik Melayu, mana bangunan milik Melayu, mana gedung perniagaan milik Melayu. Tuan bermaksud pemilik atau yang berkuasa. Jika kita bukan pemilik kepada sebahagian daripada harta macamana kita nak mendakwa sebagai tuan.

Sedangkan kaum lain tidak endah pun kepada kita. Kenapa? kerana kita bukanlah contoh yang terbaik kepada mereka. Kita sendiri mewarisi pelbagai penyakit kronik sejak zaman berzaman. Kenapa Melayu tidak maju-maju. Walaupun berbagai-bagai cara telah dilakukan kerajaan untuk menolong orang Melayu. Kerajaan dah habis ikhtiar untuk bantu orang Melayu. Sebenarnya orang Melayu yang perlu membantu diri sendiri. Jangan harap orang lain. Walaupun kaum Cina telah memberikan jumlah wang yang banyak untuk mendapatkan persetujuan orang Melayu dalam soal kerakyatan tetapi sampai bila hendak dibantu. Bantulah diri sendiri, berusaha bersungguh-sungguh jangan tamak dan jangan cepat hendak kaya. Matlamat bukanlah kekayaan tetapi penguasaan keatas kuasa. Tidak ada gunanya memliki kuasa jika tiada penguasaan.

No comments:

Post a Comment

IKLAN