Monday, September 28, 2009

Sambutan Song Sang Eid Fitri


Kenapa saya katakan sambutan eid fitri kita song sang. Perlu sangat untuk difahami bahawa sambutan eid fitri adalah sambutan keagamaan dan bukan kebudayaan dan selama-lamanya tidak akan menjadi kebudayaan sesebuah bangsa. Ia adalah hak agama bukan hak mana-mana bangsa.

Kenapa saya kata ia sangat song sang?


1. terlalu berlebih-lebihan dalam persiapan hari raya sehingga melupakan amalan yang sepatutnya dikejar dalam Ramadhan. Contohnya pada 10 malam terakhir, Nabi sangat menggalakkan kita mencari malam al-qadr dengan beriktikaf dan qiam al-lail, tetapi kita dah sibuk membuat kuih dan segala macam persiapan raya hingga masjid dan surau dah mula surut di malam2 akhir ramadhan.


2. program hiburan yang berlebih-lebihan hingga sebulan syawal baru habis. Nyanyian dan drama tentang raya yang tidak tepat dengan kehendak Islam. Lagu-lagu raya yang menyesakkan telinga. Dinyanyikan pula oleh artis2 yang belum tentu cukup puasa, dan kalau cukup pun belum tentu diterima tetapi mereka yang paling meriah beraya seolah2 mereka juara berpuasa.

(dulu masa kecik2 mak kita cakap siapa tak cukup puasa tak boleh raya, tapi artis ada yang tanpa segan silu makan siang hari bulan puasa) Tengok siaran tv penuh sangat dengan hiburan sepatutnya kita kembali fitrah bersih dan berazam untuk tinggalkan dosa, tetapi sebaliknya..

raya baru rumah jiran siap buat rumah terbuka dari petang sampai malam berkaraoke lagu2 raya dan juga lagu2 pop sampai sakit habis badan aku. Speaker punyalah kuat. Stress sangat. Syaitan dah terlepas agaknya. Dah teruk kampung sekarang, golongan nak buat baik dipinggirkan tapi mungkar diagungkan. (seksa hidup zaman fitnah ni, orang dah tak tahu mana baik mana buruk, kadang2 kita pula dianggap buruk dan mereka yang buat jahat dianggap baik)

3. Raya kita dah nak sama dengan raya agama lain. cuba perhatikan... dengan sambutan hari natal dan lebih teruk lagi eid fitri ni nak dibangsakan. Maksudnya sambutannya nak dikaitkan pulak dengan perayaan nasional. 1Malaysia.

kurang tepatlah kalau tahun baru cina kira oklah sebab ia perayaan bangsa cina tetapi ini perayaan agama. yang sambut untuk penganut agama tu sahajalah. soal perpaduan banyak lagi cara boleh diterapkan.

kembali kepada maksud asal baru faham. Eid Fitri adalah sambutan bagi orang Islam yang berjaya menyempurnakan ibadah sepanjang ramadan dan kembali kepada fitrah. Islam adalah agama yang sederhana dan pertengahan. jadi janganlah bersikap melampaui batas.


No comments:

Post a Comment

IKLAN